Jari Jemari Menari ♡

Jan 17, 2023

Ulasan Buku - Sempurna Yang Tak Sempurna by Ayumi Syafiqah

8:37 PM 1
Ulasan Buku - Sempurna Yang Tak Sempurna by Ayumi Syafiqah



Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥

Harini, ika nak share dengan kalian satu local publisher yang semakin dikenali. Siapa yang kenal dan  familiar dengan nama Ayumi Syafiqah. Seorang penulis yang sudah menghasilkan banyak karya. Dia la founder untuk Lawa Lingo. 100% diusahakan oleh Ayumi sendiri. So proud of you Kakak Ayumi. It's not easy tapi you really made it. Ada 3 buah buku yang diperkenalkan untuk first launch publisher Lawa Lingo. Dan inshaAllah ika akan review ketiga-tiga buku. Ini merupakan review buku pertama dari Lawa Lingo. 

Buku pertama yang ika akan ulas ialah Sempurna Yang Tak Sempurna. Mengisahkan tentang kisah percintaan Shana dan Haizaq. Mereka berdua mempunyai karakter dan pembawakan diri yang berbeza tidak kira di kolej mahupun dalam kehidupan. Tapi, bayangkan bagaimana kedua-duanya involve dalam relationship yang tersangat kontras.



Saya pada awalnya memang tak gemar dengan Haizaq. Semua benda dia ambil mudah dan sambil lewa. Nampak macam selfish pun ya. Sebab dia cuma kisahkan diri dia dan akan contact Shana ikut waktu dia. Ingatkan lelaki  🚩 flag. Ada la juga tersumpah seranah Haizaq. Tapi memikirkan yang karakter seperti Haizaq memang ada dalam dunia nyata. Jadi, saya fikir orang sepertinya jika sudah jadi sesuatu yang tidak dia jangkakan. Baru dia punya mata terbeliak luas. Masa tu baru la nak muhasabah diri dan baru dia tau yang semua yang dia rasakan betul semuanya salah bagi Shana.

Tapi at the end of the day, orang sebegini ada possibility untuk menjadi kekasih yangs sempurna dari semua sudut. Dia akan berusaha mengubah dan menjadi lebih baik dari sebelum (for those yang memang serius dengan perhubungan dia dan bukan untuk orang yang dari awal memang nampak tanda red flag ).  Learn from mistake. Belajar dari kesilapan lama dan takut untuk terjadinya perkara yang sama sekali lagi. 


Shana pun mungkin dah sampai limit sabar dia. Jadi saya kira apa yang dia rasakan dan lakukan memang sudah di tahap dia sendiri rasa memang tak boleh fix relationship dieorang. Argh. Kalau saya di tempat Shana. Belum tentu saya sesabar Shana. Hm.

Bacaan santai yang simple dan nice. Tak kurang tak lebih. Jalan cerita juga boleh dijangka. Cumanya saya tolak tepi jangkaan saya dan enjoy baca. Saya memang suka dengan gaya penulisan Kakak Ayumi. Sebab rasa macam lancar je pembacaan saya. Yang penting ada rasa tercuit sikit perasaan ni masa Haizaq confess dekat Shana 🙃

Banyak pasangan fikir hal remeh temeh itu selayaknya dibiarkan sebegitu saja. Namun, hal remeh temeh itu adakalanya boleh jadi sesuatu perkara kecil (perhatian, pujian, luang waktu bersama etc) yang membahagiakan.







 

Jan 11, 2023

Ulasan Komik - Coffee Break by Ain Lavendra

9:12 PM 2
Ulasan Komik - Coffee Break by Ain Lavendra



Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥



Saya jarang baca komik yang pelukisnya perempuan. Kalau baca dan kenal pun mungkin Jon Suraya. Terimakasih buat tim komik M untuk pemberian naskah ini. Barulah saya kenal Ain Lavendra. Dan kalau tidak silap saya bukan ke Ain Lavendra pelukis untuk cover buku Bookiut? (sorry kalau saya salah). 

Suka dengan lukisan Ain dalam komik Coffee Break ini. Semuanya comel-comel belaka. Tambahan pula dengan ilustrasi berwarna. Menambahkan keterujaan membaca. Saya jeles dengan bakat orang pandai melukis ni. Sebab saya kalau lukis orang jadi orang lidi terus. Haha. Pity me.



Cumanya, saya perasan ada cerita yang klise dari segi jalan cerita. Mungkin untuk karya akan datang, Ain boleh tampil dengan cerita yang lebih gempak dan ekstra manis. Dalam komik CB ini ada kompilasi karya-karya Ain yang lama dan juga baru. Lukisannya semakin cantik dan kemas. Cerita pertama memang manis. Berkenalan dan bercinta di kafe. Haish. Automatik tersengih sendiri. Comel kot dengan telatah hero & heroin CB ni. <3

1. Coffee Break ⭐️⭐️⭐️⭐️
2. Restu ⭐️⭐️⭐️
3. Konklusi ⭐️⭐️.5
4. Raya Seorang Gadis ⭐️⭐️.5
5. Cikgu Kacak ⭐️⭐️⭐️
6. Keputusan Cinta ⭐️⭐️⭐️


Sambil layan antologi cerita dari Ain. Diselitkan juga dengan pengenalan diri dari penulis dan juga petua berkomi. Sambal membaca dapat juga ilmu pengetahuan. 2 dalam satu. Perkongsian yang sangat baik buat adik-adik yang baru nak berjinak-jinak dalam bidang sama seperti yang Ain ceburi. Betul juga apa yang Ain beritahu. Jangan mudah putus asa dalam melakukan sesuatu meskipun pada awalnya karya kalian tidak mendapat perhatian. Apa yang penting kita terus lakukan apa yang kita suka. Orang akan perasan juga nanti dengan karya kita. Percayalah✋🏻

Overall, saya rasa komik ini boleh dijadikan bahan bacaan santai kalian. 








 

Wordless Wednesday - Reviu Buku HJG di Website Artikel PTS

9:00 PM 1
Wordless Wednesday - Reviu Buku HJG di Website Artikel PTS



Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


 



Tadi, masa tengah belek website PTS. Tak sangka ulasan saya untuk buku Siri Kru Paranormal Hantu Jarang Gigi ada dalam website PTS -- Bahagian Arkib untuk reviu buku. Thankyou so much PTS <3. Oh, reviu buku Lysa pun ada. Haha. Baru perasan. 

Ulasan Komik - Aku, Kau & Cinta #4 --Istimewa OKU by Artis-Artis Komik M

8:53 PM 0
Ulasan Komik - Aku, Kau & Cinta #4 --Istimewa OKU by Artis-Artis Komik M

 


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥

Pembuka tirai 2023 kalini ialah Komik Aku, Kau & Cinta #4 --Istimewa OKU. Pertama sekali, saya nak ucapkan ribuan terimakasih buat tim Komik M untuk pemberian naskah ini. Buat kalian yang masih lagi tidak tahu. Komik M merupakan imprint dibawah PTS. Yang telah menerbitkan lebih dari 200+ buah komik. Buat pengemar komik tempatan (Imprint Komik M ), jadikan komik dari Komik M sebagai salah satu koleksi peribadi kalian. 

Apa yang ika boleh nampak, makin lama makin cantik ilustrasi yang ada di bahagian kulit buku komik. Kudos buat pereka kulit buku. Dari depan hingga ke belakang memang menarik! Lain dari komik-komik yang ada sebelum ini. Kalian juga boleh melihat bagaimana proses penghasilan kulit buku ini. Disertakan sekali dengan sketch draft hingga ke sudah siap sepenuhnya. 



Komik ini menghimpunkan 7 cerita kesemuanya. Bercakap soal OKU. Saya kagum dengan semangat juang mereka untuk meneruskan hidup dan terus maju dalam kehidupan tanpa menoleh ke belakang. Banyak contoh-contoh yang kita boleh lihat di media sosial. Macam mana berdikarinya mereka. Tabik. 

1. Retak / Ben Wong ⭐️⭐️⭐️
2. Kosong / Kimi ⭐️⭐️.5
3. Cita - Cita / Pak Ngah Alipz ⭐️⭐️⭐️⭐️
4. Buku Conteng / Raion ⭐️⭐️.5
5.Teman Sebilik / Miras ⭐️⭐️.5
5. Hati Emas / Huzza  ⭐️⭐️⭐️⭐️
6. Gajah Paling Bergaya / Froggypapa ⭐️⭐️⭐️


Sebuah naskah yang santai dan sesuai dibaca oleh semua peringkat umur. Secara peribadi, ada cerita yang menyentuh hati saya. Tapi, ada juga yang seperti tidak sampai di penghujungnya. Mungkin sedikit rushing untuk menghabiskan cerita. Walaupun ada beberapa cerita yang bagi saya biasa dan ada juga yang best. Masih dapat membuka mata dan memberikan pengajaran dan nilai-nilai murni.

Apa yang penting ialah mesej yang ingin disampaikan. Bukan hanya penulisan saja dapat spread awarness tentang insan istimewa ini. Tapi, melalui lukisan juga mesej boleh disampaikan. Saya percaya masyarakat kini lebih peka dengan orang sekeliling mereka. Satu usaha yang baik Komik M!. Membawa isu dan hak-hak OKU dalam bentuk komik. 













Dec 24, 2022

Ulasan Buku - K-Pop Girl Blink Yang Bersinar by Rashiela Nurain

6:49 PM 2
Ulasan Buku - K-Pop Girl Blink Yang Bersinar by Rashiela Nurain

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Terimakasih buat pihak Bookiut sebab berikan buku ini semasa Event K Day tempoh hari. Disebabkan my plus one tak baca buku. Jadi, buku ni menjadi milik saya sepenuhnya. Haha. Setakat ni, semua kulit buku Bookiut memang comel dan colourful. Eye catching sangat. Teruskan keluar buku yang ada cover buku yang cantik-cantik okay?.


Rasanya majoriti kenal siapa group Blackpink. Jadi tak perlu nak terangkan dengan lebih lanjut siapa mereka. Group mereka sama naik dengan BTS. Saya ialah peminat kpop band masa zaman Big Band, Sistar, FT Island & 2PM. Jadi layan la jugak kpop-kpop ni dulu. Cuma sekarang dah slowdown. 


K-Pop Girl Blink yang Bersinar mengisahkan tentang Elsi yang anti kpop & anti sosial. Hidupnya hanya bergelumang dengan buku. Belajar saja yang menjadi keutamaannya. Malahan, dia meletakkan gap yang besar untuk bergaul dengan keluarga dan kawan. Kontra dengan adiknya, Anni yang meminati Blackpink. Gara-gara satu kejadian yang tidak diingini berlaku kepada Elsi. Hari tersebut ialah hari paling malang dalam hidup dia kerana bila celikkan mata saja dia berada di tahun 2012 dan dia berada bersama-sama Blackpink sebagai trainee.



Rasa macam baca fanfic pula. Seronok juga kalau dapat merasa kehidupan seorang trainee. Tapi mesti bukan semudah yang kita fikirkan. Saya percaya artis kpop yang berjaya hari ini melalui hari-hari yang memenatkan dan struggle untuk mereka berjaya itu setimpal dengan apa yang dah mereka korbankan dan usahakan. Jadi bila Elsi masuk ke dunia 'itu'. Dia juga struggle untuk melalui hari-harinya di situ. Macam mana cara dia nak pupuk diri untuk buat apa yang dia tak pernah buat dan dia tak suka buat. (menari, jaga pemakanan & menyanyi).


Watak Elsi memang menjengkelkan. Saya tak pasti kenapa semua benda nampak salah di mata dia. 🤷🏻‍♀️ Terutama sekali bila dia terlalu panas hati dengan minat adiknya. Bagi saya, kita kena belajar menerima dan menghormati minat orang. Mindset Elsi yang salah itu membuatkan hidup dia bosan. Malah saya tak boleh terima cara layanan dia dengan keluarga dia sendiri. Kasar. Memang ada perubahan dalam watak dia pada hujung cerita tapi effect dari perbuatan dia yang annoying itu membuatkan saya lebih ingat perangai dia yang mula dari yang akhir. Tapi apa pun, saya faham karakter sebegini memang dapat membuka mata. kan? Kita akan reflect semula.


•Saya personally suka dengan cara Anni menyeimbangkan pelajaran dan hobi. Siapa kata kalau nak pandai kena baca buku all the time? Study smart dear not study hard. Don't push yourself so hard. Belajar kena santai.
• Jangan pentingkan diri sendiri. Jaga hubungan dengan parents dan adik-beradik. Rumah pun aman damai dan harmoni.