Jari Jemari Menari ♡

Feb 15, 2022

Book Review - Hope 1-10 by Zint

9:27 PM 2
Book Review - Hope 1-10 by Zint

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Asalnya, beberapa minggu lepas memang rasa macam mood nak baca komik saja. Bila tengok dekat rak, koleksi komik tak banyak. Jadi, ika pun selongkar apa yang ada untuk dibaca di rumah. Akhirnya terjebak la baca karya Hope by Zint. Ika memang secara jujurnya tidak mengenali siapa Zint. Tapi, ika perasan di rumah ada beberapa komik karya Zint. Baru tahun ini terdetik untuk baca karya Zint. Ketinggalan bukan? Tapi orang kata better late than never kan. 


Hope merupakan komik bersiri. Mempunyai 10 siri kesemuanya. Dalam kepala memang tak ada idea lansung komik ini mengisahkan tentang apa. Tak ada rujuk Goodreads atau baca blurb ringkas di belakang. Malahan, tengok kulit komik pun tidak. Memang random sangat pilihan kalini.Rupanya, ika tidak silap memilih. 




Hope mengisahkan tentang zombie yang menyerang secara tiba-tiba di semua tempat termasuk di tempat tinggal Ten di sebuah flat. Ten yang ketika itu tidak memahami situasi telah melihat keluarganya menjadi korban di depan mata. Malahan, Ten juga telah bertindak di luar jangkaannya pada ketika itu demi menyelamatkan nyawa.. Keadaan yang huru hara telah membuatkan Ten mengambil keputusan untuk memulakan misi untuk mencari kakaknya di Kuala Lumpur. Hanya kakaknya saja yang tinggal. Walaupun dia tidak mendapat gambaran sebenar tentang apa yang terjadi, dia tetap cekalkan hati untuk lakukan misi tersebut. 

Apa yang ika nak highlight dalam siri Hope ini ialah: 

Sketch bangunan yang sangat cantik. Walaupun b&w masih tetap memukau. Ika perhatikan yang pelukis melukis dengan baik untuk struktur bangunan di dalam komik ini. 

Dialog yang tidak banyak. Jadi, untuk sesiapa yang suka tengok gambar. Ika rasa komik ini untuk kalian. Sebab ika sendiri tak sangka dalam satu hari ika dapat habiskan kesemua 10 siri. Tapi ada la dialognya kalau tidak macam mana nak faham cerita kan. 

Zint tidak terburu-buru perkenalkan watak. Dalm setiap siri, kita pasti akan lihat Ten akan jumpa dengan ramai orang. Kebanyakkannya survivor dan juga musuh. Yang setia disisi Ten dari awal sampai akhir hanya watak Lianne. Seorang survivor yang kehidupannya sebelum ini banyak dikongkong dan akhirnya bebas apabila huru-hara terjadi. Dia juga kehilangan keluarga dan sudi membantu Ten dalam misi mencari kakak Ten. 





Paling suka siri Hope 03 sebab disini ika rasa banyak best part. Bila mereka di sebuah mall. Tempat perlindungan survivor yang lain termasuk Ten & Lianne. Namun, kita kena faham stranger tetap stranger dan dalam situasi darurat sebegitu pasti akan ada sifat pentingkan diri dan dalam siri ini kita akan mendapati bagimana terdesaknya seseorang itu sehingga sanggup gadaikan nyawa orang lain. 

Yang pasti, pasti akan ada zombie atau 'manusia' yang kebal. Zombie macamni kalau ada depan mata pun mesti terketar lutut. Tak lut beb tembak pakai apa pun. 

Ending yang menyayat hati. 

Ika sebenarnya tidak mengikuti komik yang ada di pasaran. Jadi, ika tak dapat nak agak adakah ini sama dengan mana-mana komik atau memang 100% asli dari Zint. Tapi, apa pun ika masih tetap sukakannya.Sebab mungkin ika suka cerita pasal zombie. So, apa saja yang dihidangkan, ika akan tetap suka. Komik ini sesuai dibaca oleh pembaca 18 tahun ke atas. Ika juga rasa komik ini tak sesuai untuk budak bawah umur. Tapi, terpulang kepada pilihan masing-masing. 




EBook Review - Dersik Pilu by Ayeshah Amani

8:46 AM 0
EBook Review - Dersik Pilu by Ayeshah Amani

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Ini karya ke 6 dari Ayeshah Amani yang saya baca. Sejujurnya, Ayeshah Amani semakin baik dalam bidang penulisan berbanding dengan kali pertama karyanya yang saya baca iaitu Duda Buat Safeera beberapa tahun yang lalu. Terimakasih juga kepada penulis untuk ebook Dersik Pilu. Mungkin lepas ini, saya akan baca novel Lockdown Moment. Sengaja saya tinggalkan karya sulung penulis yang menjadi best seller di Fajar Pakeer untuk dibaca pada akhir sekali. 


Secara ringkasnya, Dersik Pilu mengisahkan tentang seorang gadis bernama Qisya. Dia mempunyai seorang rakan baik bernama Afifah. Kemana-mana saja pasti berdua. Dan kehadiran abang Afifah iaitu Ziyyad yang disengajakan oleh Afifah itu telah membuatkan Qisya rasa tidak senang. Lagi pula, Ziyyad juga seperti tidak suka dengan kehadirannya. Apa yang akan jadi selepas itu?. Sampai bila agaknya Qisya & Ziyyad akan kaku sebegitu? Saya nak highlight secara ringkas beberapa perkara yang saya suka dengan Dersik Pilu. 

• Pengunaan ayat yang puitis. 


• Hubungan persahabatan yang baik dan akrab antara Afifah dan Qisya. Ini membuatkan saya rasa ingin lebih lagi menghargai sahabat yang berada di sekeliling saya. Berat perasaan yang dirasa jika kehilangan sahabat. Saya percaya itu.


• Suka dengan gap dan limit yang telah Ziyyad hadkan. Dia tahu dan faham tugasnya sebagai seorang yang perlu bersikap professional ketika bekerja di rumah dan lain-lain. 


• Menjadi seorang Qisya memerlukan hati yang sangat kuat. Bukan mudah untuk menerima dugaan yang berat dalam hidup. Terutamanya bila dugaan tersebut memerlukan dia untuk belajar menerima ketentuan Ilhai. Bertubi-tubi rasanya Qisya diuji. Tapi, itu yang menjadi akar umbi kekuatanya.


• Memang sedih. Pengakhiran yang meninggalkan kesan yang mendalam. Entah bagaimana agaknya Qisya mendapat kekuatan untuk bangkit. Bukan senang. Dari tersenyum gembira akan kehadiran seseorang disisi sehingga keseorangan. Begitulah pengakhiran kita sebagai manusia.


Kalau kalian berminat nak dapatkan Dersik Pilu, kalian boleh direct message penulis di Instagram. Mungkin juga penulis akan jual ebook tersebut kepada kalian. 



 





Book Review - Neraka Bawah Rumah by Khairul Naim

8:13 AM 0
Book Review - Neraka Bawah Rumah by Khairul Naim

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Nak dijadikan cerita, jari ni rajin sangat search buku seram dekat Shopee bulan lepas. Sebab nak tahu jugak kalau ada buku best-best yang ika tak sedar kewujudannya. Jadi, masa tengah seronok scroll tu. Ika terjumpa satu buku ni yang dijual dengan harga yang sangat murah dan tidak masuk akal ( tak pasti jika harga sudah berubah). Lepastu, bila tengok dekat shop seller tersebut yang dia siap jual dengan harga kombo. Last-last, ika decide beli yang kombo instead of per book. Lebih jimat.  :)


"Dia dapat rasakan seorang perempuan berdiri di hadapannya. Tapi..

Kenapa tangannya panjang sampai ke lantai? 

Kenapa wajah macam tanah merekah?

Mulutnya besar, bergigi tajam dan tidak berbibir. "


Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Irina. Ketika Irina cuba membantu seorang makcik yang tengah diragut. Niat baik Irina itu telah memakan dirinya sendiri apabila kepalanya diketuk oleh seorang lagi peragut yang sedang bersedia di motor. Selepas kejadian itu, Irina sering diganggu makhluk halus bernama Talis. Dia cuba meminta bantuan dari sahabat baiknya iaitu Fatin. Namun, dia tidak diendahkan. Itu yang membuatkan Irina nekad ke rumah Fatin untuk mencarinya. Ketakutan Irina telah membawa dia ke rumah Fatin. Disana lebih banyak kejadian pelik berlaku. 



Penulis: Khairul Naim
Penerbit: Penerbitan Paluan Seni 
Rating: 3/5
Mukasurat: 107 mukasurat

Apa sebenarnya yang terjadi kepada Irina dan Fatin? Apa punca Talis menganggu Irina?. 


Saya sendiri sebenarnya binggung dengan apa yang terjadi kepada Irina. Setelah kepalanya diketuk, dia terus dapat melihat dan dikacau oleh Talis (hantu). Adakah gara-gara kepalanya tercedera dan dia mula berhalusinasi?. Cerita Neraka Bawah Rumah ini bukanlah cerita hantu secara keseluruhannya. Siapa yang ragu-ragu nak beli, ika beritahu siap-siap. Buku ni lebih kepada psikologi thriller. Risau terberi spoiler kerana ceritanya pendek dan ringkas. Takut kalau tertulis panjang-panjang dah dapat agak jalan cerita. 


Ingatkan mimpi tetapi tidak, 

Ingatkan berhalusinasi tetapi tidak. 

Ingatkan realiti tetapi tidak, 

Ingatkan kebenaran tetapi tidak, 

Ingatkan penipuan tetapi tidak.


Ika suka dengan karakter yang ada di dalam Neraka Bawah Rumah ini. Terlalu misteri sehingga ika tak dapat nak agak apa yang terjadi. Terlalu banyak yang ditwist. Sebab banyak sangat plot twist dalam buku ni. Saya rasa penat untuk otak saya menghadamnya. Tapi, bagi saya okay la sebab segala persoalan saya terjawab juga di penghujung cerita. Itu yang penting. Tidak la saya ditinggalkan terkontang kanting memikirkan persoalan tersebut. Tak sangka juga kebenarannya sangat kelat untuk ditelan. Bagi ika, ini bukanlah naskah yang lansung tidak boleh dibaca. Masih ada keistimewaanya. 


Untuk isi di dalam, font yang digunakan besar. Gap spacing juga luas dan bukunya sangat nipis. Kira in one sitting dah boleh selesai baca. Satu percubaan yang baik oleh penulis. Cuma saya rasa, endingnya terlalu rushing. Seolah-olah penulis ingin cepat habiskan Neraka Bawah Rumah ini. Untuk watak Hilal juga terasa seperti satu watak yang boleh dikembangkan lagi. Mesti seronok jika dapat baca lebih lagi mengenai Irina & Hilal. 


Buat pembaca yang tidak cerewet dan teringin untuk baca karya yang jenis straight forward. Kalian boleh dapatkan buku ini di Shopee. Hanya search tajuk Neraka Bawah Tanah. 






Jan 18, 2022

Book Review - Elite Bunian Tragedi Sungai Kim Chi by Sabrina Ismail

12:28 AM 7
Book Review - Elite Bunian Tragedi Sungai Kim Chi by Sabrina Ismail


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️


Ika rasa ika dah jadi peminat setia buku-buku Bookiut. Hampir kesemua buku yang mereka keluarkan, ika tak lepaskan peluang untuk beli dan baca. Kalau ika yang dah besar ni pun boleh tertarik dengan buku-buku Bookiut sebab kulit buku yang cantik dan sinopsis yang best. Apatah lagi kanak-kanak :) Kan?. Ini bukanlah karya pertama under Bookiut yang ika baca dari penulis Sis Sabrina. Buku pertamanya iaitu Boba Girl memang best! Kena dapatkan geng. 


Kalau siapa yang tidak tahu. Elite Bunian Tragedi Sungai Kim Chi ini merupakan sekuel kepada Elite Bunian Api Bukit Tengkorak. Ika cadangkan untuk kalian beli buku yang pertama sebelum proceed untuk buku kedua ini sebab semuanya berkait. Dari segi jalan cerita, watak, dan juga latar tempat. Sekurang-kurangnya kalian akan dapat clear view mengenai keseluruhan cerita selepas baca kedua-dua buku.


Sejujurnya ketika ika baca Elite Bunian Api Bukit Tengkorak (1). Ika tertanya-tanya kenapa agaknya bukan watak Raed yang menjadi karakter yang ada di cover hadapan buku? Kenapa Rhu & Rose? Sedangkan mereka berdua hanya watak sampingan sahaja. Rupanya terjawab semuanya sekarang.  Ika suka dengan idea penulis untuk mengabungkan kedua -dua kulit buku menjadi satu. Menarik! Kalau dari mata kasar mungkin tidak nampak, tetapi jika dilihat secara terperinci kalian akan nampak nombor 2 di tepi perkataan bunian. 





Sabrina Ismail | 119 mukasurat | Bookiut | 2022 | RM 10 



Mengisahkan tentang seorang budak Daniel yang secara tiba-tiba hilang di Bukit Tengkorak. Kehilangan Daniel memberikan banyak spekulasi dan di antaranya ialah Daniel telah diculik/disorok oleh Bunian. Namun khabar angin yang tersebar itu tidak disenangi oleh Raed yang merupakan seorang Kadet Elite Bunian. Raed merasakan yang ada perkara yang lebih besar dari itu yang terjadi. Hal menjadi lebih rumit apabila Raed mendapat gambaran buruk tenatng apa yang akan terjadi kepada orang ramai dan juga Sungai Kim Chi. Bahan toksik akan mencemari sungai dan memudaratkan kesemuanya. 

Apa yang akan terjadi kepada Raed, Daniel, Sungai Kim Chi & orang ramai? Selamatkah mereka?


Ika suka dengan idea penulis yang masih mengekalkan tema alam sekitar. Ini merupakan salah satu perkara yang harus selalu diperingatkan sejak dari dulu lagi. Kerana alam sekitar perlu dihaga dengan baik untuk kita sentiasa menikmatinya. Perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawan akan memusnahkan segalanya. Banyak yang boleh dikupas jika berbincang soal alam. Sepanjang pembacaan, terasa seperti ada di dalam cerita ini sekali. Terasa sesak nafas seolah-olah diri ini ada di Sungai Kim Chi. Bahan toksik yang mencemarkan suungai telah membuatkan orang ramai merana. 




Kalini cerita Elite Bunian lebih banyak aksi. Lebih mengujakan dan menarik! Tak rugi duit kalian. Penulis berjaya membuatkan ika berimaginasi dengan baik. Setiap perkara diceritakan secara terperinci. Dialog juga mudah difahami dan jalan cerita yang tersusun. Kalian pasti tidak akan jangka akan dalang disebalik misi memusnahkan Sungai Kim Chi. Plot twist yang sesuai dengan jalan cerita. 
Ika memang rekomen buat pembaca yang baru berjinak-jinak ingin membaca, remaja dan juga orang dewasa. 

 

Jan 14, 2022

Book Review - Miss Genius Matematik by Haryani Kamilan

8:10 PM 1
Book Review - Miss Genius Matematik by Haryani Kamilan

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

"Sebenarnya Matematik itu mudah dan menyeronokkan"

Siapa sini ada masalah dengan subjek Matematik?. Kiranya dia ada hubungan lovehate relationship dengan subjek tersebut. Angkat tangan please 🤚🏻 Kehidupan seharian kita memang memerlukan kita untuk sedikit sebanyak mempunyai pengetahuan pengiraan. Ika teringat masa zaman sekolah dulu. Subjek Matematik bukan subjek kesukaan ika. Ika sentiasa ada mindset yang kira-kira itu susah. 


Miss Genius Matematik ini mengisahkan tentang seorang budak perempuan bernama Lily. Dia baru sahaja pindah ke sekolah baru dan ditempatkan di kelas 4D. Perwatakan sombong Lily bersebab itu telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan rakan sekelasnya dan dia dijadikan bahan gosip beberapa orang pelajar. Namun, perkara itu tidak berlarutan. Hubungan baik mula terjalin apabila rakan sekelas Lily tahu yang Lily sangat pandai dalam subjek Matematik dan Lily dengan baik hati ingin membantu mereka untuk subjek itu. 


Namun, Lily juga ada kelemahan. Untuk subjek yang lain, dia tidak mendapat markah sebaik subjek Matematik dan tekanan dari ayahnya membuatkan Lily bertindak jauh sehinggakan dirinya dalam masalah besar. Apa yang terjadi sebenarnya? 



108 mukasurat | Haryani Kamilan | Bookiut | Nov 2021 | RM 10 

Apa agaknya input yang boleh diambil di dalam buku Miss Genius Matematik ini?

-Didikan yang terlalu keras dari parents juga akan memberikan tekanan luar biasa buat anak. Apatah lagi jika sudah meningkat usia. Masih tetap jua diberikan tekanan untuk cemerlang dalam setiap subjek. Manusia juga ada hadnya . Bukan sentiasa dalam posisi yang akan sentiasa melakukan yang terbaik. Ada masanya ada turun naik juga. 

" Jika ika di tempat Lily. Ika juga akan jadi runsing jika tidak boleh mendapat keputusan yang cemerlang dalam semua subjek. Apatah lagi, menjadi harapan keluarga. Tekanan yang diterima itu menyukarkan keadaan. Kita akan jadi tersekat dan sentiasa dalam mood stress. Kurang perhatian dari sudut ini juga akan menimbulkan perasaan kurang senang kepada anak-anak ketika belajar. "



- Yang salah tetap salah. Perbuatan Lily & Syafika memang salah sama sekali. Walaupun mereka berdua ada sebab tersendiri. Namun untuk berjaya, bukan itu jalan pintasnya. Dan Syafika, keterlaluan juga. Demi keuntungan, sanggup dia menjual dengan harga yang tingga. Sedangkan dia tahu perbuatannya itu salah dan memerangkap diri sendiri dan juga Lily. 

- Lily tidak kedekut ilmu. Satu sen pun dia tidak harapkan dari rakan-rakannya. Yang dia harapkan ialah kejayaan mereka bersama. 

Dalam buku ini turut diseleitkan beberapa tip buat pambaca Bookiut. Bagaimana untuk memupuk minat bagi subjek Matematik. Semua tips boleh diguna pakai dan bagus untuk dipratikan. Ika sangat rekomen buku Miss Genius Matematik ini untuk adik-adik tidak kira lelaki atau perempuan. Mana tahu lepas baca kisah Lily, adik-adik akan jatuh cinta dengan subjek Matematik lagi.