Jari Jemari Menari ♡

Aug 1, 2023

Ulasan Buku - Miss Princess Bodyguard by Alam Anuar

9:03 PM 1
Ulasan Buku - Miss Princess Bodyguard by Alam Anuar


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Sebelum ini, ika ada letakkan ulasan untuk buku Miss Princess Hanbok by Alam Anuar . Kalini, penulis telah mengeluarkan satu lagi siri Princess iaitu Miss Princess Bodyguard pula. Nampaknya, penulis memang tak lari dari konsep yang dibawanya iaitu dengan meletakkan negara Korea sebagai main place. Thankyou so much Imprint Bookiut untuk naskah ini. So jom ke ulasan. 


Bismillah. 


Perasaan membuak-buak yang ada dalam diri Puteri Tiara Elegana Raja Kcaka V untuk keluar dari pulau diraja Wantuseom untuk melihat dunia luar semakin membara-bara apabila Puteri Tiara mengetahui Negara Wantuseom akan berurusan dengan negara luar. 


"Bagus! Peluang untuk beta keluar dari istana dan jelajah dunia asing" 


Maka, demi mencapai kemahuannya itu. Puteri Tiara bersama dengan pengawal peribadinya iaitu Olga melarikan diri dari istana. Namun, malang tidak berbau. Mereka berdua tersalah naik kapal !! Yang mereka naiki itu ialah kapal kargo -- berlabuh di Pulau Jeju -- bakal menghadapi ribut taufan. Apakah nasib yang akan menimpa Puteri Tiara & Olga?. 


PenulisAlam Anuar

PenerbitBookiut

Tahun: 2023

Mukasurat: 128 m/s

Harga: RM 12 (SM) / RM 10 (SS)


Sebuah cerita pengembaraan yang penuh dengan liku-liku & perasaan teruja. Bayangkan seorang manusia yang hidup terkurung dari kecil. Keluar dari kepompong dan bebas menjelajahi pelbagai tempat, menikmati keindahan alam, berjumpa dengan ramai orang & melakukan aktiviti yang tidak pernah dilakukannya. Puteri Tiara memang keluar dari comfort zone beliau 🔥. !!


Tambahan pula, ditemani oleh seorang bodyguard yang serba boleh seperti Olga. Puteri Tiara dalam keadaan yang selamat. Perkenalan antara mereka dengan Najat sekeluarga menjadi bertambah menarik. Disitu bermula penjelajahan sebenar (Pulau Jeju) Puteri Tiara. Olga mengalami kecederaan dalam misi jelajah mereka & tanggungjawab menjaga Puteri Tiara diberikan pada Najat. Tapi, banyak perkara yang tidak diingini terjadi.



Banyak info menarik, kosa kata baru, pengenalan tentang tempat di Korea dan lain-lain dalam buku ini. Storyline tersusun. Penulis sehabis baik memasukkan info (fakta) tersebut tanpa menganggu jalan sebenar cerita. Cuma saya kira bila terlalu banyak info. Jadi sedikit sarat. Tapi tidaklah mencacatkan. Kita yang panik bila Puteri Tiara dalam bahaya.


For those yang suka dengan cerita pengembaraan di Korea. Sila dapatkan buku Miss Princess Bodyguard okay? Dan kalau ditanya ada atau tidak kaitan dengan Miss Princess Hanbok. Jawapannya ialah tidak sama sekali. Beli la kedua-duanya tau :) 








Jul 4, 2023

Ulasan Buku - Kambus by Ayumi Syafiqah

9:28 PM 3
Ulasan Buku - Kambus by Ayumi Syafiqah




Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥

Masa buku ni keluar, memang tak fikir panjang nak dapatkan sebab blurb dia menarik. Kebetulan masa tu ada SIBF. Memang masa sampai je reruai Prolog Media. Ika terus capai buku dan bayar. Tanpa sebarang bunyi haha :) Kalau bab menghabiskan duit serahkan dekat saya. Tambahan memang start dari tahun lepas, ika mula baca karya Ayumi. Bila tahu dia keluarkan buku baru jadi lagi ekstra teruja la.  So here we go. Ulasan ringkas untuk Kambus. 

Bismillah. 

"Rahsia kau selamat asalkan rahsia aku selamat"


Penulis: Ayumi Syafiqah
Tahun: 2022
Penerbit: Prolog Media 
M/S:303 m/s
Genre: Thriller Mystery 




Sebagai seorang pembaca genre misteri & seram. Saya tak rasa storyline Kambus keterlaluan dan berlebihan. Just nice. Yang penting ada kejutan yang diberikan oleh penulis. Saya suka cara penulis cipta watak-watak yang saling berkait tapi secara logik. Bukan berkait dengan cara terlanggar bahu atau outofnowhere. Ada connection setiap watak.


Saya suka dengan perwatakan tenang Dzil menangani situasi tegang (pembunuhan Alana) yang terjadi. Malah, dia sanggup galas segala kesalahan atas bahu sendiri. Padahal, to be fair kalau salah mestilah dua-dua salah. Ini dia rileks je nak tanggung sendirian. Sayang punya pasal. Suka juga dengan cara dia alihkan tumpuan Yin yang kerap memikirkan masalah mereka (dia ajak bercinta geng). Tanpa aksi geli-geli pun masih mampu buatkan Dzil jadi seorang lelaki yang manis. 





Yin pula saya tak hairan jika gelabah dan tak senang duduk setiap masa. Sebab surrounding dia pun keep on bercakap benda yang dia cuba sorokkan. Jadi, mana-mana dia pergi pun dia akan tetap dibayangi dengan kesalahan sendiri. Mana mungkin dia mampu untuk simpan rahsia tersebut lama-lama. 

Saya rasa cerita ini disusun dengan baik walaupun ada bahagian yang di-flashback. Tapi yang bagusnya, penulis mention bila yang diflashback (3 tahun sebelum, sekarang, malam kematian dan sebagainya). Jadi, pembaca tak terpinga-pinga tiba-tiba cerita melompat sana sini.

Penyiasatan yang dilakukan juga membuatkan saya ralit baca. Saya enjoy mengikuti perjalanan siasatan polis dalam usaha mereka mencari mayat 3 perempuan yang hilang termasuklah Alana. Perincian setiap perkara yang dilakukan oleh Dzil & Yin untuk menghapuskan bukti juga menarik. Jangan lupa dengan Yusri yang turut merencanakan sesuatu yang tidak dijangka. 👍🏻



Yayy dapat sign Kakak Ayumi <3

Dikaburi dengan kebaikan beberapa watak di dalam Kambus ini. Saya rasa tertipu. Hakikat sebenar jauh lebih teruk dari apa yang dibayangkan. 

• Tidak hairan jika zaman sekarang baik lelaki atau perempuan. Kedua-dua jantina boleh menjadi mangsa penderaan. Jangan sangka penderaan hanya fizikal sahaja. Emosi juga sama okay! 


Jul 3, 2023

Ulasan Buku - Kru Paranormal Kolam Dewa by Khairul Nizam Khairani

9:03 PM 1
Ulasan Buku - Kru Paranormal Kolam Dewa by Khairul Nizam Khairani

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


"Kalau mahu mudah, kalau tak mahu susah, jamu sahaja kolam itu.."

"Jamu? Jamu apa?." tanya Salleh



Sinopsis Ringkas 

[1863]: Kampung Sungai Cerah hairan dengan keadaan yang melanda kampung mereka. Hasil tanaman yang rosak & tidak menjadi, tanah yang tidak subur untuk bercucuk tanam, ternakan mati dan juga anacaman dari Pak Belang. Senang kata, mereka buntu untuk mencari rezeki untuk kehidupan seharian. 


Muncul 2 kanak-kanak misteri dalam mimpi Salleh. Mereka mendakwa mereka berdua ialah anak-anak Salleh yang telah meninggal dunia. Salleh diminta untuk menjamu sebuah kolam yang dipanggil Kolam Dewa jika ingin mengubah nasib kampung tersebut. Apa yang akan terjadi seterusnya pada Salleh & penduduk kampung Sungai Cerah?



Jauh penulis flashback cerita kali ini. Kolam Dewa bervibeskan kampung & orang dulu-dulu. Best. Memang out of nowhere tiba-tiba ada karakter & latar tempat baru. Jadinya, pada awal cerita saya terfikir apa motifnya campak belakang cerita yang sudah lama berlalu? Rupanya bukan sebarang flashback -- 


Rasa lebih puas hati bila dapat tahu salasilah keluarga Imtiaz dalam Kolam Dewa ini. Pokok pangkalnya, keturunan Imtiaz sudah jauh terpesong dari landasan agaman. Bergelumang dengan ajaran sesat dan perkara syirik yang dibawa dari zaman ke zaman. Malahan, cerita mengenai kepala kambing juga bukan sekadar datang dan pergi. Dia comeback dengan jayanya dalam buku ke 11 ini. 


Serem -.-



Mixed feeling gila bila sampai penghujung cerita. Macam tak percaya dengan apa yang dibaca. 

By the way, penulis susun storyline dengan sangat baik dan cantik. Saya mengaku yang penulis bijak bermain dengan timeline masa untuk keseluruhan siri Kru Paranormal. Otak pembaca stuck dekat C - penulis dah sampai ke Z dah. Pemikiran yang diluar kotak. 

Secara jujurnya, saya memang kesian dengan watak Salleh. Saya percaya dia juga tiada daya untuk mengelak dari melakukan perkara yang dia tidak mahu. Namun, dia tidak sengaja dan terpaksa. Kehilangan demi kehilangan. Macam yang saya pernah cakap sebelum ini. Ramai insan yang tidak bersalah menjadi korban. Tak sabar rasanya nak tunggu buku terakhir iaitu Jamuan Berdarah. Saya tak puas hati sebab watak Imtiaz dalam 2 buah buku macam hanya selingan yang ergh. I want more. 🔥


Instagram : Ulasan Kolam Dewa (mohon like)







Jun 18, 2023

Ulasan Buku- Perangkap Psiko by Asraf Shaari

7:12 AM 1
Ulasan Buku- Perangkap Psiko by Asraf Shaari

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Kehilangan seorang budak lelaki bernama Fuad di kampung itu membuatkan Mina iaitu jiran Fuad.  Ingin menyiasat akan kehilangan Fuad. Namun, idea Mina dihalang oleh rakan-rakanny kerana dianggap menganggu kerja polis. Hanya Dannya saja yang sudi membantu Mina untuk melakukan misi itu. Mana tidaknya, mereka berdua ada hubungan istimewa. Itu yang sudi tolong tu. Berjayakah Mina & Danny dalam misi itu? Kemanakah Fuad menghilang?



"Jangan takut. Abang tak makan orang..hehehe..siapa nama adik."

ulangnya kembali pertanyaan yang masih belum dijawap. 

"Ru..Rusydi."

"Nak masuk bengkel baru abang? Hehehehe..."


Abang Dee -- seorang mekanik yang suka mengusik budak-budak yang lalu lalang di hadapan bengkelnya. Adakalanya disergah dan muncul secara tiba-tiba. Budak mana yang tidak cuak? Appearance Abang Dee yang tidak terurus itu menambahkan lagi perasaan takut. Setiap kali bercakap hujung mesti hehe. Eh seremlah mat.


Mina mengesyaki Abang Dee atas kehilangan Fuad kerana Fuad hilang ketika dalam perjalanan pulang dari mengaji. Ramai orang kampung akan melalui bengkel Abang Dee. Hanya itu jalan yang selamat digunakan. Tapi bukti apa yang di ada? Bertambah berkobar-kobar Mina bila adiknya Amat pula hilang. 


MENTAL ILLNESS & ORGAN TRADE



Dalam Perangkap Psiko memang sudah terang-terangan penulis beritahu yang Abang Dee memang seorang pembunuh & mempunyai masalah mental. Buktinya kalian boleh baca macam starting Abang  Dee bunuh mangsa-mangsanya. Muka baik tapi psiko. Dan Abang Dee ada rakan subahat juga ya!! Cuma penulis akan kaburi mata pembaca dengan jadikan karakter lain sebagai tertuduh.



Aku tidak setuju dengan tindakan Mina & rakan-rakannya selepas mereka berjaya melepaskan diri dari telaga itu. Itu namanya kerja bodoh. Walaupun rasa berani melebihi dari perasaan takur. Ramai pun belum tentu berjaya tumbangkan seorang manusia yang pernah membunuh orang. Perbuatan melulu bertindak tidak mendatangkan apa-apa faedah.


Tapi kan-- memang betul. Apa saja yang masih belum terjadi dan kena dekat batang hidung kita sendiri memang kita tidak akan faham akan sesuatu situasi itu. Kita boleh nak comfort orang tapi dalam masa yang sama kita juga kena faham adakalanya ayat comfort kita tu boleh membuatkan orang rimas dan annoyed. HANYA MASA saja yang akan buatkan orang tu terima kenyataan sedia ada. 


Cerita ini lebih kepada misteri yang mild sahaja. Kita cuma nak tahu apa yang terjadi pada mangsa. Mati ke hidup ke? Dan siapa dalang disebalik kehilangan budak di kampung itu. Atas motif apakah penculikan tersebut? Satu percubaan yang baik dari penulis. Cerita yang boleh dibaca oleh semua golongan sebab tak ada scene kejam yang hardcore. 


Shopee : Perangkap Psiko



Jun 12, 2023

Ulasan Buku - Kru Paranormal Keranda Terbang by Khairul Nizam Khairani

9:33 PM 0
Ulasan Buku - Kru Paranormal Keranda Terbang by Khairul Nizam Khairani

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


"..beberapa batang jari muncul dan mengenggam tubir keranda. 

....bangun sesuatu dari dalam keranda itu.

SESUSUK TUBUH TANPA KEPALA!!!"


SINOPSIS 

Secara ringkas, Keranda Terbang mengisahkan tentang seorang bidan bernama Mak Wok. Dia mati dengan tragis sekali. Kepalanya hilang begitu sahaja. Kemudiannya, banyak kematian berlaku setahun selepas itu -- di mana mangsa-mangsa yang mati akan melihat kemunculan keranda terbang. Sekaligus dikaitkan dengan Mak Wok kerana Adam telah menemui pusara Mak Wok dalam keadaan mencurigakan & mayat Mak Wok hilang.

Cover comel tapi isi tidak sama sekali. Jangan tertipu okay. Nak tahu asal usul Abe Imtiaz & adik Adam? Baca buku ni. Nak lagi feel baca buku ni. Korang re-read & refresh balik buku Hantu Jarang Gigi & Draugr. Ada Ghazali, Adam, Ehsan & Ridhuan dan ramai lagi. Ehem, meremang juga baca Keranda Terbang ni. Sesekali ada la terbayang-bayang. Phew





Entah berapa ramai dah manusia yang tak bersalah mati katak dalam siri ni. Hanya disebabkan sifat tidak perikemanusian satu manusia lain. Ramai menjadi korban. Rupanya baru la dapat connect dot dot dari siri sebelum ini dengan Keranda Terbang. Dah nampak sinar sikit dah.

Ternganga mulut bila baca ending 😮 Yang pasti bila banyak identiti sudah bertukar maka lebih pening untuk kita fikirkan apa-apa kemungkinan. Penukaran identiti berlaku atas dasar ingin melepaskan diri atau melupakan masa silam.

Patutlah admin @penerbitx suruh sediakan tisu. Rupanya memang betul ada benda yang menyedihkan dalam cerita ni. Sumpah tak sangka tergamak betul dieorang. Dasar tak ada hati perut. Apa dosa orang tu. Tak boleh la part ni. Rasa nak hug karakter tu. Em

Nasib baik tabbing. Senang nak cari isi penting :)

Macam biasa. Mindblowing & Unexpected Plot Twist. Penulis ni rasanya dia rangka cerita ni dari A to Z dengan baik sekali. Well done penulis. Yang pasti taktahu sampai sekarang penulis makan apa sampai jadi bijak tulis cerita macamni.

Masih belum puas hati lagi walaupun dah buku ke 10. Kita dah nak sampai penghujung. To be honest dah ada syak dalang utama siri ni. Tapi tak apa kita tunggu. Next - nak baca Kolam Dewa pula.