Ulasan Buku - Sorok by Zura Anwar - Jari Jemari Menari

Dec 6, 2022

Ulasan Buku - Sorok by Zura Anwar

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Tajuk Sorok itu sendiri. Kena dengan storyline. Sorok identiti, sorok kisah silam, tempat reunion tersorok & kebenaran disorok. Penuh dengan istilah sorok. Jadi sesuailah dan kena sangat.


Mengisahkan tentang -Lana yang merasakan barang di apartmentnya beralih tempat. Dia yang menghidap anxiety ketika sekolah menengah menjadi lebih terkesan apabila dia melihat kejadian aneh dirumahnya.


Flashback-- Lana & 4 kawannya yang lain digelar Geng Diva di sekolah. Mereka kerap membuli seorang budak lelaki bernama Pete dan sampai satu tahap Pete telah melakukan sesuatu yang tidak dapat diterima oleh Geng Diva terutamanya Lana. Jadi Lana telah merangka satu perangkap buat Pete. Pete patut diajar. Akibat peristiwa itu, Pete hilang tanpa khabar berita sehingga la sekarang.
Walaupun sudah 20 tahun. Lana masih tidak mampu melupakan perkara tersebut. Mereka juga telah berjanji untuk tidak bercakap soal ini dan membuat kata sepakat berpecah dan membawa haluan masing-masing setelah habis sekolah. Rahsia yang membebankan.


• Isu yang penulis ketengahkan ketika part imbas kembali ialah buli di sekolah. Ini bukan satu isu baru. Dalam Sorok, kita akan melihat budak yang masih setahun jagung sudah pandai membuli yang berlainan jantina. Lana & rakan-rakannya sudah jauh menyimpang. Mereka buli mangsa seperti sampah.


• Body & Faceshaming: Jgn ajar anak kalian menilai seseorang dengan paras rupa dan bentuk badan kerana sememangnya budak sekarang. Terlalu telus dalam berkata-kata sehingga lupa dengan adab. Ajar anak untuk lebih beradab tidak kira di mana sahaja mereka berada. Jika perkara ini sudah menjadi kebiasaan, mereka akan jadikan isu ini untuk membuli dan menilai seseorang itu. Kesian Pete. Hanya gara-gara dia berisi. Dia menerima ejekan dari kawan-kawan di sekolah. Sungguh perit!


Saya suka dengan karya Zura Anwar ini kerana penuh debaran & seolah-olah saya merupakan karakter yang ada dalam Sorok ini. Idea yang menarik.
Tertarik untuk mengetahui siapa yang sebenarnya alihkan barang Lana di apartmentnya. Adakah dia berhalusinasi? Atau memang ada seseorang yang mengalihkan barang tersebut? Pengakhiran yang menarik dengan plot twist yang tidak disangka. #ikareviewbuku

5 comments:

Sha Mohamed said...

Aduh.. Tertarik pula lepas baca review Ika nie..

dear anies said...

apa jadi dengan Pete tu? dia jadi hantu ke?

Farhana Jafri said...

jahatnya Lana dengan geng dia sampai Pete hilangkan diri. Tak suka dengan kes buli teruk sampai macam ni. Kesan dia sampai ke dewasa

Syaz Rahim said...

Cover dia cantik

fairus said...

Selamat membaca dan moga mendapat manfaat daripadanya.