April 2019 - Jari Jemari Menari

Apr 29, 2019

BOOK REVIEW - BULAN CINTA BY MIMIE AFINIE

11:56 PM 18
BOOK REVIEW - BULAN CINTA BY MIMIE AFINIE

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Ini novel yang ke 29 untuk reading challenge di Goodreads. Iya, agak jauh ketinggalan ya compare dengan pembaca yg lain. Kalini, novel cinta bertajuk Bulan Cinta by Mimie Afinie. Reason ika pilih untuk baca buku ni sebab penulisnya. Masa sekolah dulu ika pernah baca nove karya Mimie macam Bisikan Rindu, Maafkan ku Sayang & Masih Ada Rindu. So, sebab tu la ika terasa mcm nak cuba baca yang ini pula. 

Bismillah. Let's go! 

Please ignore my bad picture haha. Maaf. Nanti sis improve hokey! Promise!
Bulan Cinta

My rating: 3 of 5 stars
Publisher: KarnaDya
Year: 2017
Page: 680 Pages


Jujurnya, ika tertarik utk teruskan pembacaan dari muka surat pertama lagi. Rania,26 tahun. Tapi dia struggle betul nak ambil lesen kereta. Dia punya taknak tu smpaikan semua org jenuh pujuk dia. Start dia kenal dgn cikgu memandu (Razlan) dia tu la mcm mcm hal jadi. Razlan pulak jenis ckp direct. Takda selindung. Rania pulak jenis menjawab. Itu yg makin menjadi-jadi kalau dieorg gaduh. 

Ika tak suka lelaki toksik mcm Syafiq. Cemburu buta. Sbb pernah jumpa in real life lelaki mcmni. Mmg boleh buat kau sakit jantung ok. Lepas dh nyahkan lelaki toksik ni. Muncul Rizman. Yg lebih manis gituww dalam hidup Rania. Mula la hati ni mcm lalang. Nak tentukan siapa Rania patut pilih. Padahalkan, Razlan tu sbnrnya okay sgt dah. Tapi Razlan sejenis lelaki yang susah nak confess apa dia rasa. Dia pun sebenarnya susah nak faham perasaan dia dekat Rania. Bila dua dua keliru, maka keadaan pun akan bertambah complicated. Salah buat keputusan dan memilih. Faham?


And em Rizman tu tk rasa ke mcm dia terlalu cpt confess dia syg? Mudahnya dia.

Sepanjang pembacaan, rasa terganggu dgn sikap Rania. Bukannya apa. Dia sendiri pun keliru dgn keputusan dia buat. Perbuatan tu lain, hati lain. Even dia jenis tak malu jugak utk confess dia syg siapa. Tapi haha entah la ya. Dia sbnrnya kalau taknak serabut jgn tamak. Tu je la 😂 Sebab dalam hidup ni, kalau kita tamak kita akan rugi.

Bulan Cinta punya storyline santai dan very light. Tapi ada bbrapa part yg meleret dan tak perlu ada pun tak apa. Mimie Afinie masih boleh menulis novel cinta. Wow! 


Abam Kie's Birthday Giveaway

11:04 PM 11
Abam Kie's Birthday Giveaway


 Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Lama betul peram entry ni. Publish sekali la dah alang-alang sebab baru sedar tarikh tutup giveaway ni harini. Haha Ya Ampun. Padahal Abam Kie invite untuk join lama dah. Rupanya Abam Kie lahir bulan yang sama dgn Ika. So, next month gonna be our favourite month gituw. 


UCAPAN: 

Sanah Helwah Abam Kie. Semoga redha Allah mengirimu selalu. Semoga diberikan kesihatan yang baik oleh Allah. 

Memang senang bermain pantun, 
Hati gundah jadi gembira, 
Saya ucapkan selamat ulang tahun, 
Semoga berbahagia selamanya. 

Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed

10:46 PM 10
Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed



 Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Harini mood nak menulis dekat blog kembali lagi. Tengah dok blogwalking tu ternampak pulak giveaway yang dianjurkan oleh Kak Sha. Taknak buang masa. Nak join terus. Mana tahu ada rezeki. 



Syaratnya sangat mudah:-
1. Follow blog kasihkuamani
2. Follow Instagram Sha @kasih_shadz
3. Buat satu entry dengan tajuk "Giveaway Ramadhan/Syawal 2019 oleh Sha Mohamed".
4. Bubuh benner diatas dan backlink ke entry ini.
5. Jangan lupa bubuh link entry di komen.

Hadiahnya:-
Buku Kumpulan Cerpen Tunjukkan Aku Arah Kiblat oleh Maria Kajiwa untuk 8 orang pemenang

Tempoh Giveaway 29.04.2019 hingga 10.05.2019..
Pengumuman pemenang pada 10.05.2019..

Makluman
Pemilihan pemenang menggunakan Random.org
Penghantaran hadiah menggunakan FlexiPrepaid (tempoh masa adalah seperti pos biasa)

Apr 17, 2019

BOOK REVIEW - BOUGAINVILLEA BY PACKY SIDIQUE

5:41 AM 12
BOOK REVIEW - BOUGAINVILLEA BY PACKY SIDIQUE


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Kalini untuk book review, ika pilih novel Bougainvillea by Packy Sidique. Honestly, tak pernah rasa terbuka hati untuk baca novel dari Jemari Seni. Don't ask me why. Tapi, entah kenapa lepas baca review positif dari Watie mengenai buku NO 23 karya penulis yang sama dengan Bougainvillea ni. Ika tak teragak-agak untuk cuba baca. Thanks to Watie. 

Tapi, disebabkan ika memang sekarang tgh berjinak baca ebook (PNMeReader), ika beruntung sebab dapat baca Bougainvillea ni dalam version ebook. Let's proceed guys. 
Kan best kalau dapat baca ebook dekat gadget yang lebih besar. Ada jugak terfikir nak beli tab atau Ipad. Mesti lagi laju berdesup baca. 


Bougainvillea
My rating: 4 of 5 stars
Lama tak baca genre mcmni. Ala ala CSI. Mcm biasa, baca cerita mcmni siapa yg tak rasa berdebar. Lagi-lagi bila kita sendiri rs tertanya tanya kemanakah Nina? Sepuluh tahun menghilang bkn la satu tempoh masa yg sekejap. Dan kes dia pun tergantung mcmtu saja. Terus rasa celik mata nak habiskan jugak buku ni! Sbb curious gila kot. Haha.

Personally, saya suka dgn cara penulis susun cerita. Kemas dan senang faham. Tak pening kepala. Watak yg dicreate mmg banyak tapi tetap kita blh ingat satu persatu. Sebab semua saling berkait. Dia buat kita curious dgn kehilangan Nina, dia jadikan Kimi as a main character dan create Deena as a new character yg buatkan kita teruskan bacaan kita sbb Deena ada muka seiras dgn Nina. Nasib baik ada Deena. So, Kimi mula rasa semangat utk teruskan penyiasatan mencari Nina.Tiba-tiba rasa mcm ikut emosi dgn watak Kimi. Kesian dekat dia. Mencari Nina dan dia punya tak putus asa tu smpai join jadi polis. Sayang betul. Haih.

Nak bagi credit dkt penulis sbb effort dia menulis cerita penyiasatan dgn baik. Tambah elemen seram juga. Good combination. Seram dia tu kdg bulu reroma ternaik jua di tangan ini. Huhu.

Ada nilai pengajaran yg blh diambil. Lagi lagi mmg zmn sekarang kita lbh terjerumus hadapi benda mcmni. Jatuh cinta dgn stranger dalam alam maya, lepastu meetup and jadi la mcm mcm. Lepastu, banyak ya manusia yg niat tak baik zmn sekarang ni. Baik laki atau perempuan. Hati hati. Kalau tak blh guna cara baik utk dpt kan seseorang tu, mungkin org tu akan guna cara jahat atau halus. Itu sahaja. Hm emo. Please jangan jadi tolol ya anak anak sekalian.

Saya sebenarnya ada la mcm teka siapa penjahat dalam novel ni. Ingatkan betul, rupanya salah weh. Rasa mcm dah teka betul dah. Ish. Cuma penjahat tu mcm oh wow, konfiusnya daku dgn perwatakan dia. Adakah dia seorang yg sasa kuat sado dan mampu belasah org yg ternyata sado mcm Salman Khan? Haha itu yg penulis gambarkan utk watak Kimi. Apa pun, congrats penulis. Masih relevan dan blh dibaca walaupun sekarang dah 2019. ✌🏻


Apr 10, 2019

Master Pasto Instant Spagehtti Terbaik!

12:19 AM 22
Master Pasto Instant Spagehtti Terbaik!


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Hai hai korang. Lama ika tak muncul di blog. Harini, baru free sikit untuk update. Tapi, kalini ika nak share dengan korang satu produk makanan halal yang best! Benda best kita kena la share share kan? So, here we go. 

Instant Spaghetti dari Master Pasto. 
Master Pasto ialah hidangan pasta segera 3 minit yang bertaraf restoran. Mudah memasak tanpa perlu berpenat di dapur. Diperbuat dari bahan yang paling segar, tidak mengandungi bahan pengawet dan perisa tambahan MSG! 

Yang penting HALAL! 


Kalau korang yang sukakan benda yang memudahkan hari-hari korang. Atau korang rasa malas ada ketikanya. Mood malas tu kadang-kadang kalau datang memang nak buat apa pun tak ada mood. Mater Pasto mempunyai 3 pilihan Instant Spaghetti buat korang pilih. 

Spaghetti Aglio Olio with Chicken. 
Spagehtti Bolognese with Chicken 
Spaghetti Mushroom Cream Sauce. 

Dalam setiap kotak mempunyai 2 Flexy Packy. Satu pek untuk spaghetti & satu pek lagi ialah saucenya. Apa itu Flexy Packy? Ianya adalah pek mudah yang selamat dan boleh dipercayai di mana ia telah melalui pengendalian dan dibuat khas untuk pembungkusan produk Lioco. 


Yang paling ika suka. Kita ada dua cara untuk panaskan flexy pack ni. Samaada guna microwace atau boiling water. 
If korang takda microwave, itu bukan alasan utk korang hee. Sebab, guna air mendidih memang tersangat la mudah. 





Dalam tiga Instant Spaghetti ni, ika paling suka Aglio Oglio with Chicken. Sebab ika suka makan pedas. So, yang ini memang paling ngam dengan selera ika. Tapi, yang lain pun sedap jugak dengan tekak ika. 
Portion spaghetti pun nice. Nak dibawa ke travel pun, ika rekomen untuk korang. Selalunya org bawak meggi gi travel kan? Sekali sekala tukar la selera. Buat kelainan. Lagipun, Flexy Pack tu bukanlah berat sangat pun. Sumbat tepi tepi bag je. Tak terasa pun. Hehe. 

Tak sampai berapa minit dah habis licin dah ika makan. Hehe. Sedap hokey gais! 

If korang berminat nak dapatkan produk Instant Spaghetti dari Master Pasto ni. Boleh singgah ke media social mereka untuk maklumat lebih lanjut.


Apr 1, 2019

BOOK GIVEAWAY BY JJM & FRIENDS (CLOSED)

7:13 AM 62
BOOK GIVEAWAY BY JJM & FRIENDS (CLOSED)



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️




Bismillah. Dah lama berhajat nak buat giveaway dekat blog. Plan memang nak buat atleast sekali la tahun ni. Maka, baru sekarang ada masa nak realisasikan. Korang tahu kan, ika suka membaca. Jadinya, hadiah giveaway ni haruslah buku. 

Jadinya, yang specialnya giveaway ni ika bercollabrate dengan beberapa blogger yang suka baca buku. Kalau ika mention nama dieorang semua, mesti korang familiar. Before tu, nak kenalkan jugak la rakan-rakan blogger yang dimaksudkan. NIA IZZATY, SIQAH, KASIHKU AMANI & NISA GREENNPANDA
Tujuan ika ajak dieorang untuk join sekali sebab nak memeriahkan lagi giveaway ni. Memandangkan ini first giveaway, ika nak buat giveaway ni sebulan. Okay? 

Mesti korang tertanya buku apa la agaknya kan? 6 pemenang dicari dalam giveaway ni dan tambahan 10 orang akan dimasukkan dalam bloglist ika untuk 3 bulan. 


JJM - Aku Jatuh Cinta // Anna Nabila & 2 Bookmarks. (1 Pemenang)
Bloglist- 3 Months (10 Orang)
NIA IZZATY  - 1. The Woman & Upped and Left// Fiona Gibson (1 Pemenang)
2. Four Weddings & A Fiasco// Catherine Ferguson (1 Pemenang) 
SIQAHIQA - Letters To God// Norhafsah Hamid (1 Pemenang)
KASIHKU AMANI- Pohon// Jemaah Seram (1 Pemenang)
NISA GREENPANDA - Psikik // Husna Rosli & Suprise Handmade Craft (1 Pemenang)

Amacam hadiah? Menarik ke tidak hihi. Sekarang kan tgh berlansungnya PBAKL. Maka, buku-buku ni semua ada di pesta tersebut ya. Dan ada antara buku-buku di atas yang masih baru piaw punya. 

SYARAT PENYERTAAN GIVEAWAY  
* Sila jujur dengan diri sendiri ya. Ika takkan check satu-satu. OK? 👌

1. Warganegara Malaysia. 

2.  Follow BlogJari Jemari MenariNadia IzattySiqahiqaKasihku AmaniGreennPandaCraftGreennnPanda88

3. Follow IG: SicaSNia IzzatyNia Izzaty FlatraySiriusiqaSha MohamedGreenPanda Craft & GreennPanda

4. Follow FB Siqahiqa PageKasihku AmaniGpandacraft

5. Follow GoodreadsSSSiqahiqaKasihku AmaniNisa Greennnpanda

6. Copy Banner & buat satu entri bertajuk "Book Giveaway by JJM & Friends" (Pls Backlink)

7. Publish entri kalian & tinggalkan link di komen. 



CARA PEMILIHAN PEMENANG: RANDOM.ORG
TARIKH GIVEAWAY: 1 APRIL - 30 APRIL 2019 

P/S: Sepanjang berlansungnya giveaway ni, ika akan update Senarai Peserta and korang boleh la saling kunjung-mengunjungi tau. Sambil-sambil tu mengeratkan ukhuwah antara satu sama lain. Kalau mendapat sambutan giveaway ni, posibility penambahan hadiah tu besar. Hee

   SEMOGA GIVEAWAY NI MENDAPAT SAMBUTAN DARI RAKAN BLOGGER & ALL THE BEST! 



PESERTA