Ulasan Buku - Novel by Ebriza Aminudin - Jari Jemari Menari

Apr 20, 2023

Ulasan Buku - Novel by Ebriza Aminudin


Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥ 


Lepas baca buku bertajuk Novel ini. Saya teringat dengan satu cerita Bollywood yang bertajuk Krishna Cottage (Netflix). Cerita ini pun ada kaitan dengan buku juga. Which is konsep dan genrenya sama. Saya bukan nak buat perbandingan tapi saya cuma nak kalian tahu yang ada juga movie yang similar dengan buku ini . Sejujurnya, saya sebenarnya dah mula rasa yang saya mungkin kena stop sekejap baca karya penulis buat sementara waktu. InshaAllah jika ada buku yang saya rasa bersesuai dengan jiwa saya. Saya akan baca. Saya takut saya akan keep on menulis resensi yang tidak okay untuk dibaca. 


Saya perasan selepas saya baca buku Novelis dan Novel. Saya sebenarnya bukan target reader penulis. Sebab saya rasa cerita ini macam terlalu berat untuk saya terima dek akal. Selain tidak berapa nak logik. Sudah semestinya saya tidak dapat berimaginasi dengan baik. Ke sebab saya tak berapa fokus?. Mungkin salah saya sebab saya tak berapa nak fokus membaca. 


Untuk cerita Novel ini, saya di side Hadzir. Dari awal cerita saya dah syak Sabrella. Dia punya teruja nak jumpa & tahu mengenai Hazaral memang boleh buat orang syak wasangka dengan dia. Rasa macam sesuatu sangat bila dia mengaku dia nampak novel puaka tu sama macam Hazaral. Tapi, Hazaral kesudahannya hidup merana. Tapi dia? Hidup macam seolah-olah tiada perkara buruk pernah terjadi. Macam orang tiada masalah. Rasa tak percaya dengan apa yang dia cakap dari  awal. Semuanya penuh dengan tipu muslihat.


Apa yang saya boleh puji ialah saya suka dengan cara penulis gambarkan kematian mangsa dalam Novel ini. Memang meloyakan anak tekak. Saya suka macam mana penulis kaitkan antara motif si pelaku dengan watak-watak utama. Selayaknya mereka ini mendapat pengajaran yang setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan. Sangat melampaui batas.

Cumanya, ada bahagian yang saya rasa meleret. Rasa macam ada yang tak masuk akal dan pengulangan dialog yang sama (kekerapan ayat). Kadang rasa macam bosan juga sebab mereka tiga sekawan asyik bergaduh akan hal yang sama. Hadzir tu telah la sebab dia memang anti dengan si Sabrella tu. Kerja dia memang penuh dengan buruk sangka je la. Tapi macamtulah. Tindakan yang diambil pun lambat. Banyak benda depan mata dah jadi tapi masing-masing sibuk befikir tanpa bertindak. hm. Apa pun nice try penulis. 


Cerita Novel ini memang ada plot twist & pengajaran yang terselit. Memang tidak dinafikan. Dan isu yang diketengahkan oleh penulis juga adalah satu isu normal yang berlaku dalam masyarakat kita terutama pelajar sekolah. 

Rating⭐️⭐️.5







 

2 comments:

NA said...

Kena baca untuk tahu ikut selera atau tidak tapi daripada resensi Ika macam berbelit-belit jalan cerita.

Sha Mohamed said...

Sha dah baca.. okaylah..