BOOK REVIEW - KERNA TAKDIR DUSTA BY SYU NARA - Jari Jemari Menari

Sep 17, 2020

BOOK REVIEW - KERNA TAKDIR DUSTA BY SYU NARA


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Pertama sekali, ika nak ucapkan ribuan terimakasih buat penulis muda, Syu Nara yang approach ika untuk ika review ebook dia bertajuk Kerna Takdir Dusta. Ika sangat berbesar hati untuk menerima & membaca karya penulis muda yang masih baru dalam industri buku. 

Hopefully, suatu hari nanti ika pun boleh menulis sesuatu untuk orang lain & memberi seribu satu manfaat. Masalahnya, itulah. Tak reti menulis haha. Ayat bm tunggang terbalik. :'(


Format:E Book 
Penulis: Syu Nara 
Muka Surat: 289 m/s

ANDAI INI TAKDIRKU, KEMBALILAH MENCINTAIKU


Mengisahkan tentang Elhasiq Gibran yang diberi tugas untuk menjadi bodyguard Quin Delisha binti Firdaus Lee. Bagi melindungi Del dari digangu oleh Danish. Dengan kepercayaan yang diberikan oleh abang Del (Dafir) , maka El pun menjalankan tugasnya dengan memantau Del di tempat kerja dan ke mana saja yang Del pergi. Berlainan pula dengan Del. Asalnya dia tidak gemar mempunyai bodyguard dan menolak cadangan ayah dan abangnya, namun dia tidak mempunyai pilihan selain menerima cadangan tersebut disebabkan ugutan abangnya. 

Namun, entah bagaimana mula timbulnya perasaan yang istimewa antara Del & El. Masing-masing menyimpan perasaan sehinggalah perasaan itu menjadi lebih kepada perasaan menguji dan keegoan. 

Bagi ika, dalam konteks kisah silam. Semua manusia dalam muka bumi ini mempunyai kisah silam tersendiri. Sebagai pasangan yang bakal berkahwin atau sudahpun berkahwin. Jangan diungkit kisah silam pasangan. Takut akan menganggu emosi pasangan dan boleh menjadi pergaduhan yang besar dan berpanjangan. Sakit dalam hati itu, Allah saja yang tahu. Sebagai contoh, dalam Kerna Takdir Dusta ini. El ada sejarah silam dia yang gelap. Maka, dia sendiri pun setiap hari berusaha untuk melupakan kisah tersebut dengan cara dia iaitu membawa diri jauh dari keluarga tercinta. 

Akan tetapi, sejauh mana dia dapat berlari? Disebabkan cinta terhadap Del, dia terpaksa mengaku kepahitan kisah silam itu. Walaupun kejujuran itu menyakitkan. Dan Del? 

Selama mana dia ingin menguji El? Mengapa isu kisah silam itu menjadi tujuan utama dia inginkan hubungan mereka ke peringkat seterusnya dan menjadi motif dia main tarik tali dengan suami sendiri. Kesabaran manusia pun ada hadnya.

Storyline okay. Ika tak ada masalah sebab ika sejenis terima saja apa yang penulis tulis. Cuma banyak part tarik tali dalam KTD sampaikan ika rasa macam nak jadi orang tengah untuk setelkan masalah El & Del. Nasib baik, penulis tak gunakan nama bombastik yang penulis pilih. Pemilihan nama seperti Del & El sesuai untuk dibaca. Ringkas sahaja. 

WATAK 

ELHASIQ GIBRAN: At first, disebabkan El suka panggil Del darling, ika cop El sebagai bodyguard yang boleh tahan gatal. Maybe sebab dia tahu Del single kot, sebab tu dia try guna ayat manis manis bila dengan Del.Haha.. Okay fine :P Lepastu, ika rasa dia terlalu berahsia dengan kehidupan dia sampaikan rasa nak skip page di mana konflik pasti akan menceritakan kenapa watak El jadi terlalu misteri. Iya, pertengahan cerita baru kita akan tahu semuanya. Ika paling tak suka part El ignore Del masa dieorang dah declared. Sakit dengan perangai macamtu. Ish. Tak suka. 

QUIN DELISHA :Watak Del yang berdikari memikat hati. Gadis yang berjaya dan tahu apa yang di inginkan dalam hidup. Cuma watak dia suka main tarik tali, memendam rasa, susah nak luahkan perasaaan. Sampaikan bila dia menguji El tu, rasa macam geram pulak. Penat kot uji orang. Ika rasa kalau Del lebih berterus terang apa yang dia nak tahu, dia suka tak suka. Mesti ebook ni tak sampai 200+ mukasurat. Haha

Kedua dua watak upside down. Sekejap sorang macamni, sekejap macamni. Dia ni dah okay, dia ni pulak tak okay. Watak ada perkembangan dari awal sampai akhir. Kira watak tak la orang kata tak ada perubahan lansung sepanjang cerita. So, flow cerita and mood pun jadi macam roller coster. Tapi, ika rasa in future. Penulis semestinya dapat create watak yang lebih baik .


Ika mempunyai 1 point yang mungkin boleh diambil oleh penulis untuk improve ebook dia pada masa akan datang :- 

  • Pemilihan warna bagi page ebook Kerna Takdir Dusta ini agak gelap (coklat gelap). Secara peribadi ianya sedikit sebanyak membuatkan mata ika terpaksa fokus sedikit ekstra ketika membaca. Mungkin, selepas ini Syu boleh cuba warna yang cerah. Boleh juga letak muka surat di bahagian atas atau bawah page. Boleh juga letak nama Syu di setiap page. Sebab be proud of your ebook hee. Bukan senang nak menulis. Hee. 
Warna coklat lebih kurang macamni. Haha tak tahu exact colournya. 


To Syu Nara, 
All the best in your life. Semoga terus sukses dalam dunia penulisan. Hopefully, in future awak akan dapat keluarkan buku awak sendiri dan semoga awak sentiasa dalam keadaan yang baik-baik saja. 
Thanks untuk surat cinta yang dihantar di email ika. Laff you! 






4 comments:

Syazni Rahim said...

jalan cerita boleh tahan, boleh dibuat drama ni

Atie Zieya said...

Gibran , i love the name :)

Ika.S said...

Mana tau in future boleh jadi drama.

Ika.S said...

Me too. sep sikit ✋🏻