BOOK REVIEW - PUAKA MAKMAL SAINS SEKOLAH BY SITI SOLEHAH, LAVENDER BIRU & HASIF RAYYAN

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Bulan Januari ni, mood nak membaca ika rasa agak memuaskan la untuk orang macam ika. Ini merupakan buku yang ke 10 untuk bulan ini. Ika pilih untuk baca Siri Puaka Makmal Sains Sekolah dari penulis Siti Solehah, Lavender Biru  & Hasif  Rayyan. Terimakasih buat Penerbit X atas review copy ini. Ini membuatkan ika lebih bersemangat untuk teruskan membaca dan memberikan ulasan ringkas. Kalau tidak silap, ini buku baru untuk 2021 dari mereka. 

Let's proceed. 

🧪🔬 Makmal Sains sekolah kalian macam mana?. Makmal Sains mengingatkan ika dengan suasana yang gelap, bau hapak, meja panjang dan kerusi bulat, dipenuhi dengan balang-balang kaca & tengkorak besar. Jadi, vibes melihat makmal waktu tak digunakan tu ada rasa macam meremang sikit kan?. Nasib baik sekolah siang hari, kalau malam hari rasanya kepala fikir nak balik cepat je kot haha. 

Harga: RM 10 (SM) / RM 12 (SS) 

Mukasurat: 125 m/s

Publisher: Penerbit X 

Tahun: 2021

  • Mimpi Arina / Hasif Rayyan

"..Dah jumpa"

Mengisahkan tentang seorang gadis misteri yang wajahnya berurat merah, mata terjojol, serta rambut mengurai yang membuatkan Arina meracau. Dalam mimpi tersebut, Arina yakin dia berada di sebuah makmal. Arina binggung. Apa kaitan antara dia dan gadis tersebut sehinggakan gadis tersebut berkata yang "dia sudah menjumpai orangnya". Musykil bukan? 

Maka, Jun sebagai rakan Arina bertindak pantas dengan turun pandang bersama-sama Arina dalam menyelesaikan mimpi misteri tersebut. Jun dengan sehabis baik mengorek segala benda di perpustakaan sekolah mereka dan Jun telah menjumpai majalah sekolah & keratan akhbar dimana ianya penting dan sangat membantu Arina dalam menyelesaikan puzzle mimpi Arina itu. Mereka sama sama menyiasat kisah disebalik salah sebuah makmal sains sekolah mereka yang menjadi tempat larangan bagi para pelajar. 

Good job penulis. Plot twist yang tidak dijangkakan sama sekali. Kalian akan disajikan dengan cerita yang ada keasliannya tersendiri.

  •  Doktor Iblis / Lavender Biru 

"..Doktor tidak sabar. Doktor lapar.."

Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang suka bercerita kisah-kisah seram berlokasikan makmal sekolah mereka. Akan tetapi, pada suatu hari ketika mereka membuka cerita mengenai sebuah hospital lama yang dikatakan terjadinya kejadian misteri di mana pesakit yang tidak akan sembuh akan hilang. Kemana agaknya pesakit ini semua hilang dan bagaimana pelajar ini menerima gangguan?.

Budak sekolah memang selalunya topik cerita seram ni jadi favourite la. Yang bercerita pun jadi semangat kalau yang mendengar beria-ia nak dengar. Tapi, cerita sikit-sikit tu boleh la macam sekali sekali kalau dah selalu sangat nampak macam addicted pulak kan?. 

  • Makmal A/ Siti Solehah 

"Anak anak, kamu berdua tetamu kami malam ini"

"Nyalakan penunu bunsen, kita berpesta unggun api"

Asalnya, Fendi & Tajul berpakat untuk mengenakan salah satu kawan mereka di asrama yang bakal menyambut harijadi tidak lama lagi. Jadi, mereka merancang untuk membuat satu eksperiman "bom" yang memerlukan bahan dari makmal. Kak Nisa sebagai pembantu makmal sudi membantu mereka dalam melaksanakan misi tersebut.

Yang menjadi masalahnya apabila mereka mula mendapat gangguan dari makmal tersebut ketika ingin menjalankan misi prank itu. Banyak kejadian yang bakal kalian baca dalam cerita Makmal A ini. Nice. 

Overall, ika berpuas hati dengan ketiga-tiga cerita dalam Makmal Sains Sekolah ini. Ringkas namun masih ada elemen misteri. Penulis juga mampu menulis cerita dengan baik. Walaupun cerita pendek dan mungkin ada para pembaca yang baca akan katakan ianya klise. Tapi bagi ika, masih ada orginalitynya tersendiri.

3 Komen

  1. baru perasan header tu..puas nk hadam nama..laaa sengal gak..rupanya salah sambung ayat gagagaga...wah dah 10 buku..cayalah ika..nad tgh gila komik sekarang..

    ReplyDelete
  2. sama la imaginasi kita ttg makmal sains hehehe

    ReplyDelete
  3. Okay.. Masuk dalam list dulu.. Menarik untuk dibeli ini..

    ReplyDelete