BOOK REVIEW - SEMPURNA BY AIMAN HAZZIQ

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Bulan lepas, masa ika tengah scroll Twitter. Ika ternampak tweet dari Buku FIXI. Sebenarnya, tak expect pun yang akan ada buku baru dari mereka.Memang mereka ada bagitahu yang setiap bulan akan ada buku baru yang akan dikeluarkan. Tapi macam wah. Teruja. Ika jatuh cinta pandang pertama dengan tajuk & cover buku Sempurna ini. Cover buku Sempurna memang A. Dan apa yang boleh ika cakap. Antara cover buku yang cantik dari FIXI. Jadi, ika memang tunggu masa untuk beli dan baca. Kebetulan masa tu, tengah berlansung KLIBF X Shopee. Jadi, keesokan harinya. Ika tengok bukunya dah ada di Shopee. Dan harganya cuma RM 17.90 saja. Which is murah la. 

But then, ika rasa  macam tak sabar. Terus ika decide untuk beli ebook di Google Play Book yang cuma berharga RM 8+. Affordable untuk ebook format. Beli. baca dan habis baca pada hari yang sama. Ika ambil  masa 2 jam untuk habiskan Sempurna by Aiman Hazziq ini. 

Jom kita proceed ke ulasan. Bismillah. 



" I'm afraid I don't have much time" -Kurt-

Mengisahkan tentang 5 sekawan iaitu Liz, Emir, Kurt, Lia & Sid. Mereka akan membuat reunion 2 tahun sekali tanpa gagal. Setiap seorang berpeluang dan mendapat giliran untuk handle reunion tersebut. Namun, pada reunion yang ke 4. Salah seorang dari mereka iaitu Kurt telah membawa berita tidak best iaitu dia menghidap penyakit kronik iaitu Kanser Paru Paru tahap 4.

Kebetulan, Kurt akan handle next reunion mereka akan datang. Jadi? Hayat Kurt tidak panjang dan pada tahun dimana mereka akan reunion sekali lagi. Kurt telah tiada namun Kurt telah menyediakan sesuatu buat keempat sahabatnya. Setiap dari mereka mendapat klu untuk mereka explore bersama dan mencari apa yang ingin disampaikan oleh Kurt

Penulis membawa tema persahabatan. Setiap kali membaca helaian Sempurna ini. Terasa aura keakraban kelima-lima watak. Keakraban mereka memang tidak dapat dinafikan lagi. Buktinya mereka tetap akan mencari masa dan meluangkan masa bersama walaupun kekangan masa & sudah mempunyai kerjaya masing-masing. Mengingatkan juga cerita di zaman persekolahan & di asrama. Automatik terflashback semula. Cemburu dengan friendship dieorang. 🤧

"Nampak api tu? That's you guys in my life. Dalam kegelapan dunia ini, time semuanya hitam dan gelap. Korang yang jadi cahaya dalam hidup aku" - Kurt

Kehilangan Kurt memang meninggalkan kesan yang mendalam buat mereka berempat. Kata mereka orang baik, Allah sayang. Sebab itu Allah ambil mereka dulu. Baca novel cinta pun tak rasa sebak macamni. Ini bila tahu Kurt dah tak ada lagi. Rasa sebak.

Permulaan cerita yang baik sebab saya tak berhenti baca. Tak sempat nak rehatkan minda, terus dibawa ke cerita yang lain. Suka baca cerita adventure macam ni. Buat kita tertanya-tanya. Nak suruh mereka berempat cepat selesaikan misi tu pun iya juga. Tak sabar. Disebabkan Kurt sudah tiada. Banyak andaian yang mereka fikirkan sendiri. Mungkin ini yang Kurt inginkan atau sampaikan. Tapi apa sebenar-benarnya yang Kurt mahu tunjukkan? Adakah andaian mereka ini tepat atau sebaliknya.

Dari satu tempat ke satu tempat. Bertemu dengan orang yang mereka tidak kenal dan orang ini ada kaitan dengan Kurt. Lebih mengenali antara satu sama lain & isi hati walaupun sudah berkawan sejak bangku sekolah lagi. Yang disangka tenang rupanya ada juga terselit gelora. Siapa yang suka baca cerita adventure, roadtrip & misteri. Buku ini mungkin boleh dibaca. 

Tapi ending dia bagi saya, saya kurang puas hati sebab rasa macam sedikit tergantung dan menimbulkan tanda tanya. 



6 Komen

  1. i love genre adventure jugaaa!!

    ReplyDelete
  2. Menariknya! Nak carilah buku ni.

    ReplyDelete
  3. Adoi.. hari tu ada baca sinopsis buku ini dekat Play Books tapi hold dulu.. lepas baca review Ika ni terus rasa nak gi beli.. hahaha

    ReplyDelete
  4. Saya dah habis baca, tapi macam tak dapat nak pickup ending dia cane, apa jadi lepastu? Aaaaa

    ReplyDelete
  5. dah habis baca,, ending dia agak tergantung. tapi assume emir tu mati sebab macam boleh jadi tapi tak tahu lah. harap ada sambungan or Sedade tu publish ke....

    ReplyDelete
  6. For me buku ni seriously utk pembaca yg matang. Even though you're 18, 19 or 20, itu tak menjaminkan you're pembaca matang. Dalam buku ni, karakter-karakter hidup dalam keadaan yg agak liar... So kalau sapa yg tak boleh terima cerita macam ni jgn baca...

    Pada awalnya saya beli buku ni sebab sinopsis dia menarik dan tak terlintas pun dalam otak karakter dlm buku ni berperwatakan sebegitu. Lepas baca beberapa chapter terus stop sebab tak boleh tahan dengan perwatakan diaorang. Lepas beberapa bulan baru start baca balik dengan pemikiran yg lebih terbuka.

    I like idea penulis yg mengenengahkan isu-isu yg dihadapi oleh remaja zaman sekarang...

    ReplyDelete