BOOK REVIEW - TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Pertama sekali, nak ucapkan terimakasih buat abah kesayangan sebab hadiahkan buku dari Buya Hamka ni masa Ika sekolah menengah. Masih jelas dalam ingatan, abah hulurkan buku ni dan pesannya "bacalah". Masa tu kalau tak silap, dalam tahun 2010. Tapi, waktu tu tak terasa nak baca sangat sebab sibuk baca novel cinta. Lagipula, bila tengok cover depan buku ni ada kapal. 

Automatik terus cop buku ni buku sejarah & perang. Padahal, kalau ikutkan masa baca sinopsis di belakang buku. Jauh sangat dengan apa yang difikirkan dalam otak. Masa tu tak ada kesedaran diri lagi. 

Baru-baru ni ada ternampak yang book lover kerap sangat baca buku Buya Hamka. Terdetik jugak dalam hati nak beli dan baca at least sebuah. Tapi terus teringat, yang abah ada belikan buku ni dulu. So, terus ambil dan baca. Dan nak jadikan cerita, lepas baca terus tengok movie dekat Netflix. Extra gitu!. Jatuh suka dengan storyline cerita dari Buya Hamka ini. Boleh tak ika nak letak gif movie Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ni sambil reviu?. Baru feel.




Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Mengisahkan tentang Zainuddin. Secara ringkasnya. Boleh dikatakan dialah watak utama yang mengunguli keseluruhan cerita ini. Asalnya dia ingin menuntut ilmu. Akan tetapi, pada suatu hari dia telah terpandang raut wajah Hayati dan terus jatuh cinta. 
Menariknya perkenalan antara mereka berdua dengan berutus surat. Rasa sangat klasik dan romantik. Kita akan membaca ayat-ayat puitis Zainuddin kepada Hayati. Dan mereka berdua setiap kali dapat surat masing-masing, muka bahagia angau tu tak dapat disembunyikan. 





Hayati juga turut rasa perasaan yang sama sehinggakan pada satu tahap Zainuddin terpaksa pergi ke tempat lain atas desakan penduduk kampung. Maka, terjadilah perjanjian kata-kata kesetiaan dari Hayati terhadap Zainuddin. Katanya berapa lama sekalipun dia akan tetap menunggu. Jangan putus asa. Dan banyak lagi yang indah-indah belaka ayatnya. 


In short. Hayati mungkir janji & berkahwin dengan Aziz. Sangatlah perit bila Zainuddin tahu akan perkara itu. Derita nya perasaan itu sampaikan yang baca pun terasa. Perkahwinan antara Hayati & Aziz adalah perkahwinan atas dasar kecantikan dan kemewahan semata-mata. Dan Hayati tahu meskipun ketika itu dia tetap akan pendiriannya memilih Zainuddin. Pasti akan ditentang dan tidak mendapat restu dari org tua. Maka dia bersetuju saja dan terpaksa menulis kepada Zainuddin yang Aziz adalah pilihannya & banyak lagi ayat yg perit.

Nak dijadikan cerita, Zainuddin pergi merantau ke tempat lain bersama seorang kawannya. Dia bangkit dan menjadi seorang penulis gara-gara karyanya di dalam surat khabar mendapat perhatian ramai. Dia menjadi terkenal, kaya dan semua karyanya disukai ramai. Ini saya puji. Usaha dia move on tu. Dalam menyimpan seribu kepahitan dalam hati, dia mampu berpura pura tersenyum di hadapan orang lain. 



"Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedu sedan. Tetapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan menempuh onak dan duri penghidupan" 



Hayati & Aziz pula dalam krisis kehidupan. Kalau nak tau lebih, korang baca la. Personally, ika team Zainuddin. Bukan tak backup Hayati. Yang nyata dia pun dalam dilema ketika itu. Tetapi, ayat Hayati banyak  mengguris jiwa sesiapa saja yang membaca surat yang dihantarnya kepada Zainuddin ketika Zainuddin cuba halang Hayati berkahwin dengan Aziz. Hm. 

Ayat puitis. Latar belakang tempat yg menarik. Storyline yang kuat. Permainan emosi yang baik. Dan saya suka sangat cerita ini. ❤️


16 Komen

  1. Belum berkesempatan lagi nak baca :)

    ReplyDelete
  2. menariknya cerita ni.. rasa nak tahu kesudahannya pula.. tak silap ada movie kan yang diadaptasi dari buku ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Ada movie dan buku sekali. Kesudahannya kena cuba tengok la antara dua tu sama ada nak baca atau nak layan movie terus hee

      Delete
  3. Rawlins pernah baca. Pastu ada teater dan juga movie kan - yang nie tak tengok lagi. Tapi Rawlins memang suka membaca karya Buya Hamka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Karya Buya semuanya menarik dan ayat yang dia gunakan tu sangat puitis.

      Delete
  4. Ohh baru tahu ini tajuk dia. Rasanya macam pernah dengar cerita ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe awak ada ternampak di mana mana hee. Netflix ada boleh cuba kalau nak tengok hee

      Delete
  5. ok awak buat kita rasa nak tengok cerita ni!! nak bukak netflix sekarang jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yayy. Nanti kalau free boleh layan hehe. Seronok. :)

      Delete
  6. Kesahnya ada juga novel yee, Sis tengok movie dia jer... tapi karya Buya Jamka memang penuh dengah puitis..kena fahamkan betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sis. Ada buku juga.Hee. Memang puitis dan suka sangat cara dia main dgn ayat.

      Delete
  7. Dulu rasa pernah baca sekali buku ni pinjam kawan punya.. Mmg best baca.. Dah buat movie di netflix tajuk apa ek.. Nk tgk lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tajuk dekat Netflix sama rasanya dengan tajuk buku. Boleh cuba search nanti. Mesti keluar :)

      Delete
  8. Alahhhh kita belum berkesempatan lagi nak tengok. Baca jalan cerita dia pun nampak menarik. Kalau masa nanti boleh ajak satu family tengok sekali

    ReplyDelete
  9. Dah pinjam buku ini tapi lupa nak baca.. nanti nak kena pinjam balik.. best pula baca review Ika nie..

    ReplyDelete