Membeli Belah di Ezbuy Malaysia. - Jari Jemari Menari

Oct 27, 2018

Membeli Belah di Ezbuy Malaysia.



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Siapa sini tahu apa itu ezbuy? Ezbuy merupakan satu platform online shopping. Ditubuhkan pada tahun 2010. Sebelum ini dikenali sebagai 65daigou.  Selalunya ika hanya scroll website online shopping seperti Lazada, Shopee, 11 Street, Nile.com dan lain lain. Yang paling latest ika jumpa is ezbuy. Clean and user friendly website which is semua org pun akan prefer user friendly website. Senang untuk kita kan. 

Kalau korang nak taghu, ezbuy mempunyai lebih dari 3 juta pelanggan di serata Asia iaitu di Singapura, Thailand, Malaysia dan juga Indonesia. Ianya turut membawa produk berkualiti dari negara seperti Amerika, Taiwan, China, Korea dan juga dari penduduk tempatan untuk pelanggan ezbuy. Tak hairan la kalau kita katakan yang ezbuy juga telah mendapat tempat di hati pembeli pembeli online tegar di serata Asia. 


Korang akan lihat satu ruangan di dalam website ni yang menempatkan kesemua tawaran yang ditawarkan di ezbuy iaitu, New Arrivals, Under 30.00, Best Seller, Flash Deal, Trending, Prime dan banyak lagi. Mudah dan jimat masa! Tak payah nak filter atau scroll banyak kali sampai lenguh jari. Ye dak? Ika la selalunya yang akan pergi ke ruangan ini untuk memudahkan kerja hee. 


Sempat la jugak cuci mata dekat bahagian Mobile & Electronics.
Geram tengok cover phone lawa lawa.Yang penting sekali murah!

1. Apa kelebihan membeli di Ezbuy?

a. Prime Membership.


Ika sangat tertarik dengan prime membership ni sebabnya kita boleh enjoy international shipping fee untuk unlimited kuantiti, size dan berat dengan harga RM8.80. Wow! Murahnya!  Terdapat hampir 1 juta barangan Prime yang boleh dipilih dari China hingga Amerika Syarikat. Ye la, selalunya kita nak kena face it international shipping yang sangat mahal. Kadang tu, kita nak sgt barang tu tapi shipping lagi mahal dari harga produk. Satu faktor utama yang kita seringkali akan fikir untuk membeli barang tersebut. Tapi di ezbuy sgt berbeza. 


Semua ini korang akan nikmati dengan adanya servis bernama PRIME ni. Tapi sebelum menikmati kos RM8.80 ni. Korang kena la buat pembayaran RM 18.80 (untuk percubaan) & RM 188.00 ( setahun). Untuk korang mendapat harga RM 8.80 yang diperkatakan. Kira korang invest untuk benda yang berbaloi jugak. Kan?  Oh ya, sebelum ni hanya ada dua itu saja. Kalini diperkenalkan Prime Lite untuk tempoh 6 bulan dengan harga RM 99.00. 





b. Variety of Product 


Cakap apa saja barang yang ingin dibeli, korang search je dekat ezbuy. Semua ada. Tinggal nak kasi effort sikit je nak search haha. Sebabnya bukan nya ada beratus barangan dalam website ni malahan lebih dari tu. Senarai kategori barang boleh korang tengok dekat sidebar tepi website. 

Perbezaan antara Ezbuy dan website lain? 

a. Useful Tools (Size Chart)







Ika paling teruja part ni sebab nya memang selalu kalau ika nak beli baju atau dalam erti kata lain "pakaian". Memang akan berbelah bahgi sebabnya ika tak yakin apa yang ika pilih tu muat dgn ika. Kadang ye la, size pun tak diberitahu dengan detail. Jadi was was pulak nak membeli. Tapi Ezbuy menyediakan list size chart siap siap. Mudah untuk kita refer on. 

b. Prime Wishlist 

Menariknya! Sudahlah baik hati bagi Prime punya price. Lepastu, siap bagi Prime Wishlist pulak. Kalau korang nak tahu, korang boleh add barangan yang bukan dalam list Prime menjadi Prime Product. Kira tu barang wishlist korang la. Sebab tu, kalau kita lihat tadi. Dalam chart Prime punya bayaran ada tulis pasal wishlist punya amount kan. Itu la maksudnya: 

Prime Trial: No Wishlist 
Lite Prime: 24 Wishlist 
Annual Prime: 42 Wishlist  

________________________________________________________________________________

2. Free Shipping (Click Here)

Ezbuy juga turut menyediakan Free Shipping untuk penggunanya. Kalau tengok dekat gambar dibawah, mesti ramai yang akan berpusu pusu rebut peluang untuk membeli. Sudahlah free shipping. Harga murah pulak tu. Siap ada diskaun lagi. Berbaloi baloi sangat tau! Sempat ni nak shopping!! 



Korang tahu tak, kalau korang register Ezbuy, korang akan dapat 15% off shipping. Hanya untuk new user sahaja ya. Harap maklum! Hehe. Click gambar bawah untuk ke page register ya. 
 Click Here to Register & Get your 15% off.

 So tunggu apa lagi gais. Jom explore Ezbuy Malaysia untuk shopping! Bijak la berbelanja di alam maya. Takda tutorial untuk bijak berbelanja. Semua atas diri sendiri ya hehe. 

20 comments:

Anonymous said...

wahh.. platform terbaru. shu pernah guna shopee je. hahahahaha

Ciktie said...

Tak pernah lagi shopping dekat ezbuy ni rasanya. Mungkin boleh usha-usha lepas ni

Dayah Sprinter said...

first time dengar sebab jarang shopping online sangat yang tau lazada, shopee dan 11 street tu pun jarang guna. Terima kasih atas perkongsian

Sha Mohamed said...

Wow.. prime tu macam menarik.. tambah barang dari luar negara..

aswaleyla said...

hujung2 sem ni kopak dah. kenapa laaa sale belambak sngt skrg. tabahlah hati. kalau bnyk money, akan ku borong semua

YEASLMN said...

Tak pernah lagi dengar yg ni. Tq share :)

Fieza Sani said...

Penah beli kat sini.. Okey gak servis dia...

Azhafizah MN said...

Belum pernah lagi shopping si ezbuy =__='

Dunia Zumal said...

Tak pernah cuba lagi shopping di ezbuy. Nanti nak usha

Farhana Jafri said...

baru tahu pasal ezbuy ni. Nanti boleh try godek2 mana tahu ada yang tersangkut :P

Ika.S said...

Hee banyak dh online shopping punya platform sekarang. Hehe. Rambang.

Ika.S said...

Sila sila. Usha jgn tak usha ciktie ☺️

Ika.S said...

Most welcome sis dayah. Sharing is caring ☺️

Ika.S said...

Tu la. Ika suka jugak yg psl prime ni. Shipping murah jugak berbanding tempat lain. Hee

Ika.S said...

haha jgn kata awak je kopak. Ika pun. Sep sikit hehe 😂

Ika.S said...

Most welcome awak ☺️

Ika.S said...

Hee. Baguih baguih hee. ☺️

Ika.S said...

Hehe nanti usha usha la ☺️ Tau tau.

Ika.S said...

Kalau tersangkut tu yg kategori bahaya kalau perempuan la. haha nafsu tu. hehe. nt usha la tau tau ☺️

Azlinda said...

belum pernah lg shopping kt sini