2024 - Jari Jemari Menari

Dec 26, 2024

Shopee Rai Lokal Perkukuh Ekonomi Tempatan, Pacu Ekonomi Digital

7:11 AM 0
Shopee Rai Lokal Perkukuh Ekonomi Tempatan, Pacu Ekonomi Digital

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Tahun 2024 merupakan tahun signifikan buat Shopee dalam usahanya untuk memperkasakan perniagaan tempatan dan memupuk pertumbuhan komuniti di Malaysia. Menerusi inisiatif Shopee Rai Lokal, berjuta-juta pembeli menikmati akses kepada produk berkualiti tinggi dan berpelbagai daripada lebih 1.8 juta usahawan tempatan. Di samping itu, lebih 500,000 ahli Shopee Affiliate membantu memacu pesanan, sekali gus mengukuhkan peranan Shopee sebagai pemangkin kepada kelestarian ekonomi dan transformasi digital di Malaysia.

Shopee Rai Lokal: Memperkasakan Rakyat Malaysia Seluruh Negara

Dilancarkan pada tahun 2019, Shopee Rai Lokal telah menjadi tonggak utama dalam misi Shopee untuk meraikan dan menyokong komuniti pengguna, usahawan, dan bakat tempatan. Pada tahun 2024, Shopee mengukuhkan inisiatif ini dengan melancarkan laman web mikro Shopee Rai Lokal - platform khusus buat pengguna untuk menerokai dan menyokong produk dan perniagaan tempatan kegemaran melalui baucar dan diskaun eksklusif. Usaha ini merapatkan jurang antara penjual dan pembeli, mencipta laluan langsung untuk pengguna menyokong usahawan tempatan.

“Shopee percaya dengan membekalkan pengguna akses mudah untuk menyokong usahawan tempatan adalah kunci untuk memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia dan memupuk ekosistem e-dagang yang cekal. Dengan menawarkan pengalaman membeli- belah yang lancar, kami menghubungkan pengguna dengan produk Malaysia terbaik sambil memperkasakan penjual dengan alat perniagaan inovatif, ilmu perniagaan yang diperibadikan, dan meningkatkan keterlihatan jenama untuk membuka potensi penuh usahawan untuk berjaya dalam landskap digital yang semakin kompetitif,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.


500,000 ahli Shopee Affiliate turut memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan pengalaman membeli- belah untuk pengguna. Mereka membawa produk lebih dekat kepada pengguna dengan mencipta kandungan menarik, menghasilkan lebih 90 juta pesanan melalui pelbagai saluran di aplikasi seperti Shopee Live dan Shopee Video. Untuk meraikan pencapaian ini, Shopee juga telah melancarkan bahagian kedua dokumentari “Shopee Rai Lokal: Breaking Barriers Online”, yang memaparkan kisah kejayaan beberapa ahli Shopee Affiliate yang berjaya mentransformasikan ekonomi digital dalam komuniti tempatan mereka. Ini adalah susulan daripada bahagian pertama dokumentari pada tahun 2023 yang menampilkan cabaran dan kejayaan tiga penjual tempatan.


Salah seorang ahli Shopee Affiliate ini ialah Nurul Syuhana, seorang ibu lima anak yang menyertai program Shopee Affiliate pada tahun 2023 untuk membantu menyara keluarganya. Bermula dengan hanya beberapa pengikut media sosial, pendapatan komisen pertamanya berjumlah RM200 membawa semangat dan keyakinan kepadanya untuk komited kepada program ini sepenuh masa. Beliau mengasah kemahiran berstrim langsungnya dan berjaya meningkatkan jumlah pengikut daripada 33 ke 200,000, dan diiktiraf sebagai salah seorang pemenang dalam kategori 'Shopee Affiliate 2 Million Ringgit Club' di Shopee Superstar Awards 2024. “Menyertai program Shopee Affiliate adalah satu titik perubahan dalam hidup saya. Ianya bukan sahaja membolehkan saya membantu menyara keluarga, tetapi juga berkongsi produk yang saya benar-benar gemari dan membantu orang lain membuat keputusan yang lebih bijak,” kongsinya.


Melengkapkan Penjual untuk Kejayaan Jangka Panjang

Untuk melengkapkan penjual agar dapat memenuhi kehendak pelanggan dengan lebih baik, Shopee telah melancarkan program Digital Platform Upskilling Summit yang merangkumi 5 bahagian pada tahun 2024. Program ini melengkapkan lebih 1,000 penjual dengan ilmu pengetahuan penting tentang pematuhan peraturan, ketulenan produk, dan pensijilan Halal. Kerjasama dengan agensi kerajaan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) membantu penjual mengatasi cabaran industri serta memperkukuh kepercayaan pengguna.


Bibi Farizona Mahdi, pemilik Umairah Homemade Cakes di Shopee, berkata, “Program ini amat berinformatif untuk memahami lebih lanjut tentang regulasi kerajaan. Maklumat yang disampaikan adalah penting untuk kami patuhi dan selanjutnya boleh membantu memajukan perniagaan kami.”

 Memacu Transformasi Digital dengan Kerjasama Kerajaan

Kerjasama Shopee dengan KPDN melalui Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) menekankan komitmennya untuk mempromosi produk buatan Malaysia dan membantu penjual tempatan berkembang dalam ekonomi digital masa kini. Kempen ini menyokong 1.8 juta penjual tempatan melalui laman web mikro khas serta disokong dengan aset pemasaran utama seperti baucar dan penstriman langsung untuk meningkatkan keterlihatan produk tempatan di platform. Shopee turut bekerjasama dengan KPDN dalam Program MADANI Rakyat di Sabah untuk terus menghubungkan penjual dengan pengguna di seluruh negara.

Melalui kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam Kempen Best of Malaysia, Shopee menyokong hampir 3,000 jenama tempatan untuk memperluaskan capaian mereka ke pasaran baharu di rantau Asia Tenggara. Dengan memanfaatkan alat perniagaan dan program Shopee, penjual berpeluang merentas sempadan dan meletakkan perniagaan Malaysia sebagai pemain yang kompetitif dalam pasaran e-dagang global.

“Kerjasama dengan KPDN dan MDEC mengetengahkan pegangan Shopee bahawa kolaborasi adalah kunci kepada pertumbuhan berskala dan mampan dalam ekonomi digital Malaysia. Dengan bekerjasama rapat dengan badan kerajaan, Shopee menyediakan platform sokongan berstruktur untuk memperkasakan penjual tempatan dan komuniti untuk berjaya,” tambah Tan.


Komitmen Shopee untuk menyokong komuniti melangkaui e-dagang. Melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang berimpak, Shopee terus memperkukuh usaha untuk membawakan perbezaan bermakna dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Memberi Kembali kepada Komuniti, Mencipta Impak Inklusif

Kempen Pek Kasih Mama, yang dilancarkan hasil kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH), telah mengagihkan pek penjagaan kepada para ibu yang memerlukan di seluruh Malaysia, termasuk Sabah, Sarawak, dan Johor. Inisiatif ini diperkukuhkan dengan Shopee Mum’s Club - komuniti maya yang memperkasa ibu-ibu dengan perkongsian ilmu dari pakar melalui sesi Shopee Live. Kelab ini juga menyediakan tips keibubapaan, kandungan secara langsung, baucar eksklusif, dan tawaran yang diperibadikan untuk menyokong ibu sepanjang perjalanan keibubapaan mereka.

Shopee kekal komited dalam misinya untuk memperkasakan penjual tempatan dan meningkatkan komuniti melalui inisiatif bertransformatif. Dengan memperkasakan perniagaan dan bakat tempatan, memacu keterangkuman dalam e-dagang, serta menjalin kerjasama strategik dengan badan kerajaan, Shopee terus menyumbang kepada inovasi digital yang berimpak di Malaysia.


Dec 14, 2024

Ulasan Buku - Suaka Bahala by Natasha Mayza

1:27 AM 0
Ulasan Buku  - Suaka Bahala by Natasha Mayza

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


TWARNING! 

Selepas Mentekedarah. Lama tunggu karya seram dari @natashamazya . Akhirnya, muncul Suaka Bahala. ❤️‍🔥

Nazri mengambil keputusan untuk menjaga kedua-dua anak saudaranya iaitu Safa & Khalil selepas Hafiz & Maryam. Namun, tindakannya itu mendapat tentangan dari isterinya (Linda). Disebabkan tidak mencapai kata sepakat, Linda sanggup untuk menyihir suaminya sendiri.

Kemudian, Nazri terus berubah dalam sekelip mata dan bersetuju untuk menghantar Safa & Khalil ke rumah anak yatim. Di Rumah Atma Nirmala la itulah tempat kedua adik beradik tersebut akan meneruskan hidup. Akan tetapi, Rumah Atma Nirmala itu menyimpan pelbagai kisah yang tersendiri. Apa yang akan jadi seterusnya?




Kita rasa kita kena bagi credit dekat penulis. Sebab walaupun ada 2 cerita dalam 1 buku. Penulis tahu macam mana untuk seimbangkan jalan cerita. Kiranya, ending nanti kita akan dapat 2 ending bagi Safa & Khalil serta Nazri & Linda. Kita takda masalah dengan gaya penulisan penulis. Sedap dibaca. Sebab kita yakin dia tahu apa yang dia tulis.

Storyline tersusun, page turner, melekakan, suspen & penuh tanda soal. Penulis genius sebab dia jawab semua persoalan dalam conversation antara watak A & B.




Sihir yang Linda guna tu dah selalu sangat dah kita baca : dengar di mana-mana. Sihir Nasi Tangas. Tapi, tetaplah kita meloya bila baca proses dia nak sihir laki dia. Punyalah jijik 🤮 Kita suka macam mana penulis describe dengan details perbuatan jijik Linda. Lepasni nampak sudu & ketuhar. Otak kita akan auto teringat something. Kita approved ending Linda & Nazri.

Kemudian- kita suka juga kisah 2 beradik & kawan-kawan mereka di Rumah Atma Nirmala. 🔥 Bila baca macam mana Karin & para penjaga layan anak-anak yatim dekat rumah tu. Kita rasa macam nak masuk dalam cerita dan lawan bagi pihak budak-budak ni. Sumpah menyirap ✋🏻 Tambah pula, ada budak macam si Asher tu. Nak aja ku cepuk-cepuk.

Walaupun usia mereka masih muda tapi otak depa cargas especially Safa. Dia punya curious tulah yang membuatkan budak-budak lain juga mula berani untuk move forward melawan ketidakadilan yang terjadi & banyak misteri terungkai.

Ulasan Buku - Rentas by S A Malik

1:18 AM 0
Ulasan Buku - Rentas by S A Malik

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Harini, ika nak share ulasan ringkas mengenai buku terbaharu keluaran Penerbit X iaitu Rentas. Kalau sebelum ni, Imprint Bookiut keluarkan novel yang ada spray edges. Ika tak terkejut bila tahu yang Imprint Penerbit X juga tidak lepaskan peluang untuk mempunyai buku yang ada spray edges. Selain dari cover buku yang cantik (kudos dekat illustrator) dan warna merah ang yang dari jauh pun dah boleh nampak sebab terpaling menyerlah.Yang paling menarik perhatian ialah bahagian tepi buku --ada quotes. Another level eh korang kalini Penerbit X. Lurve <3

"Tapi mereka tidak tahu yang aku telah dikurniakan sesuatu yang tinggi nilainya. 

AKU DIBERI PELUANG UNTUK MENGUBAH TAKDIR"


Kalau kalian diberi peluang untuk menjadi perentas masa - kembali pada masa lampau, mengubah situasi & masa depan. Kalian akan ambil peluang tersebut atau tidak?. Mungkin ada yang akan menolak dengan alasan apa yang sudah terjadi biarlah berlalu pergi. Kalau ubah pun apa yang akan berubah? . 


Tapi tidak bagi Reyzal. Mungkin ada banyak perkara yang boleh dia ubah?. 


Semenjak dia menolak offer untuk melanjutkan pelajaran di Perancis. Hubungannya dengan kedua-dua ibu bapanya ada jurang. Ketika pandemik Covid 19 melanda. Dia kehilangan kerja tetap & lost. Dalam pencarian kerja lain. Muncul Salena yang menawarkan dia kerja. Kerja apa? Menjadi calon uji kaji eksperimen Rentas (Rewind Experiment oN Time And Space). Walaupun dia rasa tidak yakin dengan apa yang ditawarkan Salena. Mengenangkan yang dia juga dalam masa yang sama terdesak. Reyzal terima juga. Apa yang akan terjadi seterusnya?


Actually, kita tak tahu macam mana nak ulas Rentas ini sebaik-baiknya sebab risau terbagi spoiler tanpa sengaja. Tapi for sure, siapa yang minat genre time travel & sci fi. Kalian akan suka dan enjoy baca Rentas. Personally, ika suka macam mana penulis tidak tunggu terlalu lama untuk 'start cerita'. Padahal baru mukasurat 9.Terus hook nak teruskan pembacaan. Kita rasa seronok sebab tak meleret-leret dengan benda tak penting untuk mulakan cerita. Penulisan yang santai & gaya bahasa yang mudah difahami,bersahaja.  (kalau tak faham certain terma atau perkataan, boleh google hehe). 

Selain dari tu, ika suka explanation penulis mengenai Rentas. Arahan-arahan yang diterima Reyzal tu simple. Dan Reyzal. Dia hanya perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sebagai time traveller. 


Rentas ni dalam masa yang sama membawa kita ikut menjelajah sama dengan watak utama. Rasa macam nak betul-betul join Reyzal pergi Perancis. Tapi bukan untuk belajar la. Kita nak sightseeing je hshs.


Watak


One word mengenai karakter Reyzal dalam Rentas. RealistikBila baca monolog dalaman dia. Dari awal cerita kita boleh nampak yang Reyzal sama macam manusia normal yang lain. Perasaan yang dia ada tu semua valid.

Dan, masa Reyzal explain kenapa dia tolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Perancis selepas tamat SPM. Dalam 3 alasan utama kenapa dia menolak tawaran tersebut, Ika boleh terima 2 alasan sahaja. Macam eh normal la kan kenapa dia fikir semua tu -- Ada perasaan takut untuk mencuba benda baru, nak berada di comfort zone, nak hidup tenang-tenang & memilih untuk proceed apa yang diri sendiri minat instead of ikut apa yang parents harapkan. Tapi, begitulah kehidupan. Apa saja keputusan yang kita ambil. Samaada itu akan membawa pada kebaikan atau sebaliknya. Keputusan hidup : Risiko. 

At the end, boleh nampak macam perubahan karakter Reyzal itu sendiri. 


Main highlight Rentas

Masa Reyzal mula nampak 'something' & 'something' tu munculkan diri dan Reyzal kena berhadapan dengan 'something' tersebut. Best <3 


Rekomen buat semua pembaca tidak kira usia. Kalau yang tak minat genre time travel & sci fi boleh baca ke?. Of course boleh, cumanya kena ekstra fokus & berimaginasi. Benda pun baru nak mencuba genre baru kan?.  Walaupun karakter akan banyak jump jump timeline. Rasanya tak ada masalah nak faham sebab penulis bukannya buat semua tu secara serentak. Penulis dah susun baik. 


Kita kan -- rasa macam teremosi bila baca satu part dalam buku ni. Masa dekat airport. Conversation antara Reyzal dengan mak dia. Terus rasa nak menangis sebab kita rindu mak kita. Kita ni, walaupun dah tua bangka. Tetaplah nak manja-manja dengan mak ayah kita. 


Ulasan di Instagram

#PXReadsbeyondreality #readsbeyondreality 

Nov 16, 2024

Ulasan Buku - Makhluk Belaan by Khairul Nizam Khairani

8:39 PM 2
Ulasan Buku - Makhluk Belaan by Khairul Nizam Khairani

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


"Siapa pula yang gila menyiang mayat manusia macam menyiang ikan ni!" - Salim

Selepas kematian ibu Jazrin. Dia berpindah ke sekolah berasrama penuh. Malangnya disana, dia menjadi mangsa buli pelajar senior (Qayyum, Rahili & Romi). Dalam masa yang sama, Jazrin berkawan rapat dengan Hadif yang merupakan pelajar senior & berasal dari daerah (Benut).

Jazrin mengikuti Hadif pulang ke rumahnya & disitu juga dia telah bertemu dengan arwah ibunya. Selepas kejadian itu, banyak perkara aneh mula terjadi di asrama ! Apa sebenarnya yang berlaku?


Nampak nama Hadif. Terus kita jadi lebih yakin untuk rekomen dekat orang. Sila baca Dimensi Paranormal bermula dengan Mayat Pintal dan seterusnya sebab memang berkait rapat antara satu sama lain. Kita suka watak Hadif yang nampak cool tapi ada sisi misteri. Cuma identiti dia masih samar. Kita nak tahu banyak lagi pasal Hadif.

Kita kalau cerita yang latar tempat dia asrama memang kita suka. Lebih sus orang kata 🤌🏻 Just imagine suasana asrama pada waktu malam pun dah meremang. Jadi, masa kemuncak cerita. Kita rasa feel membaca sebab betapa huru-haranya asrama tu dengan mayat bergelimpangan dalam keadaan yang tragis, dikejar makhluk belaan seseorang & bau hanyir darah. Panik yang membaca ni.

Dalam ni, yang bersalah dengan tak bersalah tetap menjadi mangsa. Dan sebenarnya, manusia memang lebih menakutkan dari hantu. 💀

Sangat fast paced. Kita boleh agak makhluk belaan tu siapa punya. Tapi kita tetap tak sangka yang dalam betul tekaan tu. Masih ada juga part tak betul & plot twist. Bab teka tak betul tu memang kita rasa sampai buku terakhir pun tetap tak betul 🤣

By the way, ceritanya simple. Tapi jadi tak simple sebab macam pusing pusing tapi still hujungnya akan rasa kagum dengan kebijaksanaan penulis merangka storyline untuk setiap buku. Agak terperinci jugak macam mana penulis describe keadaan mangsa. Yeck. Nak termuntah. Lepasni perasaan menyiang ikan sudah tidak sama lagi. Kita tak jangka dengan hubungkait watak yang penulis reka. Tak terfikir pun sebab sepanjang cerita. Tak nampak sangat pun dieorang saling mengenali.


Ulasan di Instagram

Oct 27, 2024

Shopee Affiliates Pacu Kejayaan Jenama: Satu Juta Video Dihasilkan & Pertumbuhan 4X Strim Langsung Semasa 10.10 Festival Jenama

9:01 PM 1
Shopee Affiliates Pacu Kejayaan Jenama: Satu Juta Video Dihasilkan & Pertumbuhan 4X Strim Langsung Semasa 10.10 Festival Jenama

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥

Shopee Affiliates memainkan peranan penting dalam memacu kejayaan jenama dengan menghasilkan hampir satu juta Shopee Video semasa Shopee 10.10 Festival Jenama—peningkatan 34 kali ganda  berbanding hari biasa, yang menyumbang kepada pertumbuhan jualan keseluruhan penjual Shopee Mall di platform tersebut. Secara keseluruhan, jenama baharu dan sedia ada di Shopee Mall mengalami peningkatan sehingga 8 kali ganda dan kenaikan pesanan sebanyak 6 kali ganda berbanding hari biasa, di mana Shopee Affiliates sentiasa membantu jenama tempatan berkembang melalui kandungan interaktif dan pengalaman membeli-belah berperibadi.


Jenama cemerlang yang diketengahkan oleh Shopee Affiliates termasuk SKINTIFIC, Glad2Glow, Panda Eyes, Dr. Cardin, dan Masdora berdasarkan jumlah pesanan.


Jenama baharu di Shopee Mall yang menyertai 10.10 Festival Jenama buat pertama kali menyaksikan jualan mereka meningkat 36 kali ganda berbanding hari biasa. Jenama-jenama ini juga mencatatkan kenaikan pesanan kempen sebanyak 13 kali ganda, hasil daripada komitmen Shopee melalui program Dijamin Harga Terendah, promosi eksklusif, dan keterlihatan jenama hebat melalui ciri-ciri dalam aplikasi Shopee, seperti Shopee Live dan Shopee Video, serta sokongan daripada Shopee Affiliates.


“Pada 10.10 ini, Shopee Live telah membuktikan keupayaannya sebagai hab strategik untuk penjual berinteraksi lebih baik dengan pengguna, dengan peningkatan 2X jenama yang berstrim langsung semasa 10.10 berbanding hari biasa. Lebih 25 juta baucar Shopee Live dan lebih 21 juta Syiling Shopee telah dituntut sepanjang tempoh kempen, hasil daripada peningkatan penglibatan pengguna semasa strim langsung. Kami juga bersuka cita nmemaklumkan bahawa Shopee telah membantu rakyat Malaysia berjimat lebih RM70 juta melalui baucar menarik di platform dan seluruh kedai Shopee,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.


Shopee turut menyaksikan minat pengguna yang semakin meningkat terhadap produk fesyen wanita dan kecantikan, dengan kategori Kesihatan & Kecantikan, Rumah & Gaya Hidup, serta Barang Runcit & Haiwan Peliharaan mendahului dari segi perbelanjaan pada 10.10 ini. Kategori produk utama termasuk produk penjagaan kulit, alatan penambahbaikan rumah, dan suplemen, manakala carian teratas merangkumi power bank, sandal, blaus, selipar, dan aksesori telefon bimbit.



Shopee 10.10 Festival Jenama sekali lagi menekankan komitmennya untuk memperkasakan jenama dan memacu pertumbuhan jualan yang ketara. Kempen ini menyediakan platform dinamik untuk jenama tempatan dan antarabangsa untuk berhubung langsung dengan pengguna, mempamerkan produk mereka, dan memaksimumkan kecapaian pelanggan. Shopee berdedikasi untuk membina ekosistem e-dagang yang berdaya maju di Malaysia, menyokong pertumbuhan jenama dan meningkatkan pengalaman membeli-belah keseluruhan untuk pengguna.





Oct 21, 2024

Ulasan Buku - Puaka Rombongan Sekolah by Rumie

9:44 PM 1
Ulasan Buku - Puaka Rombongan Sekolah by Rumie

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ☘︎


Kita pilih untuk beli buku ini terlebih dahulu masa 1010 dari buku siri puaka yang lain sebab tertarik dengan sinopsis & cover. Memandangkan, cerita ada mengisahkan tentang Jambatan Pulau Pinang. Sedikit sebanyak dapatlah kita melepaskan rindu dekat tempat kita dilahirkan. Buku siri puaka ini lebih tebal berbanding buku yang lain. Tapi don't worry, masih tetap boleh dihabiskan in one sitting. So, jom ke ulasan. 

Bismillah. 


"..Siapa yang minta izin dengan penjaga lautan sewaktu nak bina jambatan itu? "🏗️


Sinopsis Ringkas: Sebagai reward menjadi Johan dalam pertandingan tarian. Seperti yang dijanjikan, 25 orang pelajar SMK Alor Pondok dapat menjelajah negeri Pulau Pinang diiringi oleh 2 orang guru. Dalam perjalanan pulang, Shah mula bercerita tentang kisah seram mengenai Jambatan Pulau Pinang kepada Zul. Tanpa sedar, mereka sebenarnya mula diganggu oleh sesuatu. Apa sebenarnya yang berlaku?


Ada 3 kisah yang diceritakan oleh Shah kepada Zul sepanjang perjalanan mereka. Dan kesemua cerita ada kaitan dengan Tiang 56. Tiang 56 merupakan salah satu tiang yang ada di Jambatan Pulau Pinang dan juga penjaga lautan. Walaupun jalan cerita setiap kisah rasa macam dah selalu sangat dengar & baca. Orang kita dok panggil urban legend.
Tapi, penulis pandai olah cerita. Cerita tersusun dengan baik dan gaya penulisan yang smooth. Memang tak dapat dinafikan memang kita jadi seronok baca sebab know know tak sedar dah nak habis. Very da page turner. Nak tambah sikit, kita rasa cerita yang Adam cerita dekat deejay tu pun kalau jadi depan mata. Rasanya lari tak cukup tanah.Walapun hanya selingan tapi tetap 'memberi' rasa. 




Kisah 1 -"Ada yang bermain muslihat" - ⭐️⭐️⭐️
Kisah 2-"Tengok rumpai tu..macam.." - ⭐️⭐️⭐️

Kisah 3-"Dua lembu, dua lepat" - ⭐️⭐️⭐️⭐️

Rasa macam tipikal cerita nombor ekor. Tapi silap. Ada nyawa yang harus menjadi korban. Kita sedih bab yang menjadi mangsa korban. Perjanjian yang penuh tipu daya. Kita pun tak sangka dengan maksud lembu & lepat. Akhirnya, ada jua manusia yang terperangkap dengan helah syaitan.


Cakap pasal scene meloyakan & menakutkan. Ya memang ada 🤚🏿 Kita masih lagi boleh bayangkan apa yang kita dah baca. Terperinci juga penulis gambarkan. Mungkin lepasni nampak rumpai air, lepat, dan ikan dah terimagine benda lain. Hshs

Cumanya, kita harap cerita pasal budak-budak tu dalam bas & gangguan lebih banyak atau seimbang dengan 3 kisah yang ada. Rasa tak puas. Ending pun very da pandang dinding. Tapi overall, satu naskah yang berjaya dari penulis.

Kisah yang mempunyai pengajaran. Selalunya perkara asas lah yang orang mudah lupa. Kan? Kita kena tahu, memang ada segelintir manusia yang tamak haloba dan mahukan lebih lagi. Ada juga yang dalam fasa di mana halal atau haram sudah tidak lagi menjadi keutamaannya kerana terdesak. Apa pun, kita sebagai hambaNYA kena sentiasa bersyukur.


Fun fact: Rumie ialah nama pena debut penulis di Penerbit X. Penulis bukan penulis baru. 

Bookcafe : Beli Sini

Ulasan di Instagram @ikashoid

Sep 17, 2024

Shopee Memperkasa Lebih 100,000 Usahawan Tempatan Baharu pada Tahun 2024

9:26 PM 1
Shopee Memperkasa Lebih 100,000 Usahawan Tempatan Baharu pada Tahun 2024

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Kajian ‘Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal 2024’ oleh Shopee mendedahkan pencapaian penting dalam landskap

e-dagang Malaysia: lebih 100,000 usahawan telah menyertai ekosistem Shopee pada tahun 2024. Peningkatan ketara ini menunjukkan penerimaan yang semakin meningkat terhadap e-dagang sebagai model

perniagaan yang penting dan mampan dalam pasaran digital yang semakin pesat.




“Peningkatan penyertaan ke platform kami pada tahun ini menunjukkan usahawan tempatan semakin terbuka

dengan peluang digital. Shopee kekal komited untuk menyediakan perniagaan tempatan dengan sumber penting

termasuk program Penyelesaian Pemasaran Affiliate, perkhidmatan logistik pihak ketiga, dan Shopee Live untuk berkembang maju dalam landskap e-dagang yang

kompetitif. Kami berbangga memainkan peranan dalam perjalanan perniagaan tempatan untuk meluaskan

jangkauan, mengoptimumkan operasi, dan mencapai pertumbuhan dalam ekonomi yang sentiasa berubah ini,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.


Shopee Live telah muncul sebagai instrumen penting buat usahawan tempatan, dengan peningkatan 113% penjual

baharu yang menjalankan penstriman langsung pada tahun 2024. Peningkatan ini menunjukkan kepentingan

Shopee

Live sebagai platform pilihan utama rakyat Malaysia untuk perdagangan secara langsung. Penjual tempatan

mengiktiraf ciri interaktif Shopee Live yang memudahkan mereka untuk berinteraksi secara langsung dengan pelanggan lalu  membolehkan mereka membina hubungan yang lebih kukuh dan berkekalan. Kemudahan untuk menggunakan platform in dengan mekanisme maklum balas secara langsung terbukti penting untuk membantu perniagaan menonjol dalam pasaran yang kompetitif, mencipta hubungan bermakna dengan pelanggan, dan mencapai penonton dari seluruh negara. Penggunaan Shopee Live sebagai strategi perniagaan utama dapat dilihat dengan lebih daripada 1.4 juta penstriman langsung dijalankan oleh penjual tempatan dengan 27 juta komen unik dari pelanggan diterima pada tahun ini.


PetalsMalaysia, jenama penjagaan rambut dari Selangor menyertai Shopee pada tahun 2021 untuk menawarkan produk Buatan

Malaysia lestari yang mesra wudhu’ dan disesuaikan dengan citarasa tempatan. Sebelum menyertai Shopee,

kehadiran pasaran mereka terhad kepada kedai runcit. "Shopee memberikan akses luas kepada khalayak dalam

talian dan dengan ketara memperluaskan jangkauan pasaran kami," kata Khairul Azman, Pengasas Petals Malaysia.

"Shopee Live juga telah mengubah cara kami berinteraksi dengan pelanggan. Melalui strim langsung, kami

berinteraksi dan menjawab soalan mereka secara langsung, dan mempamerkan produk kami dengan lebih berkesan

. Interaksi mudah dan pantas ini membina kepercayaan dan mendorong pembelian. Kami juga menggunakan ciri

‘polls’ dan sesi soal jawab untuk menggalakkan keterlibatan penonton, mengumpul maklum balas, dan

mempertingkatkan pengalaman membeli-belah secara keseluruhan." Petals telah menjual lebih 26,000 unit

syampu pewarna rambut halal,  ‘Hair Color Shampoo’ yang menjadi produk terlaris mereka sejak tahun 2021.


Kajian ini juga mengetengahkan peningkatan sebanyak 65% penjual Shopee Live dari Pantai Timur

yang mencerminkan kejayaan platform ini dalam membantu perniagaan tempatan meluaskan jangkauan mereka

ke seluruh negara. Ini juga menunjukkan komitmen Shopee untuk membantu usahawan terutamanya dari kawasan

luar bandar untuk berkembang dalam e-dagang. Penjual dari Pantai Timur menggunakan Shopee Live untuk

membina kesetiaan jenama dan memperkasakan hubungan dengan pelanggan yang membantu platform ini

mewujudkan lebih banyak peluang buat usahawan lain di seluruh Malaysia.


500 perusahaan tempatan cemerlang di Shopee telah mencapai purata pertumbuhan tahun-ke-tahun

sebanyak 50% pada tahun 2024, menunjukkan keberkesanan platform ini dalam memacu perkembangan perniagaan. Kejayaan ini menyerlahkan


kekuatan ekosistem Shopee dan peranannya dalam membantu penjual berinovasi dan berkembang. Kajian ‘Sayangi

Malaysia, Jom Rai Lokal 2024’ juga menunjukkan komitmen Shopee dalam menyokong perniagaan tempatan dan

memajukan ekonomi digital. Shopee kekal menjadi rakan penting perniagaan tempatan, menawarkan alat dan

perkhidmatan perniagaan untuk membantu penjual tempatan mencapai kejayaan baharu.

Sep 5, 2024

Ulasan EBook - Diari Seorang Duda by Rafina Abdullah

7:56 PM 1
Ulasan EBook - Diari Seorang Duda by Rafina Abdullah

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


"Depan-depan mama saya mengaku sekali lagi, saya nak Zila balik. Saya nak nikah semula dengan dia.” - Adi


Sinopsis Ringkas: Selepas 3 tahun bercerai. Adi nak get back semula dengan bekas isterinya (Zila). Tapi, tidak bagi Zila. Kerana pengalaman lepas mengajar dirinya untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama bersama Adi. Apa yang terjadi seterusnya? 


Rasanya semua dapat agak macam arah tuju cerita ni kalau saya cakap happy ending kan. hshs. Storyline simple & straightforward. 




Cerita tentang peluang kedua. Memang kalau go thru apa yang Adi buat dekat Zila sepanjang tempoh mereka berkahwin. Adi memang redflag 🚩 Pernah naik tangan, kaki perempuan & selalu di side perempuan yang dia selalu usung. Memang patut pun Zila tu fikir panjang nak getback. 


Bukannya benda kecil yang digaduhkan sampai bawa pada penceraian. Besar. So saya tak hate watak Zila yang main tarik tali tu. Reason dia jadi keras hati pun rasanya semua orang boleh faham. 





And Adi? Yes. Kesilapan dia tu buatkan dia sedar yang dia dah hilang keluarga kecil dia. Jadi, memang patut pun Zila tak terus terima dia. Jadi itu membuatkan dia letakkan effort lebih dari 100% untuk tawan semula hati Zila. Sebab guna anak pun tak jalan. So, memang kena berusaha lebih la. 


Konflik berjaya diselesaikan dengan baik. Agak rushing bahagian ending. Maybe sebab ebook ni tak sampai 100 pages pun. 

Saya enjoy baca part bapa & mak Zila komplot nak kenakan dieorang berdua. Part menyakat sampai panas punggung masing-masing. 


Saya rasa saya tak feel sangat kalau ini dikatakan romcom. Maaf. Mungkin masalah itu datang dari saya yang susah nak terhibur dengan senang. Saya memandang cerita ini sebagai cerita yang pra serius. Ha boleh tak macamtu? sebab ini kan tentang peluang kedua. Tapi apa pun satu percubaan yang baik dari penulis.

Sep 1, 2024

Ulasan Buku - Puaka Dobi Layan Diri by Siti Solehah, Mus Masmian & Khairul Ahmad

5:48 AM 1
Ulasan Buku - Puaka Dobi Layan Diri by Siti Solehah, Mus Masmian & Khairul Ahmad

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Kalau dobi layan diri kalian berada di tempat yang sunyi & tersorok. Kalian nak pergi juga ke? Kalau nak pergi juga. Ajak orang temankan & awal sikit. Bukannya waktu orang tengah sedap buat taik mata. Awak sibuk nak mendobi 🧺 Masa baca buku ini, dalam kepala terus terbayang satu dobi yang saya suka pergi di (tempat dirahsiakan). Suasana dekat situ memang sunyi and kalau ada orang pun boleh kira pakai jari. Let say if nak pergi atas dari pukul 10 malam. Memang kena bawa teman sebab kawasan dia macam agak tersorok juga. 


.melihat ☠️ sedang berputar sama dengan baju di dalam mesin itu - Penunggu Baju / Siti Solehah

Darah pada sehelai blaus labuh berwarna nilakandi itulah yang membawa Johari ke dobi yang baru sebulan beroperasi itu. Dia tidak dapat menghilangkan kesan kotor pada baju pelanggannya . Sampai di dobi, mesin yang digunakan tidak mengeluarkan sabun walaupun sudah 10 minit berputar. Dia menghubungi pemilik kedai dobi untuk mengadu. Apa yang terjadi selepas itu?

Cerita pertama best 🙌🏻 Simple & not bad. Senang nak faham. Yang tak ada kena mengena terpalit sekali. Malah teruk diganggu. Disebalik gangguan itu. Ada rahsia besar yang tersimpan akhirnya terbongkar juga. Cumanya, kita tak puas hati sikit sebab orang yang sepatutnya kena ganggu. Tak diganggu. Hantu selek ke cane ni?.


..dia terlihat sesuatu cuba merangkak keluar dari mesin-mesin dobi - Dobi Dosa / Mus Nasmian

Terpaksalah Faizal pergi ke dobi walaupun dia penat. Mana tidaknya, mesin basuh rumahnya rosak & baju menimbun berbakul-bakul. Tambah pula dengan bebelan si isteri. Pening Faizal. Jika dia tak ke dobi malam itu, esok dia tiada baju kerja untuk dipakai. Sampai di dobi, ada seorang gadis misteri turut bersamanya disitu. Apa yang terjadi seterusnya?

Cerita kedua tak scary tapi lebih pada misteri. To be honest, kita kesian dekat Faizal. Dia memang mangsa keadaan. Hint yang selama ni dia dapat, dia terlepas pandang. Bukan salah dia sebab betul la. Lelaki memang tak reti benda kiasan. Dan kisah ini juga mengenai ibu - anak & perlakuan jahat manusia yang tidak berperikemanusiaan. Cerita kedua lebih compact. Yang pasti lepasni rasanya Si Faizal terus beli mesin basuh baru letak dekat rumah dia hshs.



Ketiga-tiga penulis berjaya menulis berkaitan dengan latar tempat dobi layan diri. Cuma nak kata seram. Tidak. Dia cuma bagi kita sebagai pembaca rasa macam sus sus sikit saja.


Meraikan Merdeka: Rakyat Malaysia Bersatu Menyokong Perniagaan Tempatan

5:23 AM 1
Meraikan Merdeka: Rakyat Malaysia Bersatu Menyokong Perniagaan Tempatan

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥




Menjelang Hari Kebangsaan ke-67, kajian 'Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal 2024' Shopee mendedahkan suatu trend: rakyat Malaysia semakin bersatu menyokong perniagaan tempatan. 98% responden bersetuju bahawa membeli lokal memperkukuh dan memperkasakan komuniti kurang bernasib baik, mempertengahkan perasaan bangga dan solidariti nasional yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna

Kajian 'Sayangi Malaysia, Jom Rai Lokal 2024' ini meninjau 2,000 pengguna Malaysia dari pelbagai latar belakang, di mana hasil kajian menunjukkan bahawa 15 kali lebih ramai rakyat Malaysia memilih untuk menyokong usahawan tempatan berbanding jenama antarabangsa. Ini mencerminkan komitmen yang kukuh untuk menyokong jenama dan penjual tempatan. Dengan memilih produk dan perkhidmatan tempatan, pengguna mengiktiraf kualiti dan keaslian barangan Malaysia serta menyumbang kepada penciptaan pekerjaan dan kestabilan ekonomi. Trend ini memperkukuhkan ekonomi tempatan, mengukuhkan solidariti komuniti, dan menjadi daya penggerak yang berkuasa dalam memajukan negara.

"Menyokong perniagaan tempatan bukan sekadar membuat pembelian; ia adalah satu pelaburan terhadap komuniti dan masa depan ekonomi kita," kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia. "Dalam kita menyambut Hari Merdeka, kami terinspirasi menyaksikan bagaimana rakyat Malaysia bersatu untuk memperkasakan perusahaan tempatan. Dengan menyokong produk dan perkhidmatan tempatan, kita meraikan warisan dan memperkukuhkan fabrik masyarakat kita lalu memastikan ekonomi kita terus berkembang dan komuniti kita terus makmur."

Sentimen ini turut dikukuhkan dengan keyakinan rakyat Malaysia terhadap penjual tempatan, dengan 9 dalam 10 percaya dengan kebolehan mereka untuk memenuhi pesanan dan menjawab soalan dengan berkesan. Tahap kepercayaan yang tinggi ini menyerlahkan kebolehpercayaan, perkhidmatan berkualiti, dan khidmat pelanggan yang cemerlang oleh perniagaan tempatan, sekaligus memperkukuhkan hubungan antara pengguna dan jenama tempatan. Ini juga menunjukkan bahawa keutamaan terhadap produk tempatan bukan hanya mengenai menyokong ekonomi; ia didorong oleh keyakinan tulen terhadap kebolehan dan kecemerlangan usahawan tempatan.

Kajian ini juga menonjolkan aspek lain tentang membeli lokal: 70% rakyat Malaysia menunjukkan sokongan teguh terhadap penjual wanita dan penjual luar bandar, menegaskan kepentingan keterangkuman dalam ekonomi tempatan. Komitmen ini mencerminkan keinginan yang lebih luas untuk memperkasakan komuniti terpinggir, memastikan mereka disokong dan mampu berkembang. Dengan memberi keutamaan kepada golongan penjual ini, rakyat Malaysia menyumbang kepada pembangunan tempatan dan memupuk pasaran yang lebih inklusif.

Tambahan lagi, apabila ditanya tentang pengaruh asal usul produk dalam keputusan pembelian, 8 dalam 10 responden berkongsi bahawa mereka lebih suka membeli produk Buatan Malaysia, menunjukkan keinginan yang kuat untuk memperkasakan komuniti tempatan. Keutamaan ini juga menyerlahkan pengiktirafan yang semakin meningkat terhadap nilai unik penjual bandar dan luar bandar dalam pasaran serta komitmen untuk memastikan peluang ekonomi adalah lebih sama rata seluruh negara. Dengan menyokong perniagaan tempatan, rakyat Malaysia meraikan kepelbagaian produk tempatan dan secara aktif menyumbang kepada pembangunan dan kemampanan komuniti penting ini.

Shopee juga telah mengambil langkah penting untuk menyokong penjual tempatan, memastikan mereka boleh fokus untuk menjual produk mereka tanpa risau. Ciri-ciri seperti Bayaran Waktu Terima (COD), Jaminan Tepat Waktu, dan polisi 15 Hari Pemulangan Percuma memudahkan pengguna membeli dengan yakin. Malah, 85% responden menunjukkan mereka lebih cenderung untuk menyokong penjual tempatan jika ciri-ciri seperti ini tersedia, menunjukkan kepentingan kemudahan dan kebolehpercayaan dalam pengalaman membeli-belah dalam talian.

"Kami bersuka cita dengan respon positif pembeli terhadap ciri-ciri baharu ini di mana ianya menunjukkan peranan penting kemudahan dan kepercayaan dalam pengalaman membeli-belah dalam talian. Kami terinspirasi melihat rakyat Malaysia bangga dengan perniagaan tempatan dan aktif menyokong mereka. Dalam kita menyambut Hari Kebangsaan, usaha kolektif ini menjadi lebih bermakna dan mengingatkan kita bahawa dengan memilih untuk membeli lokal, kita bukan sahaja memperkukuhkan komuniti tetapi juga memupuk semangat kemerdekaan dan perpaduan untuk masa depan yang lebih cerah buat semua." tambah Tan.