Nyahplastik Siri Cerita Hantu Puaka dari Penerbit X - Jari Jemari Menari

Dec 21, 2020

Nyahplastik Siri Cerita Hantu Puaka dari Penerbit X


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 

Just quick update here. Tengahari tadi masa tengah masak. Ada kurier datang hantar parcel untuk ika. Ika ada aware yang akan ada beberapa parcel akan tiba cuma tak pasti bila. So, tak sangka pula harini. Tapi, apa pun Alhamdulillah. Finally, yang ditunggu berkunjung tiba. Pertama sekali, terimakasih buat pihak Penerbit X untuk review copy ini untuk ika berikan ulasan. 

Memang kebetulan, ika merupakan collector buku Siri Puaka dari zaman bujang lagi. Bagi ika, buku dari Penerbit X ini sangat sesuai dibaca jika seseorang itu tengah mengalami simptom reading slump. Bukunya nipis dan kalian yang sukakan cerita pendek. Ini mungkin bersesuaian dengan citarasa kalian. Dalam satu buku, samaada mempunyai 3 cerita pendek atau satu buku ada 1 cerita yang padat dan ringkas. Sesuai dengan ketebalan dan tajuknya. 


Ika dapat 2 buah buku bertajuk:- 

Puaka Pentas Dewan Sekolah // Sabrina Ismail, Lyla & Cik Puan Fifi 

Puaka Padang Sekolah // Khairul Ahmad, Ruby Annas & Maszmira. 

Kedua-duanya nampak menarik. Tak sabar nak baca. InshaAllah, ika akan update kedua-duanya di IG & Blog. Ika paling suka cover buku Siri Puaka. Tak boleh nak disangkal lagi dia punya cantik. Sometimes, tak perasan pun ada sesuatu dalam cover tu. Bila dibelek betul-betul baru nampak. By the way, kalau sesiapa yang nak dapatkan Siri Puaka ini. Kalian boleh dapatkan di bookstore atau beli di Esentral (Ebook). Siri Puaka paling latest ika baca ialah Puaka PKP yang ika beli di ESentral. Kalian boleh check it out review ika: -

REVIEW PUAKA PKP

Memandangkan, harini ekstra rajin. Jadinya, ika buatlah video nyahplastik yang sangatlah simple. Al maklumlah, kita ni budak baru nak belajar baut video. Tak power. Ada hati nak jadi  book youtuber . Baru buat video unboxing dah pening kepala. Belum lagi bila disuruh bercakap depan kamera. Haha mimpi di siang hari la jawabnya dengan impian nak jadi youtuber. Jadi blogger picisan sudahlah. Janji dapat share dengan readers JJM mengenai buku-buku yang ika baca. 

So here we go, Bismillah. Selamat menonton videonya gais. Jumpa lagi nanti di entry akan datang. 

IG: @ikashoid

* Kualiti video pecah. Maaf*


Music: Summer Sidewalk
Musician: Music by Audionautix.com
Site: https://audionautix.com/
License: https://creativecommons.org/licenses/by/4.0/legalcode

2 comments:

Atie Zieya said...

disebabkan u mentioned i pun tgk la tul2 cover tu hahaha huhuhu scary

Sha Mohamed said...

Alhamdulillah.. rezeki dapat buku untuk direview..