BOOK REVIEW - PUAKA TANGKI AIR SEKOLAH by DEL OSMERA, RHEA & ZAKI ZAINOL - Jari Jemari Menari

Jul 3, 2020

BOOK REVIEW - PUAKA TANGKI AIR SEKOLAH by DEL OSMERA, RHEA & ZAKI ZAINOL



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 

Ika cuba buat entry book review untuk kesemua buku yang ika baca tahun ini. InshaAllah. Tak banyak baca macam pembaca yang lain, tapi ada la sikit-sikit yang boleh dishare dalam blog ni. Nak konsistenkan diri untuk update blog tu yang payah tu. Tapi dekat blog la tempat paling sesuai untuk bebel panjang tak kisah la panjang mana pun sebab takda limit ayat dan sebagainya. Baru rasa puas. 

Kalini, ika pilih Siri Cerita Hantu- Puaka Tangki Air oleh 3 penulis iaitu Del Osmera, Rhea, Zaki Zainol. Ika selalu pilih buku ni sebab ini bacaan nipis yang cepat habis. Kebetulan, kalau ika taknak bahan bacaan yang berat atau tebal. Ika akan terus grab buku nipis. Ini reviu ringkas saja ya. 




Halaman: 138 muka surat 
Publisher : Penerbit X 
Genre: Seram 

Puaka Tangki Air Sekolah






Tak sangka tangki air sekolah pun boleh dijadikan cerita. Nasib baik dia specific kan tangki air di sekolah dan bukannya tangki air di tempat lain dan sebagainya. Haha. Menarik tajuknya sehinggakan saya sendiri selalu tertanya-tanya storyline jenis apakah yang akan penulis create. 

Jembalang // Rhea 
Cerita kedua pula mengisahkan tentang Wani yang telah diganggu oleh penunggu tangki air. Usaha merawat dan memulihkan Wani memang mencabar. Tapi logiknya tetap ada. Kaitan antara penyebab Wani jadi sedemikian rupa dgn tangki sekolah. Apa yang menariknya dgn storyline ini di penghujung cerita kita dapat buat konklusi bahawa syaitan sukakan tempat yang tak bersih dan kotor. Dan akibat perbuatan manusia lain yang inginkan keuntungan. Org lain yg dapat kesannya. .

Nenek Karipap Yang Tersakiti // Zaki Zainol
Saya kurang faham dgn tajuk dan storyline dari penulis ini. Kalau ikutkan pasal nenek karipap ni hanya selingan saja dlm cerita. Mengisahkan tentang seorang pelajar baru asrama yang akan membongkarkan tentang kes lama di sekolah tersebut. Bersangkut paut dengan kes 5 senior yang mati di tangki air tersebut. Ini storyline dah okay cuma nenek karipap tu serius cakap mmg takda kena mengena sangat dgn tajuk. Konfius sis. Hihi .

Kalau sesiapa nak beli atau baca dulu review pembaca yang lain tentang Puaka Tangki Air Sekolah ni boleh klik di bawah ya. 


20 comments:

  1. Terbaca takjuk tu terus singgah sini, macam best plak buku tu...nak beli laaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sis nak beli boleh beli dekat bookstore atau direct dengan penerbit X maybe 😊

      Delete
  2. Genre seram masih mendapat tempat di hati peminat tersendiri. Semoga buku ini mendapat sambutan dari peminat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya. Masih ada yang pilih genre seram untuk dibaca. ✌🏻

      Delete
  3. Nampak tajuk macam menarik tapi macam ser pulak. Tak suka baca cerita seram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee faham feeling tak suka baca genre seram tu macam mana hee

      Delete
  4. Ahah! Saya baru je plan nak beli buku ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee bole proceed beli sis kalau sis berminat :)

      Delete
  5. Goodreads tu utk review buku je kan? Kalau nk beli kat mana ye? I bab2 buku seram ni mmg minat sgt. Hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya saya. Goodreads untuk review buku sahaja. Kalau sis nak beli boleh pergi bookstore. Memang ada jual 😊

      Delete
  6. Penerbit X punya koleksi memang best. Anak akak pun baru beberapa buah koleksi buku ni. Harga pula tak mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yayy meh nak sep sikit dengan anak akak. Penerbit X keluarkan banyak jenis tajuk itu yang tarik perhatian pembaca utk beli.

      Delete
  7. Dulu masa belajar selalu beli dan baca buku bergenre macam ni. Yela. genre macam ni je boleh buat saya fokus dan tak mengantuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh mendatangkan kebaikan dengan bg kita tak mengantuk lepas tu terus boleh fokus kira okay la ✌🏻

      Delete
  8. Terus teringat zaman sekolah asrama... macam-macam kisah yang diceritakan secara turun-temurun... tajuk buku ni pun catchy... rasa dekat je dengan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman sekolah asrama, tak sah la kalau tak cerita hantu.Cerita semua best best je. Haha. Ye terasa dekat dgn kita sbb real life ada kan

      Delete
  9. okay, kenapa cerita2 ni macam sama dengan cerita yang saya pernah alami ketika di sekolah asrama? haha. macam sama pulak..

    ReplyDelete
  10. Seramnya nampak tajuk dan cover. Kena baca lar kalau dapat beli buku ini.

    ReplyDelete
  11. it's always nice to read a book, keep up the good work

    ReplyDelete