REVIEW TELEFILEM 6 ENAM - Jari Jemari Menari

May 3, 2018

REVIEW TELEFILEM 6 ENAM


Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

Lama betul menyepi dari entry baru. So, ika decide untuk merajinkan diri malam ni untuk update sesuatu. Hee. 
Actually ika ada tengok sekali imbas dekat tv pasal telefilem ni. Ika jarang layan telefilem unless ika rasa telefilem tu buat ika rasa curious. Haih, taktahu la. Ika selalu layan sesuatu bila mood curious datang. Nak dijadikan cerita, memang termiss pun nak layan cerita ni masa 28hb tu. Ika tgok ulangan sehari lepas tarikh tu. 



                                                               SINOPSIS                                                                

Kisah sebuah keluarga yang pergi ke Kuala Lumpur untuk bercuti dan menyewa di sebuah hotel. Kejadian aneh mula berlaku apabila mereka terperangkap di tingkat 6 dan tidak menjumpai kalan keluar dari situ. 

Pelakon: Janna Nick, Fikry Ibrahim, Danish Hazriq, Zain Hamid dan Akmal Ahmad. 
Pengarah: Syed Fariz 


                                                                REVIEW                                                                 

Ika nak sentuh pasal watak dalam telefilem ni. Personally, ika rasa watak Fikry sangat relaks. Masa nak hujung hujung cerita baru dia mcm mula nak feel watak tu. Ika tahu dia boleh berlakon apa saja watak. Cumanya, untuk genre seram. Maybe dia boleh belajar lebih lagi Hee. Kalau watak yang lain mcm Janna Nick tu ika rasa face expression dia mcm kurang sikit. Watak penyambut tetamu win. Misteri nusantara betul haha. This is just my personal view. 

Kalau ikut ika. Ika rasa jalan cerita ni ada sana sini part yang boleh dikatakan klise. Sebab ika boleh agak what is going to happen next. next and next. Klise untuk ika ialah itu. Ika tak nafikan yang memang ada banyak dah movie yang jalan cerita lebih kurang sama saja. 
Tapi, apa yang menariknya. Ika suka bilamana, hotel yang dieorang duduk ni. Boleh rasa keseraman walaupun kita duduk tengok saja. Phew. 


Teringat pulak dekat Hotel masa ika pergi Bangkok. Haha. Suram je. 

Part yang ika tak suka dalam telefilem ni contoh pekerja yang sambut tetamu. Sumpah mamat tu scary. Ketuk semua pintu pun takda respon. Hotel yang sunyi suram lagi menambahkan mood seram tu. And also, bila part Fikry dengan beraninya berjalan dekat hotel tu sorang sorang. Oh please. Haih. 

Overall, kalau korang nak tahu apa ending cerita ni. Berjaya tak keluarga ni lepaskan diri dari tingkat 6 hotel ni? Korang kena la tengok. 


RATE⭐️⭐️⭐️

And eh. Kenapa eh dalam banyak banyak lagu. untuk telefilem ni. Depa pi pilih lagu Suriram? Seram la tahu tak. ๐Ÿ˜”

21 comments:

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

dah tengok citer ENAM ni , best la jugak .. mula-mula cam boring sikit ,, ending dya seram,hhee

Sha Mohamed said...

Tak tengok cerita ini tapi ada ternampak iklannya.. Kikiki..ce bagi tahu ending dia apa..

anakdenesor said...

perghh gila la...tapi tak tau nak tgk kat mana..

SIQAHIQA said...

Tak tahu pun wujud telemovie ni. Lama dah tak tengok telemovie nanye. Siqah suka both pelakon tapi betullah maybe first time dorang berlakon watak camni kan, ada lagi nak kena belajar.

Kalau ada ulangan nanti Siqah tengok. Maybelah, kalau ada teman. Sebab Siqah tak layan cerita seram sorang2 ๐Ÿ˜‚

Shafyqah Azahar said...

teringin jugak nak tengok tapi mcm takberani je

Farhana Jafri said...

selalu jugak tengok iklan ni masa lunch. Teringin nak tengok tapi tak berani :(

Ika.S said...

Betul tu. Mmula dia slow je ceritanya tapi nak hujung hujung dh okay sikit hee. ๐Ÿ™Š

Ika.S said...

Kak sha ending nya kann dia hanya bermimpi di malam hari ๐Ÿ™Š Haha

Ika.S said...

Dekat astro ada ulangan hehe. online pun ada. Cuba tengok dekat youtube ☺️

Ika.S said...

baru je siqah citer ni. Minggu lepas rasanya. sama la ika pun tak la cm suka sgt tgk. Tapi alang alang tgk citer pasal hotel. seram pulak tu yg nak tgk keseramannya. ahah. Ala siqah ada partner boleh suruh temankan tgk hee

Ika.S said...

Hehe suruh la sesiapa teman wak kalau tak berani hee ☺️

Ika.S said...

Hee kalau cmtu boleh tgk siang hari hehe.

Ciktie said...

Teringin nak tengok la

Shikin Razali said...

Akak baru tengok semalam kat rumah client urut akak.. hihi mula-mula memang boring tapi dah nak akhir-akhir tue baru pelakon tue nampak feel seramnya.. overall akak rasa okey jugak, Janna Nick pun nmpk okey jea berlakon..

Ika.S said...

Hee ada ulangan dekat astro sis ☺️ Boleh tengok hee

Ika.S said...

Hee mmula nampak cm slow sikit kan. Janna nick berlakon okay je cumanya kalau watak cm utk cerita seram. Mesti dia boleh buat lbh dari tu hehe. Hujung hujung betul la mcm akak kata. Baru feel. Hee

Ala Woo said...

Alaa mcm best jee sbb Janna ni pandai berlakon.

Ika.S said...

Hee nanti awak tgk la :) Kalu awak minat Janna nick mesti layan punya hee

Zinnia Z A said...

rasa nak marah pun ada bila tengok cite ni sampai habis.
ntah pape. hahaha
tp setuju tang penyambut tetamu tu.
muka mamat tu buat kita rasa takut.
dengan ton suara dia lagi.

Anonymous said...

Tah pape and slow benar cite dia.

Yatt said...

Lokasi pgambaran telemovie ni bkn kat AmberCourt Genting ke..mcm sama je..hehe #tanyaje ✌����