
• Nipis tapi compact dengan pengisian ✔️
• Habis in one sitting ✔️
• Sesuai dibaca oleh semua golongan baik kanak-kanak atau dewasa ✔️

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥
Pertama sekali, terima kasih buat tim Buku Prima atas naskah Runcing 2 ini :) Saya sangat hargai peluang dan ruang yang kalian berikn buat reviewer picisan seperti saya. Rasa macam mimpi sebab dapat bekerjasama dengan salah satu publisher yang gah dan besar dalam industri buku. InshaAllah semoga lain hari kita dapat bekerjasama lagi.
📌 Dendam ini harus dilangsaikan dengan darah !
Dengan bantuan Batin Uda. Sahak menjadi lebih kebal. Lebih membara-bara perasaannya untuk membalas dendam terhadap Hambali. Namun, Sahak lupa. Dia juga perlu berhadapan dengan Yusof jika dia berniat ingin membunuh Hambali. Berjayakah Sahak?
Dan apa yang akan jadi pada Hambali?. Akan selamatkah Seri Bakawali dan terus hidup?.
Cerita seram islamik yang mendebarkan.
Genre: Mistik Islamik
Mukasurat: 488 mukasurat
Harga: RM 30
Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥
Ostad Power Metal ni best gua cakap sama lu orang. Acamgini 🤘🏻 🎸
Secara ringkasnya, sekolah pondok Tanwiriah akan ditutup dan akan diambil alih oleh pentadbiran baru. Ostad Osman (Ospom) yang mengajar di sekolah tersebut terpaksa giatkan usahanya mencari kerja lain. Dia tahu yang kelayakan yang dia ada tidak cukup untuk dia mohon kerja disitu.
Dalam usaha pencarian kerja kosong. Ostad Osman ternampak satu iklan pencarian vokalis kumpulan metal. Dia dalam dilema. Kalau tidak mencari kerja secepat mungkin, ada banyak yang perlu dibayar. Kalau masuk kumpulan metal, tak kena dengan diri dia. Agaknya, yang berlaku seterusnya?
Geng, Ostad Osman kental ya pergi audition. Haha. Masalahnya lepas pula tu. Geng Icarus boleh sangkut dengan suara dia. Dalam depa dok judge-judge tu. Terpesona gak kan dengo suara member tu. 🤣
5⭐ / One of my best read for 2023
Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥
Gunakan seni bela diri ke arah kebaikan bukan sebaliknya.
Ini merupakan sekuel kepada novelet Silat Warrior.
Rupanya, ada mata-mata yang memerhati Yameen. Yameen telah dipaksa untuk mendaftar ke Government Special Academy (GSA) . Dalam keterpaksaan, Meen turutkan juga atas sebab-sebab tertentu.
GSA ialah satu akademi khas yang khusus buat para pembuli. GSA ditubuhkan untuk mengajar pembuli supaya menjadi manusia yang berguna. Dan para persilat seperti Meen, Kamarul dan lain-lain ialah untuk memberikan kestabilan dalam komuniti di GSA. Kalau ada kaki gaduh kena ada yang boleh control kaki gaduh. Dia ibaratnya macam itu. 🙌🏻. Akademi ni sama macam sekolah. Belajar macam biasa cumanya enviroment, sistem, peraturannya berlainan. Lebih ketat.
Penulis tak lepaskan peluang untuk selitkan bahagian aksi silat & bergocoh (bergaduh). Part ni pembaca kena ada imaginasi tinggi sikit. Kena sendiri-sendiri imagine gaya yang penulis tulis. Kita sampai sekarang rasa siapa pandai bersilat ni cool.
At the same time, dalam ni kita akan dapat tahu dengan lebih mendalam mengenai salasilah keluarga Meen. Serius tak sangka hubungan yang ada antara Meen dan seseorang itu.
Untuk karakter. Kita suka semua kecuali Basir . Boleh macam tu? Haha. Sebab si Basir tu kalau dapat jumpa depan-depan. Nak tenyeh dia dengan cili api.
Well done akak @sharinaelisanovelist . Teruskan berkarya. Kita nak lagi sambungan. Hehe.
Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥
"Dia tersepit antara ilusi dengan realiti"
Apa lagi yang Akashah inginkan dalam hidupnya?. Semua sudah lengkap. Mempunyai isteri cantik bernama Maya, dikurniakan seorang anak lelaki (Aiman) , mempunyai pekerjaan tetap, tinggal di sebuah kediaman apartment idaman. Kelihatan semuanya sudah cukup indah bukan?
TETAPI hakikat sebenar, isterinya itu penghidap skizofrenia. Kondisi isterinya juga tidak dalam keadaan baik & bergantung dengan ubat-ubatan untuk kekal waras. Tak cukup dengan itu, Akashah kerap bermimpi perkara yang sama berulang-ulang. Mimpi ngeri itu melibatkan isteri & anaknya. Apa yang akan jadi seterusnya?.
Untuk watak pula. Saya kira penulis berjaya mengetengahkan watak Akashah sebagai peneraju utama. Boleh nampak kepelbagaian sisi Akashah. Malah saya turut bersimpati dengan nasib Akashah. Bagaimana dia juga mempunyai strugglenya tersendiri. Untuk menerima apa yang sudah terjadi dan bangkit dari emosi yang ada dalam diri dia. Juga bukan senang. Saya terkesan bila Akashah kembali semula jejakkan kaki ke apartment itu untuk melihat sendiri apa yang sebenarnya yang terjadi sepanjang dia 'tinggal' disana.
Dengan watak-watak sampingan sebagai pendukung cerita Apartment ini juga berjaya. Jika tiada mereka, mungkin jalan cerita sukar untuk dikembangkan.
Yang pasti, terselit pengajaran yang boleh kita ambil dalam buku ini.
Apa pun satu percubaan yang baik dari penulis.Teruskan menulis dan selamat maju jaya ✨