BOOK REVIEW - PUAKA TANDAS SEKOLAH BY AIDA ANGGERIK, RHEA & ILMAR IMIA - Jari Jemari Menari

Jan 28, 2021

BOOK REVIEW - PUAKA TANDAS SEKOLAH BY AIDA ANGGERIK, RHEA & ILMAR IMIA

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Siri Puaka Tandas Sekolah ini menghimpunkan 3 cerita pendek dari 3 orang penulis. Ika perasan yang kebanyakan latar tempat untuk siri-siri Puaka ini ialah sekolah. Bagi adik-adik yang masih bersekolah. Kalau kalian nak baca buku seram berkaitan sekolah, rasanya boleh saja cuma kalian kena set kan dalam kepala kalian yang cerita yang ditulis penulis semuanya hanyalah fiksyen semata-mata. 

Ika selalu pesan dekat diri sendiri atau sesiapa sekalipun. Baca buku genre apa sekalipun, tak ada masalah. Yang menjadi masalah bila kita terlalu ikutkan sangat perasaan kita sampaikan ada yang cakap terbawa bawa di dalam mimpi. Jika takut sangat, cuba baca waktu siang atau berteman. Baca dalam suasana yang terang dan cerah. 

Niat kita baca ialah kita inginkan pengajaran di setiap cerita yang dibaca. Okay :)



🧻🚽 Tandas sekolah kebiasaanya kalau ada 3, 1 mesti rosak. Lepastu, depan pintu rosak tu besar-besar ditampalnya kertas yang bertulis 'ROSAK'. Jadinya dalam otak fikir ianya rosak dan bukannya ada momok dekat dalam tu haha. Tapi kalau ada, sis lari dulu.Cover Siri Puaka Tandas ni kalau dizoom hm ada baiknya tak payah zoom la. Untuk cover buku ika kasi A+.

1. Apa Di Dalam Tandas/Aida Anggerik

Mengisahkan tentang Aisya, seorang pelajar yang baru mendaftar di sebuah sekolah teknik. Sewaktu pendaftaran & orientasi, Aisya tanpa sengaja membuat seniornya Neera menjadikannya sasaran. Ketika Aisya menggunakan tandas, dia menjumpai 'sesuatu'. Namun dirahsiakan kerana dia tahu dia mempunyai sesuatu yang orang lain tidak ada. Nak dijadikan cerita, Neera mengenakan denda bagi sesiapa yang tidak mendapatkan tandatangannya ketika orientasi, salah seorangnya ialah Aisya. Dendanya, masuk ke tandas yang ditetapkan selama 20 minit. Jadi , cuba teka apa yang berlaku selepas itu?

 2. Dendam /Rhea

Mengisahkan tentang Aidil yang mendapat kerja sebagai guard di sebuah sekolah elit. Di sekolah tersebut, terkenal dengan 5 orang pelajar yang suka membuli budak-budak yang tidak sekufu dengan mereka. Nak dijadikan cerita, ketika Aidil baru mulakan kerja. Ada satu peristiwa rasuk di sebuah tandas di Blok D. Dan yang dirasuk itu merupakan salah seorang dari 5 kaki buli. Benarkah ada hantu perempuan di tandas baru itu? Apa yang Aidil akan lakukan seterusnya? 

3. Bunga Malam / Ilmar Imia

Lara suka bersendirian pada waktu malam di tandas asramanya. Baginya, waktu itu adalah waktu yang paling terbaik untuk dia manjakan diri. Lara juga tidak penakut seperti rakannya yang lain. Dan dia percaya yang hantu takkan kacau kalau kita tak kacau. Temannya Erin sebagai roomate selalu mengingatkan Lara untuk tidak berjam jam bertapa di tandas tersebut. Jadi, entah bagaimana. Lara merasakan yang dia seperti melihat sesuatu dan banyak kejadian aneh yang terjadi kepada dirinya selepas dari suatu malam itu. 

Ketiga-tiga cerita best. Tapi kalau disuruh pilih yang terbaik dari yang terbaik. Ika suka cerita ketiga. Sebab, ika suka dengan pengajaran yang ingin disampaikan oleh penulis. But overall, not bad. #ikareviewbuku 





2 comments:

Atie Zieya said...

love this kind of horror story

Sha Mohamed said...

Seronok membaca bila dapat pengajaran kan Ika..