Dec 20, 2017

# Personal

Beli Sebuku Roti dengan Duit Syiling ๐Ÿž



Assalamualaikum ✋๐Ÿป


Harini, ika nak share satu cerita yang baru je pagi ni ika nampak jadi depan mata. Macam biasa, sebelum pergi kerja. Ika akan singgah KK Mart dekat dengan area rumah untuk beli roti & topup. Tapi, harini agaknya Allah nak tunjuk and kasi ika pengajaran. 
Masa tengah beratur nak bayar tu. Ika sedar ada sorang pakcik ni lama dekat bhg cashier. 
Rupanya, lama sikit ika fokus dekat dia. Rupanya dia tengah kira duit syiling dia untuk beli sebuku roti. Lama jugak dia kira. Tapi, ika tak cakap apa apa. 
Sebab jgn kata pakcik tu. Ika sendiri pun pernah beli barang pakai duit syiling masa tengah susah. 
So, ika perhatikan je dia sampai dia habis bayar. 

Tapi, dia masuk balik dalam kedai. Dan pergi area belakang. Dia datang cashier balik and tanya..
"Berapa harga sebiji telur?"
Tapi, pekerja situ cakap la yang depa tak juai sebiji telur tapi 10 biji telur depa juai la. 
Pakcik tadi tetap tanya. "Harga sebiji telur?"
Mungkin, dia nak makan dengan roti dia. Serious cakap. Ralat jugak sebab tak dapat bantu pakcik tu. Sebab ika dah lewat ke tempat kerja. 

Ika masuk kereta, terus pakcik tu keluar. Agaknya dia tahu situ memang tak dapat beli sebiji telur. Sedih tengok raut wajah dia. Nampak tenang. Tapi, dalam hati siapa yang tahu kesusahan dia. Mungkin macam macam yang dia tengah pikir. 

Ika harap, Allah murahkan rezeki buat pakcik tadi. Semoga segala urusan dia dipermudahkan. Maaf sebab tak dapat membantu. Mampu mendoakan yang baik baik sahaj buat pakcik. 


Dalam kita dok rasa kita ni tak cukup macam macam benda, tak boleh beli apa yang kita suka, tak boleh makan makanan yang sedap sedap, ada makanan pun dibuangnya sebab tak sedap atau tak menepati citarasa. Pembaziran merata rata. Kita kena fikir jugak yang, ada jugak org di sekeliling kita yang susah dari kita. 
Nak makan pun kena korek duit, makan saja apa yang ada. Sedap tak sedap belakang cerita asalkan dapat makan untuk alas perut. 
Pakai apa yang ada. Bila ada rezeki lebih. Baru la beli sikit. 
Bersyukur dengan nikmat Allah. 

Ini, berlaku depan mata ika beberapa minggu lepas. Ika namakan dia Aida (bukan nama sebenar). Aida ni suka beli makanan. Tapi, bila dia makan atau minum. Dia selalu buang. Atas sebab tak sedap. Banyak kali ika tengok dia buat mcmtu. Bukan la nak kata kita ni dengki ke apa. Tapi cara dia tu, macam terlalu membazir. 

"Taknak la habiskan air ni. Tak sedap lansung" 
"Tak sedapnya bihun sup ni. Tawar"
"Macam nak basi je makanan ni"
"eeii, masin la"

Aida ni sejenis manusia yang tidak bersyukur. Senang cerita. Fullstop. 

Sebagai manusia, bersyukur la dengan rezeki yang Allah berikan buat kita semua setiap hari. Jangan mengeluh. Jangan pertikaikan kenapa orang itu mcm tu, kenapa bukan kita. 
Semoga cerita yang ika tulis ini, dapat memberi satu pengajaran buat kita semua. InsyaAllah. 

10 comments:

  1. Dalam tak sedar ramai lagi orang yang lagi susah dari kita. Kita je yang tak perasan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Ada yang lagi susah dan memerlukan dari kita.
      Apapun, kita kena bersyukur dengan apa yang Allah beri buat kita semua.

      Delete
  2. menarik cerita ni. moga pakcik tu di murahkan rezeki amin :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Mudah mudahan. Semoga pakcik tu dimurahkan rezeki :)

      Delete
  3. Sedihnya! Harap satu hari nanti dapat tolong orang yang kurang kemampuan dari kita:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah. Semoga kita semua dapat bantu org yang dalam kesusahan ❤️️

      Delete
  4. GV setuju 100% pendapat kak Ika. Betul tu. GV pun perasan ramai yg suka membazir makan atas alasan sama macam di atas kak. :(

    ReplyDelete
  5. Allah sedihnya mcm tu. Serius cikyan mmg xblh tgk bnda mcm tu. Lg2 bila melibatkan org tua atau org kurang upaya. Hmmn kesiannya..tak blh tgl bnda mcm tu. Yela kan, kdg2 kita ni rasa kita susah sgt dah. Tp sbnrnya ramai lg org yg lebih suka, tp tetap lebih bersyukur dr kita. Allahurabbi, semoga kita tak miskin dan fakir. Semoga kita mnejadi org kaya atau sederhana yg mampu membantu org yg susah. Kdg ralat jugak bila jumpa org macam tu tapi xdpt nk bantu. Tp kdg2, kita pon takde duit kan. Allah, kesiannya kan. Semoga ada org lain yg mbantu pakcik tu. Semoga murah rezeki dia dunia akhirat.

    ReplyDelete