Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
KUALA LUMPUR, 7 JANUARY 2022 - 7-Eleven, the pioneer 24-hour convenience store operator in Malaysia, now welcomes the ShopeePay mobile wallet at all its nationwide outlets. The partnership between 7-Eleven Malaysia and ShopeePay provides an added convenient, contactless and rewarding payment option for patrons who are always on-the-go.
“The essence of 7-Eleven is to offer convenience to all our patrons. Aligned with the increasing use of contactless payment methods such as mobile wallets, our partnership with ShopeePay comes timely as we continuously seek convenient methods for people to use their preferred payment option at our outlets nationwide,” said 7-Eleven Malaysia’s General Manager of Marketing, Chin Hor Wai.
Alain Yee, Head of ShopeePay said, “The Covid-19 pandemic has contributed to a mindset shift, increasing the adoption of contactless payments among Malaysians. With different payment options available, ShopeePay is dedicated to not only provide a secure, seamless contactless payment method, but at the same time offer exciting rewards for users to enjoy as they shop.”
Yee added that this partnership was also built on the acceptance of cash payments for Shopee purchases at any 7-Eleven outlet, a feature available for unbanked and underserved users across Malaysia.
In celebration of this partnership, from now to 31 January, users can purchase vouchers for as low as 1 sen from the “ShopeePay Near Me” feature, and be rewarded with RM1.50 cashback when they spend a minimum of RM2 and pay with ShopeePay at any 7-Eleven outlets nationwide. Other than the cashback, users are also able to purchase the 7-Eleven Slurpee and 7-Eleven Anda ICM Mineral Water 600 ML at RM0.50 and RM0.60 respectively.
Terms and conditions apply.
For those interested in buying up ShopeePay Vouchers offering great deals, visit https://shopee.com.my/m/shopeepay-near-me.
Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
Mungkin itu kepakaran dia, menceroboh masuk ke dalam hati seorang lelaki yang berperisa 'mint'.
Ini merupakan karya Dekna Lee yang ke-4 yang ika baca. Dan secara jujurnya, ika suka dengan karya Dekna Lee. Tak sangka yang novel Penceroboh Hati yang dipandang sepi selama ini rupanya best. Kalau tak cuba baca memang taktahu la ceritanya. Selain dari buku ini, ika suka lagi satu buku bertajuk Samurai. Yang itu juga best kalau kalian nak baca.
Mengisahkan tentang Maya yang telah melihat satu kejadian yang tidak sepatutnya. Dia berada di situ pada waktu dan masa yang salah. Secara tidak sengaja, dia telah menempah maut. Maya diburu oleh sekumpulan lelaki mat saleh berkot hitam dan bersenjata. Maya yang ketakutan terus melarikan ke sebuah tempat yang tidak diketahuinya. Buntu dengan apa yang menimpa, dia hanya fikir untuk menyelamatkan dirinya sahaja. Sangkaannya dia terselamat. Lain pula jadinya bila kepalanya diacu senapang patah oleh seseorang.
| Suasana dan keadaan sekeliling yang digambarkan penulis sudah cukup membuatkan saya teruja. Tambahan pula, penulis selitkan juga pasal kuda dan serba sedikit info mengenai kuda. Jangan terkejut. Sebab hal kedua yang membuatkan saya suka buku ni sebab kuda. Sebab ada impian baru untuk memiliki seekor kuda sendiri. Doakan la impian mat jenin saya ini. Mana tahu suatu hari nanti boleh beli dan bawa kuda :) 🐎 Watak hero & heroin sangat kontra. Tapi itulah yang melengkapi kedua-duanya. Nampak macam tak mungkin ada chemistry. Tapi lama kelamaan, seronok baca sebab kedua-duanya memang bikin ribut. Faez seorang lelaki yang tegas, lantang, macam robot dan sangat ego. Dia memang tidak senang dengan kehadiran Maya dalam kehidupannya. Serba serbi tentang Maya dia tidak suka. Sebab Maya. Dia seorang yang loya buruk, berani lawan Faez dan annoying. Tapi, kehadiran Maya yang secara tiba-tiba itu diterima baik oleh keluarga Faez. Sikap Faez yang ego telah membuatkan dia merana malahan Maya juga. Penulis juga selitkan elemen suspen dalam cerita ini. Dengan meletakkan scene buruan antara kumpulan mat salih dan Maya (target). Ada juga kejadian tembak menembak, culik, dan sebagainya which is okay ianya tidak mencacatkan jalan cerita. Selingan tambahan orang panggil sebab sejujurnya saya lebih tertarik dengan cerita tarik tali antara Maya & Faez. Sebelum itu, saya tolak tepi ya dengan part klise. Saya anggap saja yang keluarga Faez memang orang kaya dan berharta sebab mampu ada tanah persendirian sendiri yang besar, kuda dan banyak lagi. -- Suka juga dengan aura positif dari keluarga Faez. Sangat harmoni, aman dan damai walaupun duduk serumah dan ramai. Terasa kasih sayangnya. Buatkan kita akan lebih menghargai keluarga yang masih ada. Saya syorkan buku ini buat peminat Dekna Lee. Dan sesiapa yang baru saja nak berjinak-jinak untuk baca karya DL. |
Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
Memetik sedikit info dari komik ini :_
📖 Perkataan 'sains' dikatakan berasal daripada perkataan Latin, 'scientia' yang bermaksud ilmu pengetahuan. Komik terbaru bertajuk Aku, Kau & Sains #2: Terokai Bersama keluaran Komik M ini memang sangat sesuai dimiliki dan dibaca oleh setiap lapisan umur. Sebelum itu, ika nak puji kulit buku komik AKS ini. Memang A dan sangat cantk. Sejuk mata memandang. Lama pandang terasa seolah-olah hidup karakter dan suasana yang ada di kulit buku.
Dah nak masuk 2022. Ika harap orang yang masih ada mindset di mana komik ini sesuai dibaca oleh kanak-kanak, komik bukan bahan bacaan, baca komik tak ada faedah, baca komik untuk orang pemalas. Sila buang jauh-jauh mindset sebegitu. Kerana, semua buku yang ada dalam muka bumi ini termasuk komik ialah bahan bacaan. Oki geng!
Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ❤️
Harga: RM 10 sebuah
Penerbit: Komik M
Pelukis: Ben Wong
Ini karya solo Ben Wong yang pertama saya baca. Kedua-dua komik karya Ben Wong ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang bernama Reda. Kelakuan Reda yang makin lama makin teruk gara-gara terpengaruh dengan rakan sebaya yang nakal. Dia selalu ponteng kelas dan melakukan perkara yang tidak pernah dibuatnya. Jika perbuatannya itu diketahui ibunya mesti Reda akan dimarahi. Reda hidup bersama ibunya. Hanya mereka berdua kerana abangnya sudah lama tidak jenguk mereka dan baru-baru ini kehadiran abangnya memburukan keadaan sehingga ibunya sentiasa sedih. Dah berjaya lupa diri. Kacang lupakan kulit!
Dan Nadrah. Seorang gadis merangkap rakan sekolah Reda. Nadrah sentiasa ingin cuba membantu Reda lari dari terjebak dengan budak-budak nakal. Dia risau jika Reda semakin jauh. Reda juga sudah berubah sikap menurutnya.
Menarik.Cerita yang simple. Sis tak boleh kalau baca komik yang jelas nampak muka mak-mak yang menangis ni. Memang touching. Rasa nak menangis sama. Dan Reda. Ketahuilah. Yang perbuatan kau ikut budak-budak nakal tu confirm membawa keburukan dari kebaikan. Ada sambungan. Jadi lepas baca sambungan tu . Kita komen details sikit la eh. Tapi untuk RM 10. Berwarna. Ilustrasi juga cantik. Sis bagi 5 terus. Sesuai untuk dijadikan bacaan kanak/kanak & remaja.
#2: Pintu Hati: Reda masih berkawan dengan budak nakal. Tapi kalini mereka mengajak Reda melakukan perkara yang lebih ekstrem. Reda masih budak yang baik cuma dia salah pilih kawan dan dia seronok bila disogok kan dengan kebendaan. Hidup manusia yang sentiasa ada turun naiknya. Bila melibatkan kebendaan ini memang akan putih mata. Lagi-lagi benda tersebut memang menjadi kesukaan dan impian kau. Nadrah juga merupakan watak yang pasif namun tetap memberikan impak yang besar buat karakter Reda. Reda dan Nadrah masing-masing ada nasib yang sama dan mungkin juga feeling yang sama. Nadrah memang mendukung watak Reda di akhir cerita.