BOOK HAUL DECEMBER 2018 💸

5:07 AM


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Lama rasanya tak buat book haul. Memandangkan, lagi beberapa jam nak masuk tahun baru 2019, so . Ika buat entry ni special just untuk akhiri entry bulan ni. Salah satu sebab lain ialah, ika dah habis mencari kesemua buku yang ika nak untuk bulan ni. Bulan ni ika beli semua buku yang ika betul betul nak baca. Masa 12.12 haritu tak terjebak lansung membeli dekat Karangkraf. Haha lega. Bayangkan kalau setiap bulan ada sales. Kenot imagine tau. Maka, kita sendiri kena la kawal nafsu. Semoga ika tidak mengikut hawa nafsu sangat ketika membeli buku. Amin. 

Ada 15 buah buku. 12 buah ika beli preloved, lagi 3 buku baru ika beli dekat Sun@Mag. Semua buku ni ika aim lama sangat dah. Tapi tak sangka masa masuk bulan 12. Banyak org let go buku buku yg ika aim. Happy sangat! Harga pun berbaloi. Ika rasa mcm ika tak spent banyak sgt kot? Haha sedapkan hati sendiri. Tapi sebenarnya, banyak habis gak! haha menangis. 



HARGA BUKU 

KEM MOTIVASI, NOTA 2 & 3 - RM 30 
ARKITEK JALANAN - RM 15
NADI, JIKA AKU & DUA - RM 30 
SAMURAI, L.U.T.H & MISI CINTA  BAD GUY- RM 15
YANG DIA PILIH, I'M MRS KERTU & PENGANTIN LELAKI UNTUK AKU - RM 25 

Buku Nota 2 & 3 paling susah nak cari yang preloved punya sebab kalau ada pun mahal. Baik beli buku harga asal. Ika mencari sangat sebab ika dah habis baca Nota 1. So tahap ingin tahu tu tak boleh nak kawal. Nak jugak tahu!
Misteri Kem Motivasi tu mmg dah lama jeling jeling nak baca. 

Hey Arkitek Jalanan. Welcome to my bookshelf!




Inilah antara buku paling banyak good review! Ika tak pernah baca buku Prolog Media. So, ni percubaan pertama and ika ada high expectation. Harap harap kena dgn citarasa! :) Nanti boleh beli lagi buku dari Prolog. 

Antara sebab ika aim semua buku ni ialah ika ada baca banyak review yang bagus dari blogger & goodreads. Apa cara sekalipun, ika lebih prefer physical book dari ebook. Bukan sebab ika tak boleh terima ebook. Boleh. Cuma aura membaca bila pegang buku lagi best. Dengan baunya. Dan tak semua buku ada ebook. 

Maka, bertambah tambah la list TBR ika tahun hadapan. Jadi sayang nak baca bila dah ada dekat tangan. Insha'Allah, ika akan rajinkan diri update review di dalam blog bila dah habis baca. Ada banyak lagi book review yang pending. Dasar penyakit M. Tahun ni, secara rawak ika habiskan almost 20 books dekat Goodreads. Itu dikira mcm apa yang ika dah update. Sebenarnya banyak haha. Tapi, ika anggap ika baca 20 buku je la eh. Doakan tahun depan ika dapat baca lebih banyak dari tu. 

Boleh puasa buku dah kan? Tahun depan tak payah beli dah. Kan kan. Tapi, kalau ada yang best dan ada yg sudi bagi buku. Apa salahnya Hee. 

See you gais in my next entry <3 nbsp="" span="">

You Might Also Like

9 comments

  1. Wah, banyak betul novel yang awak beli Ika.. hihi nanti ada pesta buku,kalu ada rezeki pergilah ke sana.. Mana tau kot2 boleh jumpa kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee beli bila ada rezeki lebih sikit kak shikin :) Insha'Allah nanti nk pergi hee

      Delete
  2. Replies
    1. Hee tak boleh kawal diri dari membeli Rabia. Hee

      Delete
  3. Good blog Post....thanks for sharing...
    Book online bus ticket from Redbus

    ReplyDelete
  4. Ika pegi SunMag yg dekat E-Curve tu ye? Sebab yg dekat KL Sentral dah takde, sedih :(

    Selalu teringin nak baca buku2 Teme, tp belum ada rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. Ika gi dekat Curve. Ada lagi rasanya kalau tak silap hehe. Buku teme ika baru dpt beli 2 buah. ada lagi 4 buah kena beli 😅

      Delete
  5. Prolog Media memang best.. untuk akaklah.. Sebab genre yang Prolog Media bawa, lari dari kebiasaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak sha. Ika baca review dari Siqah mula mula. terus rasa macam nak jugak dapatkan! hee

      Delete

TOP COMMENTATORS ♥

Subscribe