Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥
Boikot Ayumi Syafiqah
Biasa dia ni buat cerita aneh-aneh. Amboi ❗️
Teman Sekalbu mengisahkan tentang Nadine yang TERsangat introvert. Di kolej dia tidak mempunyai kawan. Hidupnya hanya dengan diri sendiri sahaja sehinggalah pelanggaran yang mempunyai kawan. Hidupnya hanya dengan diri sendiri sahaja sehinggalah pelanggaran yang terjadi antara dia dan seorang lelaki bernama Fahri --(Nadine rushing nak ke kelas). Pertemuan itu telah membuatkan Nadine mula diikuti oleh Fahri yang kebetulan merupakan classmate merangkap partner assignment dia juga. Apa yang akan jadi seterusnya?
Saya actually suka dengan jalan cerita simple dari Ayumi ini. Saya boleh rasa perasaan Nadine bermain dengan emosinya sendiri. Bukan senang seorang yang introvert nak mencari kawan. Malahan untuk dia sendiri mulakan segalanya pun jauh sekali. It's not easy. Mujur la dengan kemunculan Fahri yang secara tiba-tiba itu mewarnai dunia Nadine.
NAMUN -- Fahri mula menunjukkan ketara selepas peristiwa itu. Kenapa?
Saya suka la dengan idea scavenger hunt Fahri yang out of nowhere tu. Unexpected. Dan memang la kidnap anak dara orang memalam buta macam tak nice. Tapi 👉🏻👈🏻 itu mesti momen yang paling tak boleh Nadine lupakan sampai bila-bila kan? Kan? Hm.
And saya suka dengan idea lecturer mereka untuk each of them exchange self-affirmation quotes setiap kali before class bermula -- (partner assignment masing-masing). It's time to flirt haha no no. Tapi, memang Fahri actually menunjukkan tanda-tanda nak tackle eh. Haha. Tapi biasalah Nadine, dia sendiri take time nak faham.
They say great things come to those who wait.
Guess I don't have to wait anymore, huh.
Fahri 🤍
Saya rasa, jika cerita ini lebih panjang. Kita akan dapat lihat character development untuk watak Fahri & Nadine dengan lebih lagi. Saya rasa tak puas. Rasa macam baru saja Nadine untuk menyerlah. End up dia jadi malap semula. Sama juga untuk Fahri.
Walaubagimanapun, hati saya yang berbunga-bunga ni berkecai dengan encing cerita Teman Sekalbu ni. Saya kelam kabut tak tahu macam mana nak twist feeling saya sebab saya tak ready haha. Tapi overall, noce try Ayumi. Siapa nak baca something yang light, in one sitting habis and main emosi. Inilah dia!
1 comment:
Review yang ohsem..
Post a Comment