BOOK REVIEW - BULAN HIJAU UNTUK ARA BY NURFIZZKMI

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Masa first time buka box dari Kakak Scribble memang mata dah tertarik dengan cover simple berwarna hijau Bulan Hijau Untuk Ara ni. Ini merupakan buku kedua yang ika baca pada tahun ini. Buku ni nipis dan ika dan rakan-rakan bookstagram yang lain berjaya habiskan buku ni in one sitting. Rata-rata memang ada pendapat yang sama dengan ika berkenaan dengan buku ini. 

So, let's proceed. Bismillah. 

Flatray kalini kita pilih untuk buat flatray version crowded. Selalu serba putih je. Masuk 2021 ni kita cuba lain sikit la sebab diri sendiri pun naik jemu. Haha. 
-IG:@ikashoid-

Sejujurnya, ika tak puas dengan ending Bulan Hijau Untuk Ara ni. Rasa nak dm @nurfizkkmi nak cakap 'Boleh tak tolong sambung atau panjangkan lagi cerita Ara ni? Saya la pembaca yang taktahu bersyukur haha' 😂.  Kalau BHUA ini dipanjangkan lagi, ika rasa ika adalah pembaca paling happy. Buku ini ada potensi besar untuk ditebalkan. HAHA

Pertemuan Ara dengan Alien bukanlah bermula dengan baik. Setiap kali berjumpa, mereka berdua kerap bergaduh. Selalunya, si Alien akan mulakan dulu. Ara mati-mati cuba menjauhkan diri atau elak dari bertemu dengan Alien.Tak puas betul baca kisah Ara & Alien. Bertikam lidah itu tanda suka ke? Haha. Agaknya memang suka tengok orang geram naik angin kot. Kan? I dun know. Watak Alien nampak pasif pada awal cerita namun jadi agresif manis pada akhir cerita. Manis yang tidak overdose, cukup sederhana namun kita akui yang ianya manis.

Penerbit: Kakaks Scribble 
Mukasurat: 105 muka surat 
Harga: RM 19 

Bagi ika. Ika kesian dengan Ara & adiknya (Boy) sebab dia seolah-olah mereka dianak tirikan oleh ayahnya. Ayahnya lebih mementingkan orang lain dari anak sendiri. Ara dapat kasih sayang lebih banyak dari orang lain. Sayang seribu kali sayang kalau kita tak curahkan kasih sayang untuk anak kita 🥺 Dari sini, banyak yang kita boleh ambil untuk jadikan pengajaran dalam kehidupan kita. 

"Ara tak kisah pun dengan konsep reward diri sendiri setelah bekerja keras.Tapi kenalah berpada-pada"

Dalam masa yang sama, I'm so proud of Ara. Sebab dia pandai bawa diri dan sangat berdikari. Nasihat yang dia berikan kepada adiknya menunjukkan yang dia cukup matang. Betul kata Ara. Reward diri sendiri tiada salah yang penting reward ikut isi poket la. Biarlah berpada-pada, jangan sampai ada kerugian untuk diri sendiri semula. 

Dan juga, ika rasa watak tambahan yang penulis selitkan juga bukan hanya sekadar watak. Mereka juga turut mewarnakan jalan cerita BHUA ini. Penambah perisa orang kata. Jalan cerita ringkas dan very straightforward. Tiada watak annoying yang mampu buat kita rasa geram. Semuanya tenang. Tiada konflik berat. Untuk bahan bacaan ketika waktu santai memang sangat sesuai. Ini pertama kali ika baca karya penulis. Jadi, untuk first impression. Ika nak ucapkan tahniah buat penulis. Teruskan berkarya :)

"Bulan Hijau ini yang buatkan you jatuh cinta kan Ara?"

Apa maksud Bulan Hijau? Go and grab this book oki! Terimakasih @kakaksscribble untuk copy BHUA ini. Laff you. Ika akan baca lagi 2 buah buku dari mereka. Terimakasih Cinta & Malam 1000 Bulan! 

8 Komen

  1. Erm tajuk dia pun dah menarik. Tq for sharing. Nak wallet free? Jemput join GA saya http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html

    ReplyDelete
  2. betul Ara! reward utk diri sendiri tu penting tau.....
    Alamak, nak tau apa maksud bulan hijau tu.. huhuhu

    ReplyDelete
  3. kalau buku best, memang tak puas hati kalau nipis sangat kan

    ReplyDelete
  4. Buku kalau best, memang stress bila nipis sangat kan
    P/s: sory kalau terkomen banyak kali, pc ni ting tong

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan pendirian nk reward diri tu boleh tp ikut poket laa. Mmg betul sangat pun 😊

    ReplyDelete
  6. Cover buku yang menarik. Saya pun tertarik tengok :)

    ReplyDelete
  7. Tajuk menarik, comel gitu. Cover pun cantik...

    ReplyDelete
  8. haih.. baca review ika nie lagi tertanya-tanya kenapa Bulan Hijau.. huhuhu..

    ReplyDelete