Reading Challenge Goodreads 2019 (Jan-April) ✅ - Jari Jemari Menari

May 2, 2019

Reading Challenge Goodreads 2019 (Jan-April) ✅




Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Dah masuk bulan May dah. Tak sangka cepat betul masa berlalu. Nak alu-alukan kedatangan bulan May dengan senyuman. Sebab May my favourite month. 

So, saja nak share dekat blog pasal buku yang ika dah baca selama 4 bulan.  Tahun ni ika aim untuk baca atleast 100 buku. Kira sampai hujung tahun la. Tapi, saja ika target sikit dekat Goodreads. Letak 30 buah dulu. Sebab biasalah, kalau nak aim ni. Angan tu tinggi jgk. Bulan lepas ika dah settled kan 30 buah. Agak lambat jugak la kalau nak dibandingkan dgn org lain yang baca berdesup. Fuh jeles. 

Even dah sampai target kecil 30 buah. Ika masih tetap membaca. Apa yang bestnya GR ni. Ika sendiri dapat tgk buku-buku apa yang ika dah baca tahun ni. Tahun ni, selain physical book. Ika baca dekat PNMeReader jugak. Kenal PNMeReader pun dari Kak Sha. Thanks to Kak Sha.  



Mostly, novel cinta ika baca dari PNMeReader. Disebabkan lambakan novel cinta. Ika jadi sampai taktahu nak beli yang mana. Plannya, if buku yang dibaca di ebook tu best. Ika akan dapatkan physical book utk simpanan ika. Gituw! Doakan ika dapat la lepas target angan-angan ika tu. Hee. 

Let's see buku berapa star rating yang ika bagi:- 

1. Suamiku Paling Sweet//Anjell 
2. Pewaris Takhta Cinta // Siti Khadijah 
3. Dendam Cinta Semalam//Nurul Ain Syuhada 
4. Gelap // Ariff Adly 
5. Ini Buku Seram // Resmansyah 

6. Revenge // Muhammad Fatrim 
7. Kacau // Ariff Adly ⭐⭐
8. Pemangsa // Muhammad Fatrim ⭐⭐
9. Terus Mencintaimu // Eliza A
10.Bila Cinta Milik Dia // Sharina Elisa ⭐⭐⭐

11. Ngeteh Di Kubur Ayah// Hamka Kereta Mayat ⭐⭐⭐⭐⭐
12. Borong di China // Kapt Norisham Kadmin ⭐⭐
13. MILI Pikat Hati Dia // Ashany ⭐⭐
14. Saat Hadirnya Cinta Dia // Zura Asyfar ⭐⭐
15. Lelaki Neraka // Asraf Shaari ⭐⭐⭐

16. Menunggumu Di Pintu Syurga// Linda Rafar ⭐⭐⭐
17. Bersatu Selamanya // Royal Keross ⭐⭐
18. SAMURAI // Dekna Lee ⭐⭐⭐⭐
19. LUTH // Wawa Taufik ⭐⭐⭐
20. Jauh // Aisya Sofea ⭐⭐⭐

21. Kerana Aku Suamimu // June Muhammad ⭐⭐
22. Semanis Tomato // Freesia ⭐⭐⭐
23. Izinkan Aku Mencintai Dia // Aien Dhiyauddin ⭐⭐⭐
24. Isteriku 19 Tahun // Cik Gadis ⭐⭐⭐
25. Epidemik T // HE ⭐⭐⭐

26. Isteri Tak Dijangka // S.N Hidayah Haron ⭐⭐
27. Mr Killer Smile// Ruby ⭐⭐⭐
28. Bougainvillea // Picky Sidique ⭐⭐⭐⭐
29. Bulan Cinta // Mimie Afinie ⭐⭐⭐
30. Sonata Cinta Afro // Azie Yana ⭐⭐

Anyway, star rating dan review yang ika tulis dekat GR bukan la untuk meng-downkan penulis. Sebab ika sangat salute dgn semua penulis dekat Malaysia ni. Bukan senang nak menulis. Ika sendiri pun kalau disuruh menulis akan terkial kial nak mencari idea. Cumanya, kalau kurang dari 3 bintang tu. Ika ada sebab tersendiri. 

Ika tetap akan cakap yang setiap buku tu masih tetap ada keistimewaan tersendiri. Kalau nak tahu, kena la baca. Sebab taste kita semua kan berbeda! Kan? Doakan la ika rajin nak up review dekat blog juga. Hehe. 

Korang tengah baca buku apa sekarang? Ada buku yang nak direkomen? 
or ada yang nak derma buku dekat ika? jkjk Haha

See you guys in my next entry InshaAllah. ❤️️


39 comments:

ray said...

now that is impressive. i only finish one or two books since jan ahahaha

Shikin Razali said...

Wow, akak rasa kagum dengan awak Ika sebab dah banyak awak baca buku.. hihi akak nie satu buku pun belum bacaa lagi.. ada target tapi macam tak kesampaian jea target tue..

YEASLMN said...

Bagusnya 30 buku dh selesai. Membaca amalan mulia :) Hehe

Ciktie said...

Fuyooo dah 30 dah !! Kita baaru berapa ni.. liat sikit tahun ni hehe

Sha Mohamed said...

tengah cuba nak baca Kougar tapi asyik lah buka tutup, buka tutup je..

Abam Kie said...

abam kie x larat nak baca novel skrg. cuma mampu baca akhbar n majalah aje. Tahniah, Ika!

Tiara Sapphire said...

gudluck ye ika untuk capai target tu :D

Farah said...

Saya tahun ni baru je baca satu ke dua buku je. Tak sabar nak balik Malaysia sebab banyak buku menunggu.

Ika.S said...

Hehe thankyou Ray. At least baca Ray. Hehe

Ika.S said...

It's okay Farah. Asalkan ada niat nak membaca. Nanti dah balik Malaysia. Boleh dptkan banyak buku best best ✨

Ika.S said...

Hey thanks Tiara ☺️

Ika.S said...

Akhbar dan majalah pun bahan bacaan juga. 🙂 Terimakasih Abam Kie.

Ika.S said...

Hehe kougar fixi ya kak sha. Kenapa buka tutup 🙊 Ini mesti kena cari mood baik punya ni baru blh baca kot. Hehe

Ika.S said...

Ada masa lapang sikit ciktie. Itu blh baca 30 buah. Kalau tak mmg 1 pun tak jalan hehe. Takpe ciktie slow slow hehe

Ika.S said...

Hehe. Yes. Membaca amalan mulia. teringat ayat ni masa sekolah. Famous. Hehe.

ray said...

hehe i guess that's better than none at all kan. yayyy

Ika.S said...

Terimakasih kak shikin. Hee. Tapi kalau ikutkan, ika ni kategori biasa saja. Org lain ada yg nak cecah 100 buku pun ada hehe. Takpe kak shikin. Slow slow. Ada masa blh baca 🙂

Tqa London said...

Cemburu jugak tengok orang yang cepat habiskan buku ni. Macam Tqa, lambat sikit nak habis walaupun free time banyak. Anyway good luck to you and may you reach your reading goals.

Ika.S said...

Ya Ray. As long as Ray ada niat nak membaca tu hee ✌🏻

Ika.S said...

Hee Ala Tyqa. Jgn mcmtu. Sbb kita semua punya cara membaca lain lain. ada yang suka baca nonstop sampai tak buat kerja lain. Ada yg sambil-sambil buat kerja curi buat benda lain sama. setiap pembaca berbeda. hee. Thankyou so much Tyqa ✨ InshaAllah. Hope so.

Cuya said...

Saya baca buku kanak2 je...seronok tengok gambar lukisan kartun XD..

Nak baca novel,tapi....belum dapat mood lagi...kita tunggu la dua tiga hari ni

Dahlah buku novel banyak pending!bila tah Cuya nak baca :P

Ika.S said...

Hihi. Baca buku apa pun tak apa Cuya. Buku kanak2 pun ttp kategori buku. ✌🏻 Semoga kita smua dapat baca buku yg dipendingkan secepat mungkin.

Farrah MF said...

Wah, dah capai target! Tahniah, Ika.
Akak tahun ni baca tu baca...tapi macam biasa, tak update kat GR. Dah nak setengah tahun, menyesal sendiri 🥴

Emerald said...

Skrg tak baca apa lgi tpi bru hbis haritu ..tericipta satu ikatan

Ika.S said...

Tercipta satu ikatan tu karya siapa? Hee. Eh kira baca la tu.☺️

Ika.S said...

Hee thankyou sis ✨ Dah capai target tapi ttp nak teruskan mmbaca hehe. Sbb tak blh stop. Hehe kes sama cm ika beberapa tahun lps. Buat dek je dekat GR. Tahun lepas dgn tahun ni baru rajin update. Hehe ☺️

Sha Mohamed said...

tak tahulah kenapa.. Tak boleh nak klik kot.. hehehe.. Nantilah sambung.. :)

Emerald said...

Laydee amarfi.
Haha, ya lah . .Kira baca lah tu .tpi mmng target tu jka dulu masa lpas beli. ..Sekrg dlm mood mncri nak baac apa

Ika.S said...

Haha takpe faham faham. Nak tau kak sha baca ke tak kena tngu update dekat blog la hehe

Ika.S said...

Oh tak pernah dgr dan baca lagu nama penulis tu. Selamat membaca ✨

Emerald said...

Terbitan idea kreatif. Sblum ni kenal dia dri novel first nya. . Mrs kamil

Rini Ismail said...

Kalau bacakan buku cerita untuk anak tu boleh dikira masuk dalam list tak :P

Ika.S said...

Hehe yesss boleh dikira masuk kak. Sbb dlm masa yang sama akak tetap baca. Hihi comel comel je hehe

ejulz said...

terbaek.. selamat membaca :)

Farhana Jafri said...

Fuhhh power lah Ika dah capai target! Baru nak menginjak buku ke4 untuk tahun ni hahahahaha

ray said...

weeee thank you. yes niat tu sentiasa ade. semoga Ray pun boleh habiskan semua buku yg ada. aamiin

shima jelani said...

Terbaik sis boleh baca 30 buah buka jan-mei..akak lum start membaca lagi tahun lagi. kena cari masa jugak ini :)

Littlexme said...

hebatnya sis! dulu sya suka baca buku tapi sekarang jarang dah huhuhu asyik menghadap fon je huhu

https://mylittlestoryi.blogspot.com/2019/05/leaving-without-saying-goodbye.html

Banban90 said...

Done follow ur blog n kindly to follow my blog.tq.https://banban8.blogspot.com/?m=0