MATHAF 2018, STAR AVENUE.

5:22 AM


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Memandangkan, ika berkesempatan untuk pergi ke MATHAF 2018 dekat area rumah ika ni. Ika nak share la dekat blog. Kot la kalau tak ada yang tahu pasal food Festival yang tengah berlansung dekat Star Avenue ni. Kebetulan, festival ni masih berlansung sampai Ahad ni. 7/12/2018 - 16/12/2018. 10 hari. Lama jugak, sebab haritu 3 hari je. Tengah cuti sekolah kan ni, seronok bwk bdk bdk or family makan makan. So, here we go. 

Before that, sorry of gambar kabur, goyang dan tak nampak sangat makanan. Sebab ika curi curi tangkap haha. 


Siapa yang pernah baca entry Food Festival Shah Alam ika tahun lepas (Click Sini). Mesti korang tahu festival ni banyak makanan apa. Well, MATHAF means Malaysia Thailand Halal Food Festival. Banyak makanan Thailand yang ada. Dan semua ika suka. Masa ika sampai dekat MATHAF, hujan lebat dan tersangat la crowded. Sebab masing masing nak berteduh. Tapi, sikit pun tak menghalang ika untuk explore MATHAF. Oh ya, bukan la makanan Thai semata mata, sebab ada jugak makanan dari Malaysia. 





Apa agaknya makanan yang terjual di MATHAF? 

Nak di listkan satu persatu tu susah sebab ika tak sure dengan nama nama makanan yang ada. Tapi apa yg ika perhatikan antaranya : 

1. Dimsum: RM 10- 5biji 
2. Kerabu Kaki Ayam / Kerabu Su'un/ Kerabu Maggi : RM 7 
3. Baby Crab: RM 10- Bekas Kecil OR RM 20-Bekas Besar 
4. Sosej Pulut & Other: RM 3 
5. Somtum : RM 7 
6. Kacang: RM 10 
7. Churros: RM 5 
8. Mango Float 
9. Takoyaki 
10. Nasi Goreng Sotong/ Ayam/ Udang : rm 7 
11. Sotong Bakar - Ikut Size 
12. Air Mangga OR Air Buah Naga: RM 6 (Kecil) / RM 8 (Besar): dalam satu cup ada   penghadang untuk dua air buah ni. Berbaloi. 
13. Mango Sticky Rice
14. Ice In Fog 
15. Ais Krim Kelapa 

Tapi, ika nampak ramai yang eksited sangat bila nampak ada Kerabu Kaki Ayam. Ehem, sedap okay. Korang patut cuba. Sebab rasa pedas & masam. Sama jugak dengan Somtum. Memang piaww betul haha. 




Masa ika pergi Bangkok pun pasar malam atau street food dieorang, ika lansung tak berani nak beli yang jenis cucuk cucuk ni sebab nampak lain sangat sosej yang dieorang masak. Nampak berkilat ahaha. Mula la ragu ragu. So, dekat MATHAF ni ika pulun beli. Lagipun, tak ragu ragu sebab dah nama Halal Food Festival kan. Kebetulan, ika bawak Tyra. Kawan ika yang banyak tau pasal makanan Thai sebab dia ada darah dekat sna. So, jadi esktravaganza mood tak was was tu. Serious sedap. Ika suggest untuk korang try sosej pulut. Hee

Okay, kedai makcik ni punya sos sedap okay. Haha. Banyak gila ika melabur dekat kedai dia sebab sedap. Lagi lagi sosej pulut tu. Nyums. 



Untuk baby crab. Ada banyak perisa yang korang boleh pilih. Which is original, seaweed, BBQ, Tomyum, Cheese & sebagainya. Macam yang ika cakap, baby crab ni terjual mengikut size bekas tu. Kalau kecil. RM 10. Kalau besar, RM 20. Tapi, ika rasa kalau korang ambik yang size besar lagi banyak blh masuk and berbaloi sebab baby crab pun kecik je kan? So, banyak la sikit bole makan. 

Banyak kedai jual baby crab ni, so jangan risau kalau habis haha okay? 

Cekap akak ni buat kerja.. Eventho order beratur, dia tetap boleh siapkan dalam masa yg cepat. 
Korang jangan risau nak fikir dekat mana lepas dah beli. Sebab, dia ada sediakan banyak meja & kerusi untuk korang duduk dan makan. Sambil- sambil tu, korang boleh la tengok tengok barang yang dieorang jual selain makanan. Ada beg, baju, kasut dan mcm mcm lagi. Kalau barang, kebanyakannya agak murah harganya. Makanan, kita tak boleh kata yang makanan tu pricey. Sebab dekat MATHAF boleh dikatakan murah jugak. 

Takkan la korang teringin nak makan makanan Thailand sampai nak kena terbang ke Thailand kan? Unless if niat korang nak makan sambil jalan cuci mata. Yang tu memang kena la terbang ke sana. So, guys. Tunggu apa lagi. Sesiapa yang teringin nak rasa makanan Thai, meh la datang MATHAF 2018. 

LOCATION: STAR AVENUE LIFESTYLE MALL, BANDAR PINGGIRAN SUBANG 
PARKING: 3jam pertama- RM 1 (Sorry kalau salah info) 
FACEBOOK MATHAF 2018

You Might Also Like

11 comments

  1. Replies
    1. Hehe sha. Ni mcm pasar malam je cuma dia punya makanan tu lain sikit je hee.

      Delete
  2. Baby crab tu paling mengancam.. Sosej pulut tu Akak pernah makan, kurang minat.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ika paling suka sosej pulut tu hehe. Yg baby crab tu mmg mengancam kak hehe

      Delete
  3. Wah, semua menu kesukaan Zumal tu...

    ReplyDelete
  4. pergh makanan mereciksss! adehhh tertelan telan air liuqqq hahaha

    ReplyDelete
  5. star avenue dah kena bayar parking dah sekarang. Tak sempat nak pergi haritu. Melepas nak rasa baby crab

    ReplyDelete

TOP COMMENTATORS ♥

Subscribe