BOOK REVIEW - BEAUTIFOOL : SEBUAH ANTOLOGI - Jari Jemari Menari

Jul 11, 2020

BOOK REVIEW - BEAUTIFOOL : SEBUAH ANTOLOGI



Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Ika tak dapat nak recall berapa harga buku ni tapi kalau tak silap ika la SO Publishing ada buat jualan murah haritu. Rasanya, ini dalam RM 2 atau RM 3. Dan ini merupakan buku pertama dari mereka yang ika baca. Rasa tertarik sebab buku dia colour pink yang menenangkan hati. Ah gitu. Haha. 

Tapi dalam masa yang sama, buku ni mengetengahkan isu yang menarik buat pembaca. Isu yang khususnya buat para wanita & para lelaki juga. Selalu sangat kita dengar yang perempuan ni sanggup buat apa saja demi kecantikan walaupun boleh memudaratkan diri sendiri. Kan kan? Tapi tak salahkan perempuan jugak, Adakalanya, lelaki & masyarakat juga memberi pengaruh besar kenapa perempuan sanggup buat semua perkara tersebut. Kerana sifat suka compare, kritik yang keterlaluan dan sebagainya. 

Tajuk buku ini sesuai la dengan perbuatan yang dilakukan oleh mereka ini. Merangkumi 19 cerpen dari 19 penulis dalam bahan bacaan santai yang penuh pengajaran. 




Tak rugi tangan mencapai buku ini di rak. Antologi Beautifool ini bagi saya merupakan bahan bacaan yang ringkas tapi memberi satu kesan kepada pembaca. Mengisahkan tentang segelintir masyarakat kita yang berusaha untuk mencantikkan diri mereka dengan melakukan perkara-perkara yang diluar jangkaan semata mata demi meraih pujian. Namun, jika dilihat ke akar umbi mengapa ramai org sekarang bersikap sebegitu rupa, kerana mulut masyarakat kita juga lagi-lagi di zaman sekarang. 


Body & faceshaming yang keterlaluan boleh membuatkan seseorang yang lain rasa down. Gemok dikatakan macam gajah, kurus macam lidi penyapu, hitam macam punggung kuali, putih macam muka mati laki dan macam-macam lagi. Kisah di dalam Beautifool ini bukanlah propa semata-mata. Saya yakin berlaku di dunia nyata. Memang beauty is pain tapi sejauh mana kita memahami ayat itu. 

Semua cerita di dalam Beautifool ini best. Very straight forward. Simple & tak complicated. Mood tak meleret lansung bila baca. Recommend for those yang sukakan cerita yang tak corner sana sini. Lurus mcm pembaris. Hehe. 

Konklusi mudahnya, sayangilah diri kita. Ubah diri perlahan-lahan dan gunakan cara yang betul. Bukan secara merbahaya. Kerana ia bakal memudaratkan diri. Dan terimalah pasangan kita seadanya dia dan jangan di compare secara keterlaluan & jaga percakapan. 






Ika dah check dkt website SO. Masih kekal RM 3 ya buku ni dah korang boleh claim beberapa buku secara percuma. :) 

18 comments:

Ana Fatihah said...

Biasa kalau baca buku macam ni, sehari dah boleh habis. Sebab dia straight forward kan. Baca sambil minum petang best ni. Hehe

anakdenesor said...

eh murahnya..boleh la cari buku nih

dr-Life said...

hmmm.. the fool of the beauty? the title attract me so much and guess gonna get it for my reading

Lya Akif Imtiyaz said...

Pasni kena rajin jugak baca buku2 style gini.Tq kongsi info tentang buku ni ya.

Farhana Jafri said...

sekarang ni lelaki pun dah mula jaga penampilan. Kalau tengok skincare tips tu ramai dah lelaki yang share tips glowing gitewww haha

Fadima Mooneira said...

Good book. Buku was g ada kaitan dgn isu dunia skrang. I think I should read this book too. It’s good for my studies. I’m sure you also learned something from it.

Nina Mirza said...

Menarik tajuk buku ni... Sesuatu yang ramai should explore dan ambik tahu. Harga murah giler ni. Nak cari laaa

Syazni Rahim said...

Adik ada buku ni, bolehlah pinjam dengan dia lepas ni hehe

Rawlins GLAM said...

Cantik warnanya dan tajuknya memang menarik perhatian. Body shaming memang menakutkan sebab kita tak tahu kesannya pada psikologi kan

Tekkaus said...

The price is really affordable. :) Looks interesting. Will try to grab a copy of it if I could.

Sunah Sakura said...

Bagus buku macam ni..yang suka body shaming orang tu mohon baca huhuhu..yang selalu kena body shaming pun boleh baca untuk naikkan semula semangat hidup..

Dakwat Pena said...

masyarakatpn ntah apa yg xkena pada org lain nk bodyshaming kan org...xsepatutnya begitu....bagus juga buku ni buka minda ttg isu body shaming...thanks for sharing..

AyuArjuna BiGoshh said...

Its good book kalau baca dsri konklusinya. Yang mana pada akhirnya kita perlu sayang diri dan terima seadanya

RAIHANAH AHMAD said...

good book. bagus ada macam2 buku macam ni sekarang ni. alhamdulillah

Zharif Azis said...

nampak macam menarik je buku nie. nak baca lah nanti. kena cari nie. betul, kena sayang diri sendiri dan kalau nak ubah pon jangan sbb org lain, ubah untuk diri sendiri

Tengkubutang said...

Betul tu.. body face shaming ke body shaming ke.. tak patut dibiasakan dikalangan kita.. kadang benda tu diorang anggap gurauan tetapi dalam masa yang ada hati yang terluka..

Ai said...

Dah lama sangat tak beli and baca buku.

Sunshine Kelly said...

Thanks for sharing this book review, its good to cultivate reading habit.