Jun 24, 2018

# Movie

Ending Rahsia Hati Perempuan/ Spoiler.


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Rasanya last ika layan drama Melayu yang betul betul tengok is Awak Sangat Nakal. Yang Ayda Jebat dengan Sharnaz. Bukannya apa. Layan drama tu sebab comel je dieorang. Tak prefer sgt layan adaptasi novel sebab kadang tu mcm tak capai expectation and cut scene. Tapi baru baru ni, ika addicted dengan satu drama Rahsia Hati Perempuan. Rasanya drama ni bukan adaptasi novel. Kan? Ke memang ada novel? Correct me if ika salah.

Selain dari storyline yang kuat dan complicated ever. Ika suka semua pelakon dalam drama. Insecure teruk tengok Mira Filzah and Uqasha haha. Cantik ya amat. And the main reason is storyline dia mengingatkan ika dengan cerita Mujse Dosti Karoge. Lepastu, tengok dieorang dua buat video lagu Andekhi Anjaani. Haih, lagi la mood nak tengok tu berdesup naik. Hee.




Dah habis dah pun kesemua episod untuk drama ni. And ika one of the person yang meroyan tgk ending drama ni sebab misteri gila ending dia. Haha. Micheal Ang mcm suruh kita as a penonton predict sendiri la apa maksud senyuman Arissa (Uqasha). Masih tak boleh move on sebab masa dia senyum tu, ika cam harap sangat yang takda keluar lagu Khai Bahar & Fatin tu haha. 

Alih alih memang habis betul. Micheal Ang mmg ada reason dia tersendiri kenapa dia habiskan cerita camtu. Katanya, senyuman Arisa ada kaitan dengan tajuk Rahsia Hati Perempuan. Arissa kan simpan rahsia pasal anak Zain tu hee. 

Good Moral Value: Persahabatan yang erat antara dieorang ni kita boleh ambik contoh. Walaupun banyak dugaan. Still, dieorang ada for each other bila dalam kesusahan. 
Watak Ilaina yang Mira Flizah bawak sumpah paling annoying. Pentingkan diri dia sendiri. Huu. T.T

Puas hati atau tak tu. Kena terima je la ending nya sebegitu rupa. Ika suka semua watak dalam cerita ni sebab semua watak menjadi. Menyampah dengan watak Suraya (Ogy) sebab jahat sangat. Annoyed dengan perangai Illaina (Mira Filzah) sebab suka pentingkan diri. 
Kesian dgn Mika(Fikry)and Arissa (Uqasha) sebab jadi mangsa keadaan and selalu berkorban ttg perasaan atas sebab nak jaga hati sahabat. 
And rasa sedang sedang dgn watak Zain (Hisham Hamid) sebab dia jenis lalangs haha. 

Overall, Siapa yang tak suka tgk klise drama. Boleh tgk drama ni rasanya sebab lain. Hee.
Korang layan drama apa sekarang? Share la. 

15 comments:

  1. Paling kesian Arissa lah.. Akak pun menyampah gila dengan Illaina.. sangat pentingkan diri.. Kalau dia terus terang je dekat Mika kan senang tapi memang menyampah lah.. Ending dia pun menyampah.. hahaha..

    ReplyDelete
  2. tak silap saya drama ni adaptasi novel. sebab rasanya pernah baca novel tu dulu hahaha. if i'm not mistaken lew hehehehe.

    btw,jemput join segmen blog saya :D

    ReplyDelete
  3. Fikry tu hehe dari melawak ke blakon. jadi antara hero tuu..

    ReplyDelete
  4. hai ika. dtg blogwalking sini malam ni. alaa tak tengok la cerita ni.dah lama tak layan drama, asyik bizi je manjang

    ReplyDelete
  5. tak pernah tgok cerita ni kat tv. haha

    ReplyDelete
  6. alamakk semua tak suka Illy? to me Illy tu lagi kesian sebab dia tahu dia cinta Zayn dan Zayn cinta dia tapi Zayn let go of her sbb Mika. Illy confront Zayn tp Zayn ttp nk lupakan Illy. Seksa Illy tau..hehehe. Umi boleh rasakan watak Illy mcm watak Anis dalam novel Cinta Untuk Disewa..suka sama suka, sayang sama sayang tapi mcm Zayn dan Illy la jugak..

    sorry..tu from my view jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. aida nak setuju jugak la dgn fuzy.
      ilaina nak bersama zayn dan berterus terang dgn mika.
      zayn tak nak, demi persahabatan...
      then, ilaina follow...
      if zayn nak berterus terang, dia dan ilaina pun happy.
      mika bujang, boleh la arissa bersama mika.

      Delete
  7. oo igt yg ni pn klise jugak. tu yg tk layan

    ReplyDelete
  8. hahah kite mmg tak layan drama melayu kikiki

    ReplyDelete
  9. Tak boleh terima ending jugak. huhu
    harap Zayn kahwin semula dengan Arissa. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aida plak berharap yg Mika tak mati.
      pulih spt sedia kala.
      and happy bersama Arissa till jannah hi hi hi...

      Delete
  10. Tak pernah lagi tengok cerita ni

    ReplyDelete
  11. target nak tengok cerita ni jugak tapi takut tak best. Nak try lah :D

    ReplyDelete
  12. few episod sebelum yg terakhir aida tertinggal.
    sebab mcm agak boring. asyik sini berkorban, sana berkorban.
    gitu gini ajer. tak sempat lagi klik kat utube.
    but episod terakhir aida tgk, ika.
    yes. ending nyer mcm tergantung la skit.

    ReplyDelete
  13. Sebaiklah Hana tak terbabit dengan drama ni,kalau tak memang boleh depress berhari-hari since ending dia buat ramai tak puas hati! hahaha

    ReplyDelete