Ulasan Buku - Bitter Honey by Seri Maya - Jari Jemari Menari

Oct 24, 2023

Ulasan Buku - Bitter Honey by Seri Maya

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥

"Cuma apa, bang?"
"Cuma..abang jatuh cinta lagi, Hannah" πŸ’”


Saya kira selama 14 tahun usia perkahwinan di antara Aidil & Nur Hannah. Mereka berdua bahagia sepanjang melayari bahtera perkahwinan. Setuju? Masing-masing menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya sebagai pasangan suami isteri & parents.

Dikurniakan 3 orang cahaya mata, kedua-duanya juga sudah stabil dari segi kewangan& berpendidikan tinggi.Jadi saya rasa tiada apa lagi yang mereka kurang. Melainkan hanya perlu maintainkan 'spark' ✨ dalam rumahtangga mereka. Walaupun ya. Sepanjang tempoh itu ada upside down nya. Tapi, mereka berjaya harungi. Awal perkahwinan memang tempoh untuk seseorang itu belajar. Kan?

Namun, kehadiran orang ketiga (Deeba) titik permulaan goyahnya Aidil. Silapnya disini ialah Hannah 'terlalu' bersangka baik. Rasanya kalau Hannah tak pedulikan Deeba pun tak mengapa. Sebab Deeba tu bukannya tidak boleh berdikari. Dia dah cukup besar untuk settlekan masalah yang dia hadapi. Tapi itulah peribadi Hannah yang mungkin tidak semua orang ada.


"Truth is honey which is bitter. Jika kita menidakkan segala kepahitan dalam hidup ini, kita takkan rasa kemanisannya."


Kalau ada award watak perempuan paling tabah dalam novel. Kita boleh calonkan Nurul Hannah. Ketabahan dia ketika dilanda ujian orang ketiga dalam rumahtangga dia & Aidil memang πŸ‘πŸ». Kalau orang lain mungkin dah tunggang terbalik dah. Tapi Hannah. Wow! Cara dia react, bertanya dan tindakan selanjutnya memang tak semua orang mampu untuk lakukan. Nampak la orang educated tu macam mana.

Adil ke ending macamni? Bagi saya tak adil. Terutama sekali buat Hannah. Kalau saya duduk sebelah penulis masa dia tulis cerita ni. Mungkin kiteorang akan bercakaran sebab saya tak suka endingnya. Saya sikit pun tak kesian dekat Aidil. Dia punca. Towards the end tu, sebab kau rasa kehilangan. Kau nak aku rasa simpati dekat kau? Hm tidak sama sekali.

Jadi rasanya dah boleh tahu dah kan cerita ni memang turn out akan menyakitkan hati para pembaca sekalian. Tambah pula ada watak-watak yang sangat toksik & tolol. Memang jadi double sakit hati. Ini pun nasib baik la ada daya nak tulis ulasan. Ikutkan hati nak letak emoji jari tengah je (khas buat Aidil, Deeba & Puan Masyitah). Tapi apa pun, banyak pengajaran yang boleh diambil dari cerita Bitter Honey ni. πŸ’”


1 comment:

fanny_dcatqueen said...

Hahahahhaha saya tak masalah baca spoiler kak. Justru suka, jadi saya tahu mana buku yg saya nak baca, dan mana yg tidak.

Memang lah kalo dah bertema perselingkuhan, poligami, jangan harap saya nak baca.

Tak pernah bagus buku bertema itu.

Termasuk juga K-drama..kalo dah selingkuh2 cerita dia, bhaaay πŸ˜πŸ‘‹.

Kita baca atau nonton itu nak tenangkan hati, bukan buat makin stress πŸ˜‚