MOVIE REVIEW- LUPT 2018 - Jari Jemari Menari

Nov 27, 2019

MOVIE REVIEW- LUPT 2018


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Sepanjang bercuti dari blogging ni. Ika banyak jugak layan movie. Tak kira la movie apa sekalipun. Kalau ika terlebih rajin, Insha'Allah ika akan update satu persatu movie review ni, tapi jangan la korang expect untuk ika update review secara professional. It just my personal opinion. 

Antara banyak-banyak movie di Netflix. Ika pilih untuk review yang ini dulu sebab movie ni terlintas dalam kepala. Of course, memang tak boleh tgk ada cerita hindustan baru dekat Netflix, mesti kelam kabut nak melayan. By the way, siapa ada Netflix. Boleh tengok movie Lupt ni dekat sana. Selain dari tu, maybe korang boleh cari di website. Ada je website yang ada subtitle. 



 SYNOPSIS
Harsh Tandon, a workholic, decides to go on a vacation with his family when he suffers from insomnia. However, their car breaks down in the middle of a forest and they come across a suspicious man who offer help. 

YEAR: 2018
DURATION: 1h 50 min
CAST: JAVED JAFFREY, MEENAKSHI DIXIT, VIJAY RAAZ, NIKI ANEJA WALIA, RISHINA KANDHARI. 
TAGLINE: Every Family Has A Story




LUPT bermaksud missing/lost. 

Okay, first of all ika hanya familiar 2 muka dalam movie ni iaitu Javed & Vijay. Mungkin yang lain pelakon baru. Apa yang ika perasan. Kalau movie bergenre seram, selalunya dieorang akan ambil Bipasha Basu untuk berlakon. I'm not sure why tapi mmg BB sinonim la dengan cerita seram. Tapi, bila adanya peredaran masa maka banyak la muka baru. But it's okay. Benda tak jadi masalah pun kan haha. 

So, macam yang korang tgk dekat trailer. Cerita Lupt ni bergenre seram dan kekeluargaan. Bagi ika, satu percubaan yang baik. Bukanlah yang terbaik untuk movie seram tapi masih boleh dikatakan enjoyable. Storyline yang simple dan very straight forward. Ika boleh predict dgn ending movie ni, so ika rasa eventho ramai yang kata ada plot twist. Ika rasa plot twist dia kurang umphh. Ika ada baca review yang lain, dieorang kata ini merupakan movie yang underated and low budget. If yes low budget, ika akan kasi credit untuk movie ni sebab walaupun dalam low budget mampu hasilkan satu movie yang bukan dalam kategori yang membosankan dan nampak murahan. 

Ika hanya suka few parts saja dalam movie ni which is masa kereta dieorang rosak and ada stroller dekat tengah jalan. Part tu, ika rasa not bad. Good try. Ulang banyak kali pun, part tu jugak ika "terasa". Haha. Dan bukan part tu je, ada lagi. Kalau cerita dalam ni takut terjadi spoiler pulak. So, kena tengok sendiri la kalau mcmtu. 



And ika puji tempat yang dieorang pilih untuk shoot movie LUPT ni. Memang jalan dekat negara India sejenis yang gelap gelita lepastu takda cahaya eh? Haha. Pastu, tiba-tiba ada seketul rumah yang ala ala homestay dekat tengah-tengah alam. Boleh pulak sesat seketul dekat situ. Ish. Dan yang paling tak masuk akal, boleh pulak rasa nak pergi stay dekat rumah tu. Tak kisah la ramai org ke sikit org ke masa tu atau sensorang ke. Lebih rela duduk dalam kereta tau. Haha. 

Apa pun, kalau korang rasa mcm cerita ni nampak cm best. Boleh la cuba pergi tengok dekat Netflix. Kalau nak tengok jugak tapi takut, ajak la member ke adik ke siapa-siapa ke teman korang okay?  


Thankyou. 

24 comments:

anakdenesor said...

2 stars je mcm tak best je heheh

Sha Mohamed said...

Memang tak tengoklah.. kikiki..

fizalinolie said...

tak pernah lagi tengok...

Hayati Suki said...

kalo seram macam ni..hurm, babai je laa..sisyat x kuat semangat..nati x boleh tido..haha

NiniHanini said...

Jarang tengok movie Hindi yang seram hehe. Movie paling seram nini tengok tahun ni Dabbe, Pengabdi Setan dgn Sebelum Iblis Menjemput. Ya Rabbi, tak boleh bincang dia punya seram. Takkan rewatch sampai bila bila hahaha

Tiara Sapphire said...

wah nice..selalu movie bollywood byk jiwang2 sekali layan cite seram memang best. poster dia pun dah menyeramkan..

Nurul Marikan said...

tengah2 malam blogwalking boleh pengsan tengok gambar dia.huhu

Sunah Sakura said...

mak oi, terkejut kita nengok muka hantu kat poster tu..hahaha! kalo cerita seram gini, memang kena tengok beramai2 dengan housemate...nak tengok sorang bukan takut, tapi tak syokkkk haha

Fiza Rahman said...

Tak berani sangat nak tengok cerita seram. Kalau tengok pon mata mesti alik ke lain kalau keluar part seram tu. Haha..

Yasmin Razali said...
This comment has been removed by the author.
Coretan Masa said...

Nampak seram.. Kena kumpul geng baru best tgk. Kalau tak asyik tutup muka.. Xkuat semngat

Farhana Jafri said...

hahahah movie seram bollywood sama level dengan movie seram indonesia. Berapa kerat je yang berkualiti. Bips dah kurang berlakon lepas dia kahwin dengan KSG tahun 2016

yaya_flanella said...

I tak minat tengok cerita seram nanti teringat-ingat lepas tu terfikir lepas tu semua benda tak kena haha. Buka blog terus gambar hantu oomak kaww terpaksa scroll laju laju huwaaaa

Rawlins GLAM said...

2 bintang ek. Boleh la masuk dalam list - just in case dah bosan sangat2 kang boleh la layan hehe

cc kak fas said...

Kurang minat tonton cerita seram macam ninwalau pun pelakonnya hebat dan nama besar.

Sis Lin said...

Aje gile bukak nampak gambo hantu tu adoiiii...
Macam tak menarik ek citenya, awat review 2 bintang aje ...tapi nak tengok gak laaa...

Yasmin Razali said...

tak minat tengok cerita seram. dah lama tak tengok. berdebar lain macam kalau tengok walaupun gambar je

Balqis Athirah said...

Kalau Qiss tengok cerita ni sure tutup mata. Hahahadoi. Bertuahlah nak tengok cerita hantu. Tapi nak tau gak ape jadi sebenarnya dalam cerita ni. Japgi nak layan Netflix laa.

Nadia Johari said...

Ingt cerita orang putih, hindustan erk. Tapi selalunya hindustan punya takde seram sgt, ade pernh tgk cerita ape lupa biasa2 je.

Atul Hamid said...

mula2 tengok poster ingat cerita inggeris, rupanya Bollywood hehe tapi not bad la dapat 2 bintang, bila2 xda cerita boleh layan lah cerita ni

SalinaJohari said...

Halamak..citer sereemmm. Memang takde kekuatan nak tengok tapi akan share info ni pada geng yang minat

Nina Mirza said...

Kalau tengok movie ni memang nina akan ajak satu geng ni. Lagi-lagi cerita horror macam ni depa suka lah. Tak pernah tengok lagi lah cerita hantu hindustan. Boleh try la

Airah Syahirah said...

Airah tak suka cerita hantu sebab penakut hahahah tapi dua star je tu

halimah muhiden said...

Haaa.. deram dibuatnya dgr lagu dia pun dah seram, jrg movie hindi ada cite hantu, kak mmg suka tgk cite mcm ni