Ulasan Buku - Squad Relik Kompas Tamadun Huang He by Angel_K20 - Jari Jemari Menari

Mar 24, 2024

Ulasan Buku - Squad Relik Kompas Tamadun Huang He by Angel_K20

 

Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥


"..misi kamu sebenarnya ke Tamadun Huang He adalah untuk mencari relik gangsa berbentuk kepala haiwan.."

Selepas Tamadun Mesapotamia, misi pasukan lain dan juga Zentrical Z5 diteruskan lagi ke tamadun seterusnya. Kali ini, mereka perlu membawa pulang relik gangsa arnab & kucing serta misi khas iaitu kompas pertama yang dicipta oleh artisan pada Zaman Dinasti Zhou. Setibanya mereka di sana. Banyak kejadian yang diluar jangkaan mereka berempat. Apa yang berlaku seterusnya?

Secara peribadi, saya lebih suka jalan cerita buku kedua dari yang pertama.✨ Kalau yang pertama mungkin penulis baru nak warm up. Yang kedua ini, lebih banyak aksi dan nampak banyak perkembangan jalan cerita. Dari segi karakter juga mula nampak setiap karakter mula menunjukkan taring mereka. DAN -
Saya suka macam mana penulis membawa pembaca dari satu daerah ke daerah yang lain di Tamadun Huang He.

Harga: RM 10(SM) /RM 12(SS)

Mukasurat: 150 m/s


Satu pengembaraan yang berliku tetapi dengan kehebatan Zentrical Z5. Pengembaraan tersebut menyeronokkan. Tambahan pula dengan ilmu yang diselitkan penulis. Membaca sambil belajar betul. Si tua ni terus dapat refresh balik sejarah lama.

Kalau sebelum ini, nampak Kai macam memonopoli cerita. Kalini, lagi ekstra dia menonjol 🙌🏻 Paling suka bila Kai secara spontan menyamar jadi putera raja. Mementang la ada muka 'chinese look'. Hshs. Mujurlah, mereka semua tidak menunjukkan perasaan takut. Kalau tak mesti kantoi. Oh ya? Kenapa Kai kena menyamar?
Keadaan memaksa Kai dan yang lain untuk bertindak pantas demi menghentikan pertelingkahan yang mungkin akan adanya tragedi pertumpahan darah. Tapi saya tak puas hati la pasal Pembesar Meng. Just like that? Argh. I want more.

Bijak-bijak belaka la budak-budak ni. Semua ada skill tersendiri. And yang paling penting semangat setiakawan mereka tu. Tak pernah tinggalkan antara satu sama lain. Hadap musuh bersama-sama.

Terimakasih buat @bukubookiut untuk naskah ini & to @_angel_k20 , Fly High dear. Jom ke Tamadun Mesir Purba pula. Let's go. 

No comments: