Jari Jemari Menari ♡: Komik
Showing posts with label Komik. Show all posts
Showing posts with label Komik. Show all posts

Jan 7, 2022

Book Review: Cabaran Komik Online Malaysia Sukan

5:30 AM 1
Book Review: Cabaran Komik Online Malaysia Sukan

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Ini merupakan bacaan pertama ika pada tahim 2022. Ika mulakan dengan baca komik sebab ika nak start dengan sesuatu yang tidak sarat dan simple. Komik ini Ika beli pada tahun lepas di Bookxcess. Kalian juga boleh dapatkan komik ini di Shopee Komik M dan juga di website Bookcafe. Ada 10 buah cerita dalam Cabaran Komik Online Malaysia: Sukan ini. Sudah tentu, bertemakan sukan. Tengok saja dengan illustrasi yang ada di bahagian depan komik. Tentu kalian boleh teka dengan permainan sukan yang ada dalam komik ini.

Pelukis komik mengolah sukan yang dipilih oleh mereka dengan cara mereka tersendiri. Ada yang okay masih boleh diterima dan ada juga yang menyentuh perasaan. Sesuai untuk membuatkan anak-anak kalian sedikit sebanyak suka akan sukan. Mana tahu dari pembacaan akan mula timbulnya perasaan ingin mencuba. Dan boleh juga berikan pendedahan buat anak tentang sukan yang ada di Malaysia ini.

Tajuk-tajuk Cabaran Komik Online Malaysia (CKOM) Sukan : 

• Bakar 
• Hikayat Topeng Kilat
 • Garis Merah
• Matahari 
• Gunmen 
• The Ugly Truth 
• Alpha 
• Boccia 
 •Panah 
• Revival 



Secara peribadi, yang mendapat tempat di hati saya dalam banyak-banyak cerita ialah Bakar.
Suka dengan jalan cerita Bakar. Menarik dan penuh dengan keseronokan. Rasa macam diri sendiri ada dalam cerita tersebut. Disebalik kecekapan Bakar menangkap ikan. Rupanya terselit cerita yang sangat menyedihkan. Main emosi. Betul agaknya kata orang. Orang yang tidak dapat melihat akan melihat dengan mata hati. Begitulah Bakar. Bakat dan kehandalannya tidak dapat ditandingi dan masih berbisa walaupun sudah berusia. 

Kalau sungguh wujudnya pertandingan menangkap ikan ini di sini. Mesti akan meriah. Lagi-lagi kalau suasana di kampung. Tambahan pula dengan sorakan, semangat, persaingan akan mewujudkan satu perasaan kesukanan yang membara. Idea yang menarik dari pelukis dan lain dari yang lain. Jalan cerita yang simple tapi best! By the way, nak puji la siapa lukis muka Bakar. Rasa macam sayu je tengok muka Bakar. T.T

Ika rekomen buat kalian yang tidak kisah membaca apa jua jenis komik dan juga untuk adik-adik yang ingin explore cerita komik yang menunjukan sisi lain sukan. Mungkin dapat mengubah pandangan adik-adik tentang sukan. Minat boleh dipupuk!

Yang lain juga menarik. Saya suka dengan ilustrasi kesemuanya. Sebab orang tak reti melukis ni hanya mampu kagum dengan bakat orang lain saja. K k bai.
Boleh ikuti perkembangan semasa Komik M. Mereka akan mengeluarkan pelbagai jenis komik buat kalian. 

Instagram: Komik M


Siapa yang berdekatan boleh singgah dan luangkan masa kalian untuk bawa diri sendiri dan juga anak-anak kalian ke Pesta Buku & Komik Seremban. Jangan lepaskan peluang untuk beli bahan bacaan banyak-banyak untuk tahun ini. Banyak aktiviti yang disediakan. Kalian pasti akan enjoy! Especially yang ada anak kecil. 

Aug 31, 2021

COMIC REVIEW - YOUNG AISYAH: HARI KANTIN BY REJA

10:10 PM 9
COMIC REVIEW - YOUNG AISYAH: HARI KANTIN BY REJA

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Buku pertama untuk Bulan September ialah Young Aisyah: Hari Kantin. Ika curi masa baca komik ni sampai habis sebelum pergi kerja. Baca komik untuk naikkan mood membaca balik sebab 2-3 bulan ni mood membaca memang tak berapa nak ada. Oh ya, siapa yang tengah mencari bahan bacaan yang santai untuk anak-anak di rumah. Ika cadangkan untuk kalian singgah ke website PTS untuk melihat buku-buku yang menarik untuk anak-anak. Ada komik yang pelbagai genre. Tinggal sediakan wang sahaja. 

Ika sendiri pun baru sedar akan kewujudan komik Young Aisyah ini. Rupanya masih ada banyak lagi. Nanti ada rezeki boleh kumpul buat koleksi. Walaupun tak ada budak kecil di rumah. Ika sendiri rasa yang ika nak buat koleksi untuk diri sendiri. Dah ada anak nanti boleh turunkan dekat dia. *berangan itu kan free*. 

Mengisahkan tentang seorang budak perempuan bernama Aisyah. Dia dan rakan sekelasnya perlu menjual makanan pada Hari Kantin yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Namun, apa yang merunsingkan mereka ialah mereka perlu memasak untuk menjual pada Hari Kantin. Kerana terdesak, Aisyah tampil untuk menjadi chef bagi mewakili rakan yang lain. Masalah utama yang Aisyah hadapi ialah dia tidak tahu memasak. Akhirnya,atas bantuan keluarga timbul idea untuk membuat dan menjual kek cawan (cupcake) pada Hari Kantin. Konflik terjadi apabila kek cawan Aisyah tidak menjadi sepanjang proses percubaan dan pada hari kejadian, ada beberapa perkara yang tidak mereka jangkakan berlaku.

Apa yang terjadi? Ikuti kisah selanjutnya dengan membeli komik Young Aisyah: Hari Kantin. 

Pertama sekali, komik ini sesuai dibaca oleh semua peringkat umur terutamanya kanak-kanak. Dialog juga mengunakan bahasa yang mudah difahami. Tiada penggunaan bahasa campur. Idea dan jalan cerita yang simple dan logik. Watak yang ada di dalam komik ini ialah watak-watak yang pasif. Hanya ada 1-2 watak yang yang mempunyai karakter kontra. Sebab, kalau banyak sangat watak yang agresif dan negatif. Mungkin tidak sesuai dibaca oleh kanak-kanak yang dalam proses membesar dan ingin mencuba. 

Seronok melihat bagaimana Aisyah dan rakan-rakannya yang masih kecil ini berbincang untuk menyempurnakan Hari Kantin tersebut. Cabaran yang perlu dihadapi di usia yang masih muda meskipun cabaran itu ialah cabaran kecil bagi kita yang sudah dewasa. Kanak-kanak sentiasa mahu melakukan yang terbaik buat diri sendiri dan rakan-rakan.

Terimbau juga sedikir sebanyak kenangan ketika di zaman sekolah. Hari Kantin la merupakan hari yang menyeronokan. Semua pelajar akan struggle perah idea untuk melakukan yang terbaik untuk berniaga. Dari hiasan sehinggalah ke produk. Dan yang paling penting, melayan pelanggan sebaiknya. Uniknya ialah pengunaan kupon. 

🧁Diselitkan juga nasihat-nasihat yang baik dan berguna buat semua pembaca. Selingan yang dapat memberi manfaat buat adik-adik. 

🧁Trivia ringkas di setiap akhir bab.  (Bawang - Croissant - Cupcake ) 

🧁Ilustrasi comel. Kalau diwarnakan mesti lagi menarik. Tambahan pula ada makanan. Mesti kalau dah diwarnakan jadi terliur. Sebab selalunya macam tu la. Mudah terpengaruh T.T

🧁Nampak sedap semua kek cawan yang dibuat oleh Aisyah dan rakannya. Ke sebab lapar eh? Haha.

Overall. Bahan bacaan santai yang okay.