Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️️
Dah lama ika perhatikan buku-buku keluaran Bookiut, PTS ini. Ika suka dengan kulit buku mereka yang comel. Memang buku keluaran Bookiut khas buat budak sekolah - remaja. Jadi, ini mungkin strategi mereka untuk menarik perhatian budak. Dengan ilustrasi yang cantik dan warna yang menonjol. Memang dari jauh boleh nampak.
Masalahnya, yang bukan budak pun tertarik ni macam mana?. Jangan risau sebab setelah ika habiskan Boba Girl ini, ternyata kita yang dewasa ni pun boleh baca. Ini buku pertama dari Bookiut yang ika baca. Ika ada juga baca tajuk yang lain seperti Mukbang Girl. Memang, ika suka sangat sebab in one sitting dah selesai baca. Dan buku ni sangat nipis. Sesiapa yang dalam mood reading slump tu digalakkan baca bahan bacaan yang nipis.
Penulis: Sabrina Ismail
Penerbit: Bookiut
Harga: RM 10
Ika memilih untuk baca Boba Girl ini disebabkan blurb di belakang buku. Menarik. Ada elemen misteri. Sebelum itu, terimakasih untuk review copy ini. Tak menyesal pilih buku Boba Girl ini untuk dibaca pada bulan ini.
MISTERI | PERSAHABATAN | KEPERCAYAAN | PERSEPSI
Mengisahkan tentang seorang instafamous bernama Naza. Naza yang masih bersekolah merasakan dengan menjadi seorang instafamous itu dapat menjana pendapatan tambahan buat dirinya. Duit poket selit tepi namanya. Content yang dibuat di Live IG selalunya berkenaan dengan review barang. Lama kelamaan Naza merasakan bahawa followersnya makin berkurangan dan dia perlu lakukan sesuatu demi menarik semula perhatian followersnya. Atas cadangan rakan sekolah Naza, Naza mulakan content baru iaitu Boba Tea. Disitulah penjelajahan Naza bermula. Misi mencari Boba Tea yang sedap.
" Hidup perlu sentiasa ada pembaharuan dan penambahbaikan. Kita tidak boleh terlalu lama berada di takuk lama. "
Sehinggalah pada suatu malam. Ketika di dalam Grab. Naza telah ternampak sebuah gerai dalam perjalanan balik ke rumah. Gerai tersebut ada jual Boba Tea dan itulah Boba yang paling sedap yang pernah dia minum. Dia ketagih dan mula membeli boba tersebut selama 3 kali. Dan tanpa menunggu masa yang lama. Naza telah mengajak geng Queen Bees untuk ke gerai Boba tesebut. Malangnya, ketika di tempat tersebut. Gerai boba itu tiada. Dan yang paling mengejutkan, tempat tersebut ialah tapak tinggalan. Apa agaknya yang dilakukan oleh Naza selepas itu? Betul atau tidak kedai boba itu wujud? Siapa yang menjual boba itu kepada Naza pada waktu malam? Misteri. Memang misteri.
Sungguh. Asalnya, dah cuak sangat bila memikirkan Naza & kedai boba dia yang tidak wujud itu. Naza depress atau berhalusinasi?. Sebab, mungkin la dia terlalu banyak berfikir nak mencari content terbaik sehingga abaikan kesihatan diri. Mana tahu kan. Tapi, ternyata penulis bagi satu kepuasan yang baik pada endingnya. In one sitting berjaya habiskan buku ni. Seronok sangat baca. Gelojoh juga nak menghabiskan sebab eksited sangat nak tahu endingnya. Tahniah penulis. Teruskan berkarya. ❤️
Fakta: Esoknya lepas baca buku Boba Girl ini, ika terus pergi beli Tealive haha sebab craving!
Kalian boleh beli buku keluaran Bookiut ini untuk dijadikan hadiah buat anak-anak kecil yang berada di sekeliling kalian. Ini pasti memberi kegembiraan buat mereka.
2 comments:
omg plot twist dia hebat!!! i wanna know moreee
Walaupun fokus pembaca buku ini remaja, kak sha yang dah 30 series ini pun minat sebab jalan cerita menarik, cover lawa..
Post a Comment