Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
Selamat hujung minggu semua. Lama rasanya menghilangkan diri. Rasanya sebulan lepas, ika tak baca luangkan masa di media sosial. Ika cuti sementara. Tapi, ika tetap teruskan hobi membaca. Jadi, InshaAllah. Ika akan update entry beberapa buah ulasan buku yang telah dibaca. Ulasan kalini ialah ebook dari Ayeshah Amani. Buat pengetahuan semua, ika kenal penulis dari ebooknya yang bertajuk Duda Buat Safeera.
Sejak dari itu, ika mula mengikuti penulis untuk melihat perkembangan dan membaca karya penulis. Sejujurnya, Duda Buat Safeera ada mendapat beberapa kritikan dari ika .Tapi, penulis tidak putus asa menulis. Jadi, setelah membaca beberapa ebooknya selepas dari DBS. Ika rasa penulis lebih menyerlah dengan cerita sedih.
And good news is bulan ini, penulis akan keluarkan buku pertamanya iaitu Lockdown Moment. Tahniah Ayeshah.
So, let's proceed ulasan Encik Posmen. Bismillah.
"𝑪𝒂𝒏 𝒚𝒐𝒖 𝒃𝒆 𝒎𝒚 𝒑𝒐𝒔𝒕𝒎𝒂𝒏 𝒇𝒐𝒓𝒆𝒗𝒆𝒓?"
Penulis: Ayeshah Amani
Publisher: Self Publish
Format: Ebook
Tahun: Mei 2021
▫️ Terimakasih buat penulis Ayeshah Amani untuk copy review ini. Copy review ini diberikan kepada saya untuk saya ulas secara jujur.
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Auni Salsabila binti Mohd Johan. Auni merupakan seorang graduan dalam bidang pastru and bakery. Sementara menunggu panggilan kerja, Auni ada satu hobi yang sangat merbahaya. Dia suka menghabiskan duit parents & abangnya dengan shopping online. Seronok jadi anak bongsu. Maka, ada saja barang yang akan sampai di rumah setiap hari. Yang menjadi mangsa selalunya abang dia sebab kena pick up barang. Jadi benda itu membuatkan abang dia annoyed. Jadi, abang Auni mengunakan kuasa vetonya. Selepas ini, Auni sendiri akan mengambil barangnya sendiri.
Tapi bagi Auni, kenapa dia berperangai macamtu. Hanya dia sahaja yang tahu. Dia sedang mengalami stress yang tidak dapat diluahkan.
Kemudian, berlakulah beberapa kejadian menarik antara Auni & Abang JNT. Masalahnya, memang berjodohan betul mereka berdua. Asyik orang yang sama saja akan tercongok hantar barang dekat Auni. Tambah menarik bila Auni ni, perangai dia asal boleh. Watak Auni ni penulis cipta sebagai perempuan yang sangat manja. Walaupun umur dia macam tak sepatutnya dia ada perangai manja berlebihan macamtu. Gara-gara manja Aunilah, ada orang yang tidak senang dengan perangai dia. Sampaikan orang tu jadikan alasan untuk melakukan perbuatan yang semua perempuan benci.
"Forgive me for being late to get you. Your heart got hurt being treated by that useless man, Auni.."
Keseluruhannya, Encik Posmen ni masih boleh dibaca ketika waktu santai. Konflik di dalamnya juga bukanlah satu konflik yang sakit jiwa. Masih ada jalan penyelesaian yang boleh diambil untuk selesaikannya.
Orang curang kita kena ajar macam mana ya? 🧐
Tinggalkan orang tersebut dan terus berjalan maju kehadapan. Jangan toleh kebelakang lagi.
Penulis ada juga beritahu di awal ebook. Dia akan gunakan bahasa santai untuk Encik Posmen ini. Jadi, ika tidak mahu bercakap soal gaya bahasa. Kerana sesungguhnya, ika masih tetap dengan pendapat ika yang penulis lebih menyerlah dalam penulisannya bila menulis cerita yang bermain dengan emosi dan jiwa. So, Ika percaya masih ramai yang sukakan cerita santai sebegini. Lari dari bahan bacaan yang rumit dan sekali sekala baca bacaan ringan begini. Apa salahnya. Kan?
Sha, All The Best for your next ebook & new book :)
1 comment:
Selamat membaca dan semoga bermanfaat.
Post a Comment