EBOOK REVIEW - BUKAN BIDADARI SYURGAMU BY AYESHAH AMANI

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Kalini, ika nak review satu ebook baru yang bertajuk Bukan Bidadari Syurgamu dari penulis Ayeshah Amani. Ini merupakan bacaan ika yang ke 3 untuk tahun ini. Masih seronok untuk membaca pada tahun ini. Alhamdulillah. 
Terimakasih buat saudari Ayeshah Amani untuk ebook terbaru beliau. Ika sangat berbesar hati menerima karya dari beliau. Sebelum ini, ika pernah baca ebooknya bertajuk Duda Buat Safeera. Kalini, ebook ini juga ada terselit Safeera & Isa Khan. Teruskan berkarya Sha. Semoga penulisan Sha memberi impak yang positif buat peminat & pembaca Sha. 

Bismillah. 



Mukasurat: 312 mukasurat
Format: Ebook
Publisher: Self Publish 

"Aku benci kau Fayyad Razzel. Aku benci kau sampai aku mati!"

Zulaikha Adriana binti Fernand Abdullah, seorang gadis yang mempunyai misinya tersendiri ketika dia mengahwini Fayyad Razzel. Dendamnya membara sejak di bangku sekolah lagi. Gara-gara dibuli, diejek dan dicerca dengan Fayyad. Dia nekad untuk buatkan Fayyad tunduk di kakinya. Tapi mampukah dia menidakan perasaannya walaupun suaminya itu bukanlah seperti mereka waktu bersekolah. Sejauh mana dendamnya terhadap Fayyad dapat bertahan?

Adakah keputusan Zue untuk membalas dendam itu keputusan yang bijak?. Secara peribadi, mungkin tidak. Tapi, kita tak pernah dalam situasi Zue. Kena body and faceshaming ni sakit hati dia memang tak boleh dibawa berbincang. Lagi-lagi bila kau diejek depan orang ramai macam tiada harga diri. Boleh jadi sakit hati yang sedikit bertukar jadi dendam. Hm. Buat Fayyad. Memang kesian la dekat dia sebab saya percaya masa sekolah siapa je yang tak nakal. Budak laki perangai macam "nates". Kuat mengusik dan sehari tak ngusik tak sah. Tapi mungkin Fayyad tak sangka yang isterinya akan berdendam sebegitu rupa. Nasib kau la Fayyad! 

".. aku mati-mati ingat kau mampu jadi menantu aku yang terbaik dan mampu berikan anak aku zuriat rupanya perangai teruk macam ni. Dasar perempuan sundal!"

Tapi, apa yang seronoknya, bila Fayyad tak putus asa nak tackle hati bini dia. Usaha tangga kejayaan kan. So kena baca la kalau nak tahu macam mana taktik dia tackle and storyline BBS ini. Paling terkilan bila Fayyad dengan secara melulu membuat keputusan drastik buat Zue. Paling tidak cubalah fikir sebelum menuturkan sesuatu yang bakal mengubah hidup kalian berdua. Kenapa lepas dah habis bercakap baru berfikir. Malahan, turut sedih dengan perangai keluarga mertua Zue yang terus menerus menyalahkan dan mengeluarkan ayat sinis yang menyakitkan hati. Sepatutnya, mereka tidak perlu merumitkan keadaan yang sedia ada. Berikan ruang untuk Zue dan Fayyad menyelesaikan masalah mereka. Ini, lain jadinya bila Ibu Fayyad secara mengejut membuat keputusan buat Fayyad. Eh? Tak faham la kenapa setiap kali ada masalah rumahtangga nak kena ada babitkan orang ketiga. Tak boleh ke tak wujudkan orang ketiga tu. 


Tahniah buat Ayeshah Amani kerana menghasilkan karya yang menyentuh jiwa. Ada juga terkesan bila habis baca Bukan Bidadari Syurgamu ini sebab bilamana kita letakkan situasi Zue itu atas diri kita. Mungkin kita juga akan down. Baru pertama kali, saya tahu mengenai kanser Melonama. Sebelum ini hanya common cancer sahaja. Terimakasih kerana selitkan ilmu di dalam cerita saudari. Semoga bermanfaat buat para pembaca.


6 Komen

  1. Seronok bila sambil baca novel dapat belajar ilmu baharu, kan 😊

    ReplyDelete
  2. Situasi dalam penceritaan nie memang ada berlaku dalam masyarakat kita, lebih-lebih hina menghina sesama manusia hingga menimbulkan dendam pada si penghina...

    ReplyDelete
  3. tak pernah dgr juga nama cancer tu.... googling now

    ReplyDelete
  4. Karya yang menyentuh jiwa memang best..

    ReplyDelete