Ulasan Buku - Kru Paranomal Draugr by Khairul Nizam Khairani - Jari Jemari Menari

Feb 9, 2023

Ulasan Buku - Kru Paranomal Draugr by Khairul Nizam Khairani


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥ 


Lama rasanya tak share ulasan buku disini. Harini mood extra baik jadi kita akan up ulasan buku yang ika dah baca sepanjang bulan Jan & Feb. Pertama sekali, ika nak ucapkan ribuan terimakasih buat Penerbit X untuk naskah Draugr ini.


Ika happy sangat masa pegang buku ni sebab siapa yang nak tahu. Siri Kru Paranormal ini masih on going. Jadi, penantian yang sangat menyeksakan ya. Haha.Nak menunggu setiap siri dikeluarkan ambil masa juga. So meloncat gembira juga masa parcel ni sampai dekat rumah. By the way, setiap kali tengok cover siri ini, mesti ika akan teruja. Sebab kreatif and cantik sangat. Memang sentiasa salute dengan kreativiti pereka kulit buku. Genius. 



Manusia yang telah mati tetapi hidup semula  🧱


Siapa yang masih ingat dengan kumpulan Al Jassasah yang penulis selitkan selingan dalam Upacara Helang Darah?. Kali ini, dalam Draugr 100% menceritakan mengenai group metal Al Jassasah. Seronok mengikuti perjalanan Al Jassasah untuk masuk satu pertandingan nyanyian iaitu Black Plaque War. Kalian akan kenal siapa ahli kumpulan Al Jassasah secara mendalam. Pening melayan kepala rock dieorang. Macam weng weng pun ada haha. Sikit-sikit meraung melalak haha aduhai.


Sebenarnya, saya ada mixed feeling dengan watak Jai. Sebab dia punya perangai pun sesuatu sangat. Kadang nampak macam budak normal, kadang memberontak, kadang misteri dan psiko. Kau ada krisis identiti ke bang? Cuba kalian teka apa yang akan terjadi?. Al Jassasah akan menang atau tidak dalam pertandingan itu?.



Of course 4 ⭐️  dari saya untuk Draugr. Sebab saya suka dengan plot twist dan aksi-aksi mengerunkan yang diberikan penulis. Saya suka dengan writing style penulis dan selepas buku ke 8. Apa yang saya boleh cakap,. Penulis punya idea acamgini jauh dia punya bergeliga 👍🏻. Saya rekomen buat pembaca yang baru nak mulakan siri ini. Kalian boleh baca dari Baphomet dan seterusnya supaya kalian akan lebih faham cerita dan watak. Kalian tidak akan lost track sebab semuanya saling berkait. Tiba-tiba saja jangan terkejut akan muncul semual watak Ehsan, si kepala kambing, hantu rockers dan banyak lagi dalam  Draugr.

Masih mengekalkan pattern yang sama di mana penulis selalu berikan hint yang tidak tepat untuk pembaca meneka dahulu. Kemudian, apa yang diteka pembaca itu ternyata salah sama sekali dan yang paling penting akan ada 2-3 plot twist sekaligus yang diberikan which is phew penat otak saya nak terima semua benda sekaligus. 

Korang rasa Draugr itu apakah? Ingat sekadar itu saja ke dari penulis? Haha no no. 











3 comments:

fairus said...

Selamat membaca.. Tak seram ke baca buku hantu?

Sha Mohamed said...

Aduh.. tak sabar nak dapatkan.. Harap da adalah versi ebook..

Farhana Jafri said...

unik betul cover buku ni. kalau bersiri macam ni kena tunggu lah habis siri dia sebab sejenis pelupa haha