Ulasan Buku - K-Pop Girl Blink Yang Bersinar by Rashiela Nurain - Jari Jemari Menari

Dec 24, 2022

Ulasan Buku - K-Pop Girl Blink Yang Bersinar by Rashiela Nurain

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


Terimakasih buat pihak Bookiut sebab berikan buku ini semasa Event K Day tempoh hari. Disebabkan my plus one tak baca buku. Jadi, buku ni menjadi milik saya sepenuhnya. Haha. Setakat ni, semua kulit buku Bookiut memang comel dan colourful. Eye catching sangat. Teruskan keluar buku yang ada cover buku yang cantik-cantik okay?.


Rasanya majoriti kenal siapa group Blackpink. Jadi tak perlu nak terangkan dengan lebih lanjut siapa mereka. Group mereka sama naik dengan BTS. Saya ialah peminat kpop band masa zaman Big Band, Sistar, FT Island & 2PM. Jadi layan la jugak kpop-kpop ni dulu. Cuma sekarang dah slowdown. 


K-Pop Girl Blink yang Bersinar mengisahkan tentang Elsi yang anti kpop & anti sosial. Hidupnya hanya bergelumang dengan buku. Belajar saja yang menjadi keutamaannya. Malahan, dia meletakkan gap yang besar untuk bergaul dengan keluarga dan kawan. Kontra dengan adiknya, Anni yang meminati Blackpink. Gara-gara satu kejadian yang tidak diingini berlaku kepada Elsi. Hari tersebut ialah hari paling malang dalam hidup dia kerana bila celikkan mata saja dia berada di tahun 2012 dan dia berada bersama-sama Blackpink sebagai trainee.



Rasa macam baca fanfic pula. Seronok juga kalau dapat merasa kehidupan seorang trainee. Tapi mesti bukan semudah yang kita fikirkan. Saya percaya artis kpop yang berjaya hari ini melalui hari-hari yang memenatkan dan struggle untuk mereka berjaya itu setimpal dengan apa yang dah mereka korbankan dan usahakan. Jadi bila Elsi masuk ke dunia 'itu'. Dia juga struggle untuk melalui hari-harinya di situ. Macam mana cara dia nak pupuk diri untuk buat apa yang dia tak pernah buat dan dia tak suka buat. (menari, jaga pemakanan & menyanyi).


Watak Elsi memang menjengkelkan. Saya tak pasti kenapa semua benda nampak salah di mata dia. 🤷🏻‍♀️ Terutama sekali bila dia terlalu panas hati dengan minat adiknya. Bagi saya, kita kena belajar menerima dan menghormati minat orang. Mindset Elsi yang salah itu membuatkan hidup dia bosan. Malah saya tak boleh terima cara layanan dia dengan keluarga dia sendiri. Kasar. Memang ada perubahan dalam watak dia pada hujung cerita tapi effect dari perbuatan dia yang annoying itu membuatkan saya lebih ingat perangai dia yang mula dari yang akhir. Tapi apa pun, saya faham karakter sebegini memang dapat membuka mata. kan? Kita akan reflect semula.


•Saya personally suka dengan cara Anni menyeimbangkan pelajaran dan hobi. Siapa kata kalau nak pandai kena baca buku all the time? Study smart dear not study hard. Don't push yourself so hard. Belajar kena santai.
• Jangan pentingkan diri sendiri. Jaga hubungan dengan parents dan adik-beradik. Rumah pun aman damai dan harmoni.

2 comments:

Nina Mads said...

comelnya buku-buku ni.. tak pernah jumpa pulak di kedai buku

Sha Mohamed said...

Hurm.. yang ini belum baca lagi.. hehehe