Shopping Buku di Big Bad Wolf 2021 - Jari Jemari Menari

Jun 24, 2021

Shopping Buku di Big Bad Wolf 2021

 

 Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian  ❤️

Bulan ni, Alhamdulillah ada rezeki sikit untuk beli buku di BBW. Kalau kalian perasan dengan post ika pasal BBW sebelum ni, kalian mesti tahu BBW berlansung selama seminggu dengan menjual secara online di website mereka. Ika tak lepaskan peluang untuk dapatkan beberapa buah untuk diri sendiri sebab BBW sebenarnya tak banyak buku Bahasa Melayu. Tapi, kalini mereka berkerjasama dengan banyak publisher buku Melayu di Malaysia. 

Ika aim banyak buku seperti biasa. Tapi, ika rasa tak apa la. Kalini beli apa yang rasa macam dah lama sangat nak baca. So, ika beli 4 buah buku cerita, 1 buku aktiviti dan 1 art supplies.


  • Cukaria All Stars | FIXI (RM 3) 
  • SKY | Iman Publication  (RM 25) 
  • Puaka Kantin Sekolah | Penerbit X (RM 9)
  • Puisi Buat Nadina | PTS (RM 1) 
  • Masterpieces by the Numbers (RM 8) 
  • Dot to Dot Book (RM 3) 

Cuma yang Masterpieces by the Numbers tu memang sangat kecil. Ika expect yang dia dalam size yang besar atau mungkin sederhana. Ika tak perasan dengan size dalam description. My bad. But then, kalau untuk budak-budak mungkin kurang sesuai. Sebab terlalu kecil dan cepat la habis. Tak dapat budak-budak nak have fun. Know know habis haha T.T Untuk yang baru nak berjinak-jinak nak cuba boleh la beli. Tapi taktahu la. Kalian mungkin boleh jumpa yang lagi besar dekat Shopee. :) Lagi puas hati dan berbaloi dengan harga. Yang ini ika tak berapa nak rekomen sangat. Buku Dot to Dot Book boleh beli sebab memang bukan biasa-biasa la dia punya dot tu. Mau kena bagi fokus 200%. Berbaloi kalau nak beli yang ini. 

Dari 4 buku yang dibeli, ika dah baca 2 buah buku setakat ni. Ulasan untuk Siri Puaka Kantin Sekolah sudah diletakkan di dalam blog. Nanti ika letak lagi satu ulasan ringkas untuk Cukaria All Stars. 


Apa pun, ika nak puji dengan servis dari BBW. Penghantaran yang sangat smooth dan laju. Caj penghantaran sangat murah. RM 5 +. Buku-buku ada yang tidak berplastik. Jadi, mereka wrap dengan bubble wrap yang sangat banyak untuk secure buku supaya tak rosak. Goodjob. Semoga terus maju jaya BBW. 
Lepasni boleh lagi kot jual buku Bahasa Melayu banyak sikit dekat website. Sebab ramai reader buku Bahasa Melayu yang suka beli buku dan juga baca buku. 

4 comments:

shima jelani said...

Time PKP ini semuanya di hujung jari kan. Mudah dan lebih selamat :)

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Best shopping di BBW ni . Diskaun berganda2 m selalu shopping kat website BBW jwe .

fairus said...

Selamat membaca.. Semoga mendapat manfaat dari apa yang dibaca.

Farrah MF said...

Kegembiraan dapat buku baharu memang tak ternilai! Bestnya. Akak rasa dah lama akak tak beli buku.