Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥
Bermalam di sebuah rumah kosong satu malam, menang RM 100,000. 💢
Jadi, saya rasa saya dah boleh agak pattern permulaan cerita yang berkaitan dengan survival game ini macam mana. Mesti kena ada orang yang terdesak, tempat mewah yang sunyi & wang yang besar dipertaruhkan untuk menarik perhatian pemain.
Sama seperti Jia, 3 bulan dibuang kerja & hutang sewa rumah semakin bertambah. Jadi, Jia mengambil peluanh yang ada depan mata untuk dapatkan wang dengan cepat. Setibanya di sana, sudah semestinya bukan hanya Jia saja yang join permainan ini. Ada lagi 4 orang (3 lelaki &2 perempuan termasuk Jia). Jia disambut oleh seorang makcik yang bengis. Jap jap, makcik tu siapa sebenarnya?. Sebab dia terus kekal misteri sampai ke penghujung cerita. Dia balaci dekat rumah tu atau dia mastermind?.
Mereka yang ada di dalam rumah itu mula beriteraksi sesama sendiri. Ada antara mereka yang join disebabkan memang inginkan duit & for FUN! Hm. Memang satu tindakan gila dan tak masuk akal. Mana ada benda yang hanya sesenang itu saja di dalam dunia ini. Nak duit kena kerja geng. Sehinggalah tibanya makan malam. Mereka diberikan makan malam sebelum permainan dimulakan.
Tepat pada pukul 12 malam, permainan telah bermula. Siapa yang masih kekal hidup sehingga siren terakhir dibunyikan pada jam 6 pagi, dialah pemenangnya. Jadi, antara mereka berlima hanya 1 saja yang perlu kekal hidup. Apa yang akan terjadi seterusnya?
First, orang yang cipta permainan survival sebegini memang orang gila. Orang yang suka mengambil kesempatan atas kesempitan manusia yang benar-benar memerlukan. Cerita ini, mengingatkan saya dengan banyak cerita yang sedia ada baik movie atau di dalam buku. Tapi, cerita ini masih ada origanilitynya. Walaupun saya dah dapat agak apa yang akan jadi. Tapi, saya masih tetap teruja untuk mengetahui selanjutnya. Syarat nak survive itu nampak mudah tapi bagaimana caranya itu yang susah. Orang yang asalnya berhati baik sekalipun boleh jadi setan dalam sekelip mata hanya kerana duit. Bagi saya setiap watak itu memainkan peranan mereka yang tersendiri (ada yang menjadi pelindung, so-so, pasif & gila seperti yang saya ceritakan.
Second, ending memang geram sikit. Saya rasa mungkin penulis nak panjangkan cerita ni sebab tu endingnya sebegitu rupa. Atau mungkin disengajakan ending camtu. Jadi mungkin terpulang kepada pembaca untuk menerima atau tidak. Kan ?.
Walaupun mereka ini diberikan peluang untuk memilih senjata masing-maisng. Tapi, kalau tak reti guna tak ada faedah juga. Tapi, saya perasan Orang yang buat game tu sengaja letakkan senjata di merata tempat. Untuk bagi pemain pilih senjata masing-masing la kot kan?
Apa pun, satu percubaan yang baik dari Kakak Ayumi kita yang lawa <3
1 comment:
kesempitan hidup b40 adalah hiburan kepada t20, tengok lah dalam the hunger games tu.
Post a Comment