October 2018 - Jari Jemari Menari

Oct 31, 2018

Lazada 11.11 Blogger Contest: The Biggest One Day Sale!

8:38 PM 39
Lazada 11.11 Blogger Contest: The Biggest One Day Sale!

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Mesti ramai yang menantikan kehadiran tarikh yang cantik untuk bulan November, 11.11. Kan? Jangan tipu. Lagi lagi bila tahu yang tarikh cantik mcm ni je mesti akan ada sales gila gila punya sampai nak menangis la kita sebab poket seluar, dompet serta duit dalam ATM makin kurang gara gara berhabis membeli. 

Lazada kerap buat sales gila gila mcm ni. Sampaikan kadang tak terkejar kita dibuatnya. The Biggest One Day Sale. Harga serendah RM 1 , Diskaun sebanyak 90% dan juga collectible voucher worth RM 11,000,000. Slash it & Shake it. Wow sangat tau! Banyak voucher yang korang boleh kumpul dan dapatkan. Please explore Lazada website gais. Click Here ! Dah la harga murah, siap bagi diskaun lagi. Lepastu kasi voucher lagi. Ish. Pemurah sangat tau Lazada ni.  

What 3 products (or more) are you adding to your cart to buy during Lazada 11.11 Shopping Festival? Share your wishlist with us!

 Cakap pasal wishlist dekat Lazada ni, memang lebih dari 50 barang pun ada. Haha. Al maklum la nafsu membeli lagi lagi perempuan kan memang mcm hantu sikit. Mostly banyak gadget yang ada dalam cart ika. Ini di antaranya la: 

 1. SEAGATE HDD 1TB BACKUP PLUS SLIM PORTABLE EXTERNAL HARD DISK DRIVE


Dah lama sebenarnya nak beli hard disk. Rasa susah sangat bila guna banyak pendrive untuk simpan document, gambar, movie and assignment.Lepastu mula menangis sebab pendrive hilang. Kalau ada hard disk ni, memang senang sgt kerja. Tersimpan dekat satu tempat. Kalau dapat ni, memang peluk bawak tido malam. Haha over. 



2. PAPERANG P1 SMALL WIRELESS BLUETOOTH 4.0 MOBILE PHONE ISTANT PHOTO PRINTER




I want thissss so badly! Ika suka cuci gambar dekat kedai. Tapi bila tahu ada sebenarnya photo printer mcm ni terjual. Ika ada bercita cita untuk nak dapatkan benda ni satu. Yang ika tengok haritu Canon punya. tapi dekat Lazada this cute photo printer. Ish. Comel gila kot. Haha. Murah pulak tu. Mana tahan hati ini. Bergelora gituwww! Siap dapat free rolls lagi. Jimat jimat. 

3. ORIGINAL SONY WALKMAN 4GB PINK


Ika mesti sure punya.  Korang mesti akan mcm tanya kenapa ika masukkan ini dalam cart di Lazada. Ika tahu sekarang ni ada banyak je apps music yang boleh download dekat phone mcm Spotify, Joox and banyak lagi. Tapi, personally. Ika ada satu problem which is kalau dh dgr lagu dekat phone tu. Ika dengar nonstop. So bateri cpt habis. Buatnya masa tu tak bawak powerbank kan payah sikit kan. So, ada nya mp3 ni. Bateri phone selamat sikit. 

Lagipun, comel kan warna pink plus ramai je kawan ika pakai jenis ni masa sekolah. Sampai sekarang tahan! 

4. MIDEA AIR COOLER 


Ini hanya nafsu dan kehendak ika semata mata . Kalau dpt beli ni boleh letak dalam bilik. Hee. Sejuk sikit hati ni bila nak berblogging ke, sambil baca buku ke kan. Lagipun ika rasa harga dia bukanlah mahal yang teramat sgt compare to other brand hee.  Tapi sebenarnya, ada benda ni. Tido akan jadi extra lama sikit haha. Ish ish.

So, korang dah tengok kan ika punya cart dekat Lazada. So, ika nak seru dekat semua blogger untuk join contest yang dianjurkan oleh Lazada ni so that korang mungkin berpeluang untuk memenangi hadiah hadiah lumayan yang dieorang tawarkan! 

Prizes – Vouchers for all participants! 
At the end of the contest, each participant will receive one voucher worth RM30 (min. spend RM100).
Join and get a chance to win one RM1,111, RM150 or RM75 Lazada voucher!
Get creative to win one of the creativity prizes up to additional RM600! 3 posts will be selected among the posts by an internal Lazada committee to award vouchers worth RM1000.
100 lucky winners:
1st Prize: 1 x RM1,111 cash voucher 
2nd Prize: 11 x RM150 cash vouchers
3rd Prize: 88 x RM75 cash vouchers
Creativity Prize:
1st Prize: 1 x RM500 cash voucher
2nd Prize: 1 x RM250 cash voucher
3rd Prize: 1 x RM100 cash voucher

 Blogger contest start harini sampai 11 hb nanti. Jangan lepaskan peluang! Okay gais. 
Click Here To Join!

Selamat bershopping gais! 

Oct 27, 2018

Membeli Belah di Ezbuy Malaysia.

12:20 AM 20
Membeli Belah di Ezbuy Malaysia.


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Siapa sini tahu apa itu ezbuy? Ezbuy merupakan satu platform online shopping. Ditubuhkan pada tahun 2010. Sebelum ini dikenali sebagai 65daigou.  Selalunya ika hanya scroll website online shopping seperti Lazada, Shopee, 11 Street, Nile.com dan lain lain. Yang paling latest ika jumpa is ezbuy. Clean and user friendly website which is semua org pun akan prefer user friendly website. Senang untuk kita kan. 

Kalau korang nak taghu, ezbuy mempunyai lebih dari 3 juta pelanggan di serata Asia iaitu di Singapura, Thailand, Malaysia dan juga Indonesia. Ianya turut membawa produk berkualiti dari negara seperti Amerika, Taiwan, China, Korea dan juga dari penduduk tempatan untuk pelanggan ezbuy. Tak hairan la kalau kita katakan yang ezbuy juga telah mendapat tempat di hati pembeli pembeli online tegar di serata Asia. 


Korang akan lihat satu ruangan di dalam website ni yang menempatkan kesemua tawaran yang ditawarkan di ezbuy iaitu, New Arrivals, Under 30.00, Best Seller, Flash Deal, Trending, Prime dan banyak lagi. Mudah dan jimat masa! Tak payah nak filter atau scroll banyak kali sampai lenguh jari. Ye dak? Ika la selalunya yang akan pergi ke ruangan ini untuk memudahkan kerja hee. 


Sempat la jugak cuci mata dekat bahagian Mobile & Electronics.
Geram tengok cover phone lawa lawa.Yang penting sekali murah!

1. Apa kelebihan membeli di Ezbuy?

a. Prime Membership.


Ika sangat tertarik dengan prime membership ni sebabnya kita boleh enjoy international shipping fee untuk unlimited kuantiti, size dan berat dengan harga RM8.80. Wow! Murahnya!  Terdapat hampir 1 juta barangan Prime yang boleh dipilih dari China hingga Amerika Syarikat. Ye la, selalunya kita nak kena face it international shipping yang sangat mahal. Kadang tu, kita nak sgt barang tu tapi shipping lagi mahal dari harga produk. Satu faktor utama yang kita seringkali akan fikir untuk membeli barang tersebut. Tapi di ezbuy sgt berbeza. 


Semua ini korang akan nikmati dengan adanya servis bernama PRIME ni. Tapi sebelum menikmati kos RM8.80 ni. Korang kena la buat pembayaran RM 18.80 (untuk percubaan) & RM 188.00 ( setahun). Untuk korang mendapat harga RM 8.80 yang diperkatakan. Kira korang invest untuk benda yang berbaloi jugak. Kan?  Oh ya, sebelum ni hanya ada dua itu saja. Kalini diperkenalkan Prime Lite untuk tempoh 6 bulan dengan harga RM 99.00. 





b. Variety of Product 


Cakap apa saja barang yang ingin dibeli, korang search je dekat ezbuy. Semua ada. Tinggal nak kasi effort sikit je nak search haha. Sebabnya bukan nya ada beratus barangan dalam website ni malahan lebih dari tu. Senarai kategori barang boleh korang tengok dekat sidebar tepi website. 

Perbezaan antara Ezbuy dan website lain? 

a. Useful Tools (Size Chart)







Ika paling teruja part ni sebab nya memang selalu kalau ika nak beli baju atau dalam erti kata lain "pakaian". Memang akan berbelah bahgi sebabnya ika tak yakin apa yang ika pilih tu muat dgn ika. Kadang ye la, size pun tak diberitahu dengan detail. Jadi was was pulak nak membeli. Tapi Ezbuy menyediakan list size chart siap siap. Mudah untuk kita refer on. 

b. Prime Wishlist 

Menariknya! Sudahlah baik hati bagi Prime punya price. Lepastu, siap bagi Prime Wishlist pulak. Kalau korang nak tahu, korang boleh add barangan yang bukan dalam list Prime menjadi Prime Product. Kira tu barang wishlist korang la. Sebab tu, kalau kita lihat tadi. Dalam chart Prime punya bayaran ada tulis pasal wishlist punya amount kan. Itu la maksudnya: 

Prime Trial: No Wishlist 
Lite Prime: 24 Wishlist 
Annual Prime: 42 Wishlist  

________________________________________________________________________________

2. Free Shipping (Click Here)

Ezbuy juga turut menyediakan Free Shipping untuk penggunanya. Kalau tengok dekat gambar dibawah, mesti ramai yang akan berpusu pusu rebut peluang untuk membeli. Sudahlah free shipping. Harga murah pulak tu. Siap ada diskaun lagi. Berbaloi baloi sangat tau! Sempat ni nak shopping!! 



Korang tahu tak, kalau korang register Ezbuy, korang akan dapat 15% off shipping. Hanya untuk new user sahaja ya. Harap maklum! Hehe. Click gambar bawah untuk ke page register ya. 
 Click Here to Register & Get your 15% off.

 So tunggu apa lagi gais. Jom explore Ezbuy Malaysia untuk shopping! Bijak la berbelanja di alam maya. Takda tutorial untuk bijak berbelanja. Semua atas diri sendiri ya hehe. 

Oct 24, 2018

HARRY POTTER MUG & CERAMIC TILES - PRINTCIOUS

4:33 AM 18
HARRY POTTER MUG & CERAMIC TILES - PRINTCIOUS

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Siapa sini yang suka decorate rumah? Tak kisah la bilik ke ruang tamu ke. Apa kata untuk kelainan, korang cuba customized sendiri apa yang korang suka untuk dijadikan decoration. Kalau risau taktahu dekat mana boleh customized, ika suggest untuk korang cuba ke website Printcious.Ika pernah tulis entry pasal Printcious. Printcious merupakan satu medium dimana mereka menyediakan perkhidmatan untuk korang design dan mereka akan realisasikan design korang tu jadi realiti. 

Memandangkan, ika peminat cerita Harry Potter. Ika nak hias bilik ika dengan sesuatu yang bercirikan Harry Potter. Kalau nak beli barang Harry Potter, ika taktahu pulak nak mencari dekat mana. Lagipun, keadaan sekarang memang tak mengizinkan untuk ika keluar. Siapa sini peminat Harry Potter? Angkat tangan sikit. Kita geng. Dekat Printcious, apa saja yang korang nak. Semua boleh buat. Asalkan korang kena kasi effort sikit untuk edit. Korang boleh letak gambar & any text. Ika terus terfikir Hogwarts Castle & Express. 


Hogwarts Castle Oil Painting. So nice! 

Nak tunggu parcel sampai dalam 3 - 7 hari. Ika risau jugak bila nak order barang kaca ni sebab nasib tak baik, mungkin akan dapat yang dah sumbing ke, pecah ke dan sebagainya. Tapi, Printcious secure barang kaca dengan bubble wrap yang banyak sgt. 
Sampaikan bila nak bukak tu, rasa mcm eh bila nak habis ni! Haha. Lupa nak cakap, ada kotak sekali ya. Bukan datang tergolek golek dlm plastik courier.  Ika puas hati bab ni. 

Bukak je barang, terus fall in love bila tengok barang yang ika order. Kualiti sangat baik dan bagus. Diterima dalam keadaan yang sempurna. Gambar dekat ceramic tiles and mug pun tak pecah dan blur. Punya la eksited sampai terus letak dekat atas meja belajar. Dan tak menyabar nak menghias bilik. 

Ceramic Tiles yang ika order: Ceramic Tiles - Triangle (25cm x 20cm/ 9.8" x 7.9")
Mug: Colour Mug

Tapi, korang jangan risau. Sebenarnya bukan ada ceramic tiles dgn mug saja. Ada macam macam lagi yang korang boleh pilih. Antaranya canvas, cushion, T shirt, bags, mousepad, puzzles dan banyak lagi. Sesuai untuk dijadikan hadiah untuk birthday, graduation, newborn baby, boyfriend/girlfriend/wife/husband/kids, dan banyak lagi. 


Photo Taken by me. Sorry for bad quality. 


Ika jamin korang mesti suka dengan hasil kerja dari Printcious ni. Semua info mengenai Printcious, cara pembayaran, courier apa yang digunakan, media social dan banyak lagi boleh tengok dekat bawah sekali dekat website Printcious.  So gais, tunggu apa lagi. Click website Printcious, dan order :) Happy shopping. See you gais in my next entry. InshaAllah. 


“If you are looking for best door gift ideas for wedding, don’t forget to contact them.

Or if you have any upcoming birthday party and would like to impress your guest, wedding photo booth rental is your best entertainment.


We also welcomed any sponsorship to get sponsor for their event. Don’t miss out to grab this big opportunity by click here Sponsorship for Event.

Printcious is also available in SingaporeAustraliaHong KongCanadaPhilippines & Taiwan

Oct 19, 2018

Book Haul October - Mall Karangkraf Mega Sale 10.10

9:56 AM 41
Book Haul October - Mall Karangkraf Mega Sale 10.10

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Rata rata masa tarikh 10.10 baru baru ni, mcm mcm sales kita nampak dekat online kan? Okay, tapi secara jujurnya ika tak la menunggu tarikh ni untuk beli apa apa. Tapi, entah macam mana ternampak one of Mall Karangkraf post pasal jualan 10.10 Mega Sales. Beli 1. RM 5. Tapi kalau beli 10 buku, RM10. Ehhh, i was like em. Mungkin buku lama lama kot dia nak jual murah ni. 

Honestly speaking. Ika selalu pergi Karangkraf punya pesta buku. So, ika mcm perasan buku buku yang depa jual murah dalam lingkungan RM 1 is buku lama lama. Dan yang bertahun lama. So, ika mcm never mind. Let me see. Tunggu punya tunggu. I'm so shocked. Buku buku yang dijual dgn harga RM 1 kalini ada mcm mcm buku (300 judul). Ada novel cinta, seram, thriller, keagamaan, motivasi, resepi, dan buku kanak-kanak. 
And guess what? Of course buku yang ika nak semua ada. 

Ika anggap yang perbook ni RM2. Sebab 10 buku RM10 + postage RM10 = RM 20. 
Excuse my bad picture. A bit rushing and over excited about all this books. 


Dah lama gila okay nak beli buku Aku Bukan Pendosa & Dasyatnya Petaka Kiamat ni. Masa ika tgk buku ni dengan kwan ika dekat Popular if I'm not mistaken. Harga dia mmg boleh menangis. Tapi, kalini RM 1 je. Ika mcm eh you must be joking kan Karangkraf? Haha. Memang tak tngu lama, terus add cart. If dekat Pesta buku, per book akan jadi RM 30. 

And tema buku kalini lebih kepada islamic, thriller and horror theme. Sebab ika memang tak baca lagi buku yang dibeli ni and bajet mmg cukup nak beli ini saja. Kalau kayo, agaknya mungkin lebih dari ni. Haha. Sebab ika terpaksa lupakan niat nak beli buku lain sebab betul betul beli apa yang nak dulu. Kemahuan didahulukan. 



Setelah dicalculate kesemua 10 buku, kalau actual price dia = RM 320. Which is kalau ikutkan untuk buku, ika takkan over spent banyak mcmtu. Tapi takmau cakap banyak la. Cuma nak cakap. Thankyou Mall Karangkraf sebab buat sales camni. Hangpa membuatkan para para book lover tak tidoq malam sebab happy beli buku dan nak tunggu buku sampai depan rumah haha. 

Happy girl in da world again again and again! Alhamdulillah. 

Oct 12, 2018

BOOK REVIEW - PELUKIS JALANAN

6:41 PM 27
BOOK REVIEW - PELUKIS JALANAN

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Hi  Oktober. So, ini entry pertama bulan sepuluh. Lambat banyak hari dah. Okay, let's proceed. Selalunya asyik up entry Book Haul kan? Tapi jarang lately ni up entry book review. Mesti ada yang syak ika sekadar seronok membeli tapi tak baca pun. Haha. No no. Big No. Ika baca sebenarnya cuma ika tak konsisten untuk update di blog dan Goodreads. 

Kalini, ika nak buat short book review untuk buku Pelukis Jalanan by Teme Abdullah. Nama Teme menjadi sebutan ramai pembaca buku. Rata rata sangat menyukai buku  buku yang ditulis Teme. Maka, ika jadi sangat curious seperti biasa. Nak mendapatkan buku dia dan baca. Tapi, baru baru ni baru dapat beli dan baca. Agak lambat kebelakang sebab org lain dah baca buku dia yang latest dah. Pity me again. 

My favourite bag from Mek Zumbie & Pelukis Jalanan yang diangkut bersama ke hospital. 


BOOK DETAILS
AUTHOR: TEME ABDULLAH 
PRICE: RM 25
PUBLISHER: IMAN PUBLICATION 
YEAR: 2016
PAGE: 215 PAGES 

Honestly, ika tabik spring dkat Teme. Untuk keberanian dia untuk tetap sambung pengajian di sebuah kota asing walaupun dia sendiri tahu yang duit dia tak berapa nak cukup. Kalau org lain, mungkin isu kewangan akan menjadi satu masalah besar untuk teruskan sesuatu benda tu. 

Allah anugerahkan Teme dengan bakat yang bukan semua org ada iaitu melukis. Bidang seni mmg boleh buat duit kalau kena dengan cara. Kita kena ubah perspektif kita. 'Budak seni susah nak dapat kerja','Ada future ke ambik bidang seni?', 'Nak dibawak kemana seni tu. Susah nak survive dalam hidup'. 

Kita kena percaya bahawa rezeki Allah tu ada di mana mana dan tak kira bidang apa sekalipun yang diceburi. Rezeki Allah datang dalam pelbagai bentuk dan jenis. Dan Teme percaya dgn rezeki Allah. 

Cara dia (Teme) ikhtiar hidup dekat sana pun bukan la semua org boleh buat. Belajar sambil kerja? Bagi Ika, org yang betul-betul pandai bahagikan masa dan komited saja yang boleh buat banyak kerja dalam satu masa. Ika suka juga dengan cara dia bawa diri dekat negara org. Cara dia adapt dgn culture dan org dekat sana yang berlainan. Ika kagum. 

"Ia kekal dongeng.. Jika engkau tidak mula berjalan"

"Jika diberi peluang untuk berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku"


Source: Blog Teme. So, identiti dia memang dirahsiakan sampai sekarang. 
Lawa gila semua lukisan Teme. Sangat berbakat. Belanja satu je la. Yang lain korang boleh tengok dekat IG dia. Serius lawa!



Source: Google : Lagi tiga buku nak kena dapatkan. Siapa nak belanja. PM tepi! Haha. jkjk
Another watak di dalam buku Pelukis Jalanan yang ika suka ialah Ahmad, kawan Teme. Oh bukan watak sebab Ahmad ni memang wujud in real life. Ahmad pun sebenarnya seorang motivator yang baik. Cara dia nasihatkan Teme waktu Teme down terkesan jua dekat hati. Nak tahu apa lagi ayat dari Ahmad? Kehidupan Teme waktu belajar masa dekat sana? Kena dapatkan buku ni. Tak rugi. Worth every single money yo. 

Ika fully recommended buku Pelukis Jalanan ni untuk semua. Bahan bacaan yang sesuai untuk semua peringkat umur. Buku motivasi yang membuka mata kita untuk kita reflect balik diri kita. Ayat motivasi dari Teme , kalau kena dan sesuai dengan kita memang akan terus boost up aura positif dalam diri. 


Instagram Teme

Happy Reading Reader <3 p="">

       

Birthday giveaway by Mazuriah Mohamed'

5:56 PM 10
Birthday giveaway by Mazuriah Mohamed'

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Another GA yang ika nak join is from Blogger Mazuriah. Sebenarnya, ika  mula mula terjumpa GA ni and blog cik ni. Masa blogwalking dekat blog Shirven. Kalau baca blog Shirven, mereka mengenali each other and merupakan travelling partner :) So sesiapa yang tak join lagi GA ni, boleh join sebab tarkh akhir: 31 Oktober 2018


GIVEAWAY PLANNER 2019 by SHFYQHAZHR.COM

5:47 PM 10
GIVEAWAY PLANNER 2019 by SHFYQHAZHR.COM

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️



Harini, ika berkelapangan untuk join GA dari Sha. Awal nya sha dah prepare planner untuk next year.  Ramai yang dh join. Ika baru terhegeh hegeh hehe.  Tapi, siapa yang tak join lagi tu, boleh la join. sebab tarikh tutup GA ni, 31 Oktober 2018. 


Komen blog Sha. 

Ika rasa blog sha kemas. Susunan widget pun teratur je. Tak serabut mcm ika punya blog haha. Sha punya better than me. Before this kalau tak silap, blog sha mcm warna hijau kan? Ni dah tukar colour jadi purple. Nice. Loading page pun laju. Cuma akan lg best bila tekan entry, dia keluar dekat tab yang lain hehe.