Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥
Jadi, kau dah nampak muka aku ya?'
Ini merupakan versi komik dari filem Character (Jepun).
Karakter mengisahkan tentang seorang artis komik yang bernama Yamashiro Kengo. Dia merupakan seorang pembantu artis komik yang ingin debut namun karyanya ditolak hanya kerana jalan cerita komiknya tidak cukup bagus. Jadi, untuk tidak terus putus asa. Yamashiro keluar mencari ilham sehinggalah akhirnya dia terjebak dengan satu kejadian pembunuhan. Dan bertambah malangnya, dia melihat muka pembunuh tersebut❗️
Ketika disoal siasat, Yamashiro tipu pihak berkuasa dengan mengatakan yang dia tidak nampak wajah pembunuh. Dan dari situ dia mendapat idea untuk karyanya. Wajah pembunuh dilukis dan dijadikan watak utama (Dagger) dalam komik ciptaanya. Yamashiro kemudiannya terkenal dan.. selepas dari itu pembunuhan demi pembunuhan terjadi. Apa berlaku seterusnya?
Saya secara personal suka dengan storyline Karakter ini. Idea yang menarik. 👍🏻 Betapa beraninya Yamashiro mengambil risiko dengan mengabdikan imej pembunuh dalam komik pertamanya. Kadang rasa maca Yamashiro ni kreatif tapi kadang rasa macam dia terdesak pun ya sebab impian dia nak debut tu sangat tinggi.
Kalau korang baca komik ni. Korang akan nampak si pembunuh sangat la innocent. Muka dia tu ya Allah. Tak terfikir pun yang dia boleh bunuh orang dengan kejam. Dan cara dia muncul depan Yamashiro secara tiba-tiba pun macam seolah-olah tak ada benda buruk pernah berlaku. Dia nampak sangat tenang.
Of course cerita ini ada plot twist. Mesti korang tak expect dengan plot twist dia. For me ada masa intense ada masa macam ergh geram. Macam roller coaster tau feeling.
Nak puji, lukisan dalam komik ni cantik dan kemas. ❤️ Dah dah lepasni nak layan moviee Character pulak. Wihuu
1 comment:
ingatkan cerita betul la tadi... nasib tengok penulis komik ni nama lain.. hahha
Post a Comment