Assalamualaikum & Hi pembaca sekalian ♥
Tahun 2024 merupakan tahun signifikan buat Shopee dalam usahanya untuk memperkasakan perniagaan tempatan dan memupuk pertumbuhan komuniti di Malaysia. Menerusi inisiatif Shopee Rai Lokal, berjuta-juta pembeli menikmati akses kepada produk berkualiti tinggi dan berpelbagai daripada lebih 1.8 juta usahawan tempatan. Di samping itu, lebih 500,000 ahli Shopee Affiliate membantu memacu pesanan, sekali gus mengukuhkan peranan Shopee sebagai pemangkin kepada kelestarian ekonomi dan transformasi digital di Malaysia.
Shopee Rai Lokal: Memperkasakan Rakyat Malaysia Seluruh Negara
Dilancarkan pada tahun 2019, Shopee Rai Lokal telah menjadi tonggak utama dalam misi Shopee untuk meraikan dan menyokong komuniti pengguna, usahawan, dan bakat tempatan. Pada tahun 2024, Shopee mengukuhkan inisiatif ini dengan melancarkan laman web mikro Shopee Rai Lokal - platform khusus buat pengguna untuk menerokai dan menyokong produk dan perniagaan tempatan kegemaran melalui baucar dan diskaun eksklusif. Usaha ini merapatkan jurang antara penjual dan pembeli, mencipta laluan langsung untuk pengguna menyokong usahawan tempatan.
“Shopee percaya dengan membekalkan pengguna akses mudah untuk menyokong usahawan tempatan adalah kunci untuk memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia dan memupuk ekosistem e-dagang yang cekal. Dengan menawarkan pengalaman membeli- belah yang lancar, kami menghubungkan pengguna dengan produk Malaysia terbaik sambil memperkasakan penjual dengan alat perniagaan inovatif, ilmu perniagaan yang diperibadikan, dan meningkatkan keterlihatan jenama untuk membuka potensi penuh usahawan untuk berjaya dalam landskap digital yang semakin kompetitif,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.
500,000 ahli Shopee Affiliate turut memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan pengalaman membeli- belah untuk pengguna. Mereka membawa produk lebih dekat kepada pengguna dengan mencipta kandungan menarik, menghasilkan lebih 90 juta pesanan melalui pelbagai saluran di aplikasi seperti Shopee Live dan Shopee Video. Untuk meraikan pencapaian ini, Shopee juga telah melancarkan bahagian kedua dokumentari “Shopee Rai Lokal: Breaking Barriers Online”, yang memaparkan kisah kejayaan beberapa ahli Shopee Affiliate yang berjaya mentransformasikan ekonomi digital dalam komuniti tempatan mereka. Ini adalah susulan daripada bahagian pertama dokumentari pada tahun 2023 yang menampilkan cabaran dan kejayaan tiga penjual tempatan.
Salah seorang ahli Shopee Affiliate ini ialah Nurul Syuhana, seorang ibu lima anak yang menyertai program Shopee Affiliate pada tahun 2023 untuk membantu menyara keluarganya. Bermula dengan hanya beberapa pengikut media sosial, pendapatan komisen pertamanya berjumlah RM200 membawa semangat dan keyakinan kepadanya untuk komited kepada program ini sepenuh masa. Beliau mengasah kemahiran berstrim langsungnya dan berjaya meningkatkan jumlah pengikut daripada 33 ke 200,000, dan diiktiraf sebagai salah seorang pemenang dalam kategori 'Shopee Affiliate 2 Million Ringgit Club' di Shopee Superstar Awards 2024. “Menyertai program Shopee Affiliate adalah satu titik perubahan dalam hidup saya. Ianya bukan sahaja membolehkan saya membantu menyara keluarga, tetapi juga berkongsi produk yang saya benar-benar gemari dan membantu orang lain membuat keputusan yang lebih bijak,” kongsinya.
Melengkapkan Penjual untuk Kejayaan Jangka Panjang
Untuk melengkapkan penjual agar dapat memenuhi kehendak pelanggan dengan lebih baik, Shopee telah melancarkan program Digital Platform Upskilling Summit yang merangkumi 5 bahagian pada tahun 2024. Program ini melengkapkan lebih 1,000 penjual dengan ilmu pengetahuan penting tentang pematuhan peraturan, ketulenan produk, dan pensijilan Halal. Kerjasama dengan agensi kerajaan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) membantu penjual mengatasi cabaran industri serta memperkukuh kepercayaan pengguna.
Bibi Farizona Mahdi, pemilik Umairah Homemade Cakes di Shopee, berkata, “Program ini amat berinformatif untuk memahami lebih lanjut tentang regulasi kerajaan. Maklumat yang disampaikan adalah penting untuk kami patuhi dan selanjutnya boleh membantu memajukan perniagaan kami.”
Memacu Transformasi Digital dengan Kerjasama Kerajaan
Kerjasama Shopee dengan KPDN melalui Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) menekankan komitmennya untuk mempromosi produk buatan Malaysia dan membantu penjual tempatan berkembang dalam ekonomi digital masa kini. Kempen ini menyokong 1.8 juta penjual tempatan melalui laman web mikro khas serta disokong dengan aset pemasaran utama seperti baucar dan penstriman langsung untuk meningkatkan keterlihatan produk tempatan di platform. Shopee turut bekerjasama dengan KPDN dalam Program MADANI Rakyat di Sabah untuk terus menghubungkan penjual dengan pengguna di seluruh negara.
Melalui kerjasama dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam Kempen Best of Malaysia, Shopee menyokong hampir 3,000 jenama tempatan untuk memperluaskan capaian mereka ke pasaran baharu di rantau Asia Tenggara. Dengan memanfaatkan alat perniagaan dan program Shopee, penjual berpeluang merentas sempadan dan meletakkan perniagaan Malaysia sebagai pemain yang kompetitif dalam pasaran e-dagang global.
“Kerjasama dengan KPDN dan MDEC mengetengahkan pegangan Shopee bahawa kolaborasi adalah kunci kepada pertumbuhan berskala dan mampan dalam ekonomi digital Malaysia. Dengan bekerjasama rapat dengan badan kerajaan, Shopee menyediakan platform sokongan berstruktur untuk memperkasakan penjual tempatan dan komuniti untuk berjaya,” tambah Tan.
Komitmen Shopee untuk menyokong komuniti melangkaui e-dagang. Melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang berimpak, Shopee terus memperkukuh usaha untuk membawakan perbezaan bermakna dalam kehidupan rakyat Malaysia.
Memberi Kembali kepada Komuniti, Mencipta Impak Inklusif
Kempen Pek Kasih Mama, yang dilancarkan hasil kerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH), telah mengagihkan pek penjagaan kepada para ibu yang memerlukan di seluruh Malaysia, termasuk Sabah, Sarawak, dan Johor. Inisiatif ini diperkukuhkan dengan Shopee Mum’s Club - komuniti maya yang memperkasa ibu-ibu dengan perkongsian ilmu dari pakar melalui sesi Shopee Live. Kelab ini juga menyediakan tips keibubapaan, kandungan secara langsung, baucar eksklusif, dan tawaran yang diperibadikan untuk menyokong ibu sepanjang perjalanan keibubapaan mereka.
Shopee kekal komited dalam misinya untuk memperkasakan penjual tempatan dan meningkatkan komuniti melalui inisiatif bertransformatif. Dengan memperkasakan perniagaan dan bakat tempatan, memacu keterangkuman dalam e-dagang, serta menjalin kerjasama strategik dengan badan kerajaan, Shopee terus menyumbang kepada inovasi digital yang berimpak di Malaysia.
No comments:
Post a Comment