BOOK REVIEW - SUAMIKU PALING SWEET BY ANJELL (PNMe-Reader)

5:40 PM


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Untuk book review tahun ni, ika nak letak nombor. So that, ika tahu buku yang mana yang ika baca dulu dan seterusnya. Nampak lebih sistematik gitu untuk rujukan ika. Tahun ni, ika start dengan baca ebook dekat PNMe-Reader. Ketagih dah sebenarnya baca ebook. Haha. Honestly, sampai sakit kepala baca through phone. Bila cuba stop baca, okay pulak tak sakit kepala. Em. Whatever it is, Ika start baca dgn novel Suamiku Paling Sweet // Anjell. 



DETAILS 

PAGE: 791 PAGES 
YEAR: 2014
PUBLISHER: KARYA SENI 

01: Setelah dibelek list buku yang ditulis Anjell. Ini buku pertama yang ika baca. Banyak jugak rupanya karya Anjell yang ika tak baca lagi dan banyak jugak yang dh berjaya di adaptasi. Well, antara novel karya Anjell is, Tundukku Playboy Itu, Hero Seorang Cinderella, Eksperimen Cinta, DHeos' & Dr Alpha Male.  Bila dah namanya pertama. Ika akan automatik 'terima' apa saja yang dibaca. Tak banyak cekadak org kata. Rupanya, tanpa ika sedar yang novel ni pun dah diadaptasi dah pun. Ika tak alert dgn benda ni. Itupun, lepas ika google lebih pasal novel ni baru tahu. 



KARAKTER

Honestly, watak si hero, Izz Haikal. Dia sweet, romantik, caring & protective. Maka, bila ada semua elemen ni, watak hero akan dapat A+ dari Ika. Kahkah. Dia sanggup sabar dan terima pe'el isteri dia yang separa matang. Yang perangainya akan suka melarikan diri.  Ada masalah sikit lari. Dari situ kita nampak betapa tak matangnya si Qisya. Mungkin faktor umur jugak. Eh tapi ada je umur muda berfikiran matang. Nasib engkau la Izz. Dah sayang kan? Terimalah seadanya. Jatuh cinta pandang pertama kan? 

And of course, penyeri cerita ni sampaikan dah habis baca pun masih terasa sayangnya dekat dia ni. Hafiy. Yayy. Kalau takda Hafiy ni mungkin akan hambar jugak jalan cerita. Love you Hafiy. ❤️ Suka juga dengan watak Hakimi (adik Izz). Teringat em aoa nama eh. Pelakon rambut yang kembang yang nyanyi lagu ' kamulah wanita, pujaan hatiku, kamulah wanitaaaaaaaaa'. Haha tak ingat nama apa. Terimagine Hakimi muka macam pelakon tu. 

Satu storyline yang berkembang sikit demi sedikit which is good. Dihujung hujung kita akan nampak la banyak benda yang senang cerita, semua persoalan kita pada awal novel banyak akan terjawab.  

RATE: ⭐️⭐️⭐️




You Might Also Like

6 comments

  1. Baca dah.. okaylah.. Boleh diterima.. kikiki..

    ReplyDelete
  2. Dheo, TPI dan EC my favourite tapi bila dah buat drama rasa macam tak best pula..hihi

    ReplyDelete
  3. best jugak ehh novel ni.. kalau baca buku, confirm sampai tak tidur ni.. hehe

    ReplyDelete

TOP COMMENTATORS ♥

Subscribe