Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Kebetulan semalam singgah ke Chapter One. Niat sebenarnya nak tgk kot kot la kan buku PBAKL2019 dah muncul dekat bookstore. Sebab tengah mencari Memori Inara- Sara Aisha & banyak lagi. Tapi, alih alih kaki berjalan ke rak Siri Seram. Lama dah perhatikan, cuma rasa mcm nanti-nanti nak beli. Tapi, semalam beli jugak sebab kenot tahan. Haha.
Sampai rumah, sementara nak tunggu waktu berbuka. Ika baca la buku ni memandangkan ianya nipis. Semalam beli, semalam jugak habis. So, taknak tangguh, terus rasa nak update dekat blog.
Sampai rumah, sementara nak tunggu waktu berbuka. Ika baca la buku ni memandangkan ianya nipis. Semalam beli, semalam jugak habis. So, taknak tangguh, terus rasa nak update dekat blog.
My Rating: 3 of 5 stars
Year: 2018
Author: Ayda Arianna
Page: 122 Pages
Price: RM 10
Penulis yang merupakan isteri kepada novelis seram Saidee Nor Azam ni rupanya ada bakat menulis cerita seram. Not bad. Tak expect pun sebenarnya cerita pasal kedai & baju bundle boleh dijadikan cerita seram. Normally, kita kalau pergi kedai bundle mesti akan nampak banyak sangat barang-barang rare. Yang kita tak pasti dtgnya dari mana dan sebab kenapa org tu tak mahu dah barang tersebut.
Dalam cerita Puaka Bundle ni, baju T Guns N' Roses, Use Your Illusion World Tour 1992 menjadi sangat berhantu ya anak-anak. Sampaikan sesiapa saja yang membeli dan memakai atau orang yg menjual baju tersebut akan terkena tempias. Banyak benda yang terselindung di sebalik semua yang terjadi. Orangnya dekat saja tapi kita yg tak nampak. Gituw! Terkesan juga dgn beberapa perkara dalam ni contohnya surat merah jambu buat Wadi.

Ini cerita mengenai 'itu' yang lari dari kebiasaan. Bukan mcm selalu org ceritkan. Sebab tu, ada sedikir kelainan la yang dibawa oleh penulis. Sesungguhnya, kita semua tahu benda yang syirik tahyul dan sebagainya sangatlah bertentangan dgn agama dan boleh terpesong akidah.
Ika rasa untuk sesiapa yang baru nak berjinak-jinak nak baca buku seram. Boleh cuba baca siri ni. Sebab nipis dan jalan cerita simple. Korang tak sempat nak meremang bulu roma lama-lama, dah habis baca. Haha. Lepastu, kalau kena dgn selera korang. Boleh cuba beli novel yang tebal pulak. Okay?
Misi seterusnya nak kumpul semua. Dah alang-alang terbeli satu, kita beli semua haha. Mata tertarik nak dapatkan Puaka Taman Tema. |
20 comments:
Hahaha banyak jugak siri puaka dia. Boleh usha jugak ni nanti. Tak sangka t-shirt Gun N Roses boleh jadi cerita seram
Haha itulah. Banyak pilihan. Nanti usha la. Mana tahu berminat. Hihi. Kan. Citer psl T shirt pun blh jadi cerita hee
Memang menarik siri ini.. Tak sempat seram lelama, dah habis.. hehehe..
omaiii baru nak berjinak jinak baca buku seram..mungkin bole cuba ni
terbaek ni :)
Kan. Kak sha faham kan perasaan tak smpat nak seram lama-lama tu hehe
Yes AD. Boleh cuba baca yg ni. Nipis je. Cpt habis hehe
Yes. Terbaik.
pernah baca kes betul.. ada org beli baju bundle lps tu kena gangguan dr owner baju yg dh meninggal. cerita lebih kurang sama
Wow banyak sirinya. Macam menarik semua. Hehe. Nipis senanglah nak baca. Kalau tebal tu cuak jugak. Hehe
menarik.... tp akak tak berani nk beli bila dia punya cover gambar depan tuh mnyeramkan betul
kalau baca cerita seram akak minat jnji takde nampak gambo seram heheheh...
cerita seram ni saya tak minat sangat nanti takut asyik teringat cerita dia kadang sampai 2 hari baru boleh nak move on..hehe
tak nak bacaaaaaa hahaha
Terima kasih ika atas review utk novel pertama ayda...Ayda sangat berhantu dengan pakaian bundle.Jika pergi ke kedai bundle,ayda tidak malu or segan tau untuk hidu bau pakaian bundle yg dipamer.
Dalam novel nipis nie jgk diselitkan kisah benar berdasarkan perceritaan kawan sekampung ayda yg bekas pengemar dan penjual pakaian...maka terbitlah PUAKA BUNDLE...
HAHA why ray? Why?
Ika rasa mcm pernah terbaca jugak. mungkin kita terbaca kes yg sama. Hee
Ye Yea. Banyak siri. Hee and semua nampak menarik. Sekejap je dh habis. Best.
Hehe. Gambar cover page buat akak takut ya. Tapi mmg cover page dia nampak seram. So real. Hehe
Hehe lamanya nak move on. Kena dua hari. Lama jugak ya. Mana tau kalau rasa teringin nak baca ke, boleh cuba yg ni hee
ala terus seram nak pergi bundle. dah la suka beli baju seluar dekat sana.
Post a Comment