BOOK REVIEW - PUAKA BUNDLE BY AYDA ARIANNA

10:31 PM




Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Kebetulan semalam singgah ke Chapter One. Niat sebenarnya nak tgk kot kot la kan buku PBAKL2019 dah muncul dekat bookstore. Sebab tengah mencari Memori Inara- Sara Aisha & banyak lagi. Tapi, alih alih kaki berjalan ke rak Siri Seram. Lama dah perhatikan, cuma rasa mcm nanti-nanti nak beli. Tapi, semalam beli jugak sebab kenot tahan. Haha. 

Sampai rumah, sementara nak tunggu waktu berbuka. Ika baca la buku ni memandangkan ianya nipis. Semalam beli, semalam jugak habis. So, taknak tangguh, terus rasa nak update dekat blog. 











Puaka Bundle
My Rating: 3 of 5 stars 
Year: 2018 
Author: Ayda Arianna 
Page: 122 Pages 
Price: RM 10

Penulis yang merupakan isteri kepada novelis seram Saidee Nor Azam ni rupanya ada bakat menulis cerita seram. Not bad. Tak expect pun sebenarnya cerita pasal kedai & baju bundle boleh dijadikan cerita seram. Normally, kita kalau pergi kedai bundle mesti akan nampak banyak sangat barang-barang rare. Yang kita tak pasti dtgnya dari mana dan sebab kenapa org tu tak mahu dah barang tersebut. 


Dalam cerita Puaka Bundle ni, baju T Guns N' Roses, Use Your Illusion World Tour 1992 menjadi sangat berhantu ya anak-anak. Sampaikan sesiapa saja yang membeli dan memakai atau orang yg menjual baju tersebut akan terkena tempias. Banyak benda yang terselindung di sebalik semua yang terjadi. Orangnya dekat saja tapi kita yg tak nampak. Gituw! Terkesan juga dgn beberapa perkara dalam ni contohnya surat merah jambu buat Wadi. 



Tiba-tiba rasa macam nak tahu apa rupa T Guns N's Roses Use Your Illusion World Tour 1992. Bila google, inilah rupanya. So, sekarang dah dapat clear view pasal baju yang diceritakan dalam Puaka Bundle ni. 



Ini cerita mengenai 'itu' yang lari dari kebiasaan. Bukan mcm selalu org ceritkan. Sebab tu, ada sedikir kelainan la yang dibawa oleh penulis. Sesungguhnya, kita semua tahu benda yang syirik tahyul dan sebagainya sangatlah bertentangan dgn agama dan boleh terpesong akidah. 


Ika rasa untuk sesiapa yang baru nak berjinak-jinak nak baca buku seram. Boleh cuba baca siri ni. Sebab nipis dan jalan cerita simple. Korang tak sempat nak meremang bulu roma lama-lama, dah habis baca. Haha. Lepastu, kalau kena dgn selera korang. Boleh cuba beli novel yang tebal pulak. Okay? 



Misi seterusnya nak kumpul semua. Dah alang-alang terbeli satu, kita beli semua haha. Mata tertarik nak dapatkan
Puaka Taman Tema. 




You Might Also Like

10 comments

  1. Hahaha banyak jugak siri puaka dia. Boleh usha jugak ni nanti. Tak sangka t-shirt Gun N Roses boleh jadi cerita seram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha itulah. Banyak pilihan. Nanti usha la. Mana tahu berminat. Hihi. Kan. Citer psl T shirt pun blh jadi cerita hee

      Delete
  2. Memang menarik siri ini.. Tak sempat seram lelama, dah habis.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Kak sha faham kan perasaan tak smpat nak seram lama-lama tu hehe

      Delete
  3. omaiii baru nak berjinak jinak baca buku seram..mungkin bole cuba ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes AD. Boleh cuba baca yg ni. Nipis je. Cpt habis hehe

      Delete
  4. pernah baca kes betul.. ada org beli baju bundle lps tu kena gangguan dr owner baju yg dh meninggal. cerita lebih kurang sama

    ReplyDelete
  5. Wow banyak sirinya. Macam menarik semua. Hehe. Nipis senanglah nak baca. Kalau tebal tu cuak jugak. Hehe

    ReplyDelete

TOP COMMENTATORS ♥

Subscribe