BETUL KE 11 SEN UNTUK SATU BARANG? - Shopee Haul 11 Sen & Free Shipping - Jari Jemari Menari

Nov 26, 2020

BETUL KE 11 SEN UNTUK SATU BARANG? - Shopee Haul 11 Sen & Free Shipping

 

Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Harini, ika nak share pengalaman membeli barang harag RM 0.11 sen pada 11.11 Sales di Shopee baru-baru ni. Sebenarnya, ika ada follow satu youtuber muda bernama Aina Maisara. Dia selalu sangat update youtube dia dengan barang-barang yang dia selalu shopping kalau ada sales dekat shopee. Lagi tertarik sebab dia dapat beli semua tu dengan harga sen dan free shipping yang semestinya. 

Jadinya, ika ni pun curious la. Memang si Aina ni dia ada ajar macam mana nak beli macam dia beli. Tapi entah kenapa bila cuba tak menjadi. Sampailah dia ada up satu video tutorial dekat youtube dia. Memang step by step dia ajar. Akhirnya, ika pun dapat la beli barang-barang random dengan harga 11 sen sahaja. Diulangi ya. 11 sen! Seronok sampai tak sedar add banyak ke cart. 

Cumanya, setiap pembelian barang 11 sen ni, hanya 1 barang untuk seorang. Kira kita tak boleh beli banyak la. Dan once kalian dah masukkan dalam cart tu kena terus checkout. Sebab dia ada masa. If kita lambat, harga akan berubah means maybe semua barang yang dioffer dengan harga 11 sen tu dah habis diredeem. Begitulah istilahnya. Yang penting nak memudahkan untuk checkout tu, korang boleh topup Shopee Pay korang. Senang tak payah nak ke online banking. 

Barang yang ika beli memang tersangatlah random. Dan percayalah walaupun sekecil-kecil barang yang kita beli, seller tetap akan hantar. Packaging dia memang kecil-kecil je. Tapi, kira okay la sebab rata-rata parcel ika setakat ni semuanya dalam keadaan sangat baik dan siap ada bubble wrap lagi walaupun barang tak seberapa. Dan juga, masa nak tunggu barang sampai pun tak lama. Sekejap juga. 

Barang dekat atas lebih banyak getah rambut. Sebab ika kebetulan memang perlukan getah rambut. So, borong je la semua getah yang dieorang offer. Memang berbaloi sangat and barangan lain tu pun memang akan digunakan. Maka, tiada pembaziran dan ika jimat banyak sangat. Total semua barang dalam 50 barang. I'm happy girl in the world sebab berjaya dengan percubaan pembelian pertama ni. Nanti nak dekat 12.12 ika buat sekali lagi entry step by step okay? Atau kalau korang dah clear dengan tuto step by step dari Aina tu. Should be okay :)

See you guys in my next entry.

9 comments:

Dila Faizal said...

heheh ok ditunggu 12.12 ;)

Atie Zieya said...

aduh.. 12.12 tak lama lagi dah.. rasa mcm baru ja bayar duit CC utk 11.11 hari tu haha

Rasyidah said...

hehehe tak tahu..nanti sis ajarla step by step kami nak tahu!! hehhehhehe

Aiman Salleh said...

saya nak beli banyak jugak tapi tetiba voucher free shipping dah habis.. sempat checkout 3 barang ja :') cuba lagi 12.12 haha

Syazni Rahim said...

untung kan, semua barang cute2

Ika.S said...

Untung sangat sis. Lagi lagi kalau ada benda yang kita nak :)

Ika.S said...

Sama sis. Ika nak repeat order juga 12.12 nanti :)

Shida Radzuan said...

beli byk dlm kedai yg sama berbaloi ^_^

Sha Mohamed said...

Pernah nak cuba tapi lepas tu terlupa dan terlepas.. hehehe