MOVIE REVIEW - HITMAN AGENT JUN (2020) - Jari Jemari Menari

Sep 6, 2020

MOVIE REVIEW - HITMAN AGENT JUN (2020)


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Lama sangat tak buat movie review,selalunya asyik buat book review je. Kalini, ika nak review movie korea Hitman: Agent Jun (2020). Nasib baik, husband pilihkan cerita untuk kiteorang layan. Sebab ika kalau movie action ni tak reti pilih, sebab kalau pilih mesti boring ya amat. Dan boleh ketiduran. So, lets proceed! Ini simple movie review ya. Tapi yang penting korang kena tengok la tau! Haha. 


Sinopsis
Dalam keadaan mabuk, pelukis komik yang kurang berjaya telah melukis mengenai kehidupan dirinya sendiri sebagai Former NIS Hitman suatu ketika dulu. Menjadi kacau bilau apabila komik yang disiarkannya itu menjadikannya sebagai buruan. 

Director: Won Sub Choi 
Producer: Koo Tae Jin 
Screenplay: Won Sub Choi, Sin Jung Ryeol, Sang Woo Kwon. 
Tagline: Oh Shoot! I Drew The Secret Stories 
Genres: Action, Comedy. 


Mengisahkan tentang, Kim Bong Jun merupakan pelukis komik online yang struggle untuk memberikan yang terbaik dalam komiknya. Akan tetapi, komik yang diletakkan secara online tersebut, selalu menerima kecaman pembaca. Kerana komiknya sangat membosankan dan dikatakan sebagai 'sampah'. Di sampingnya juga, isterinya yang pemabuk, Mina berusaha untuk melangsaikan hutang Kim Bong Jun & anaknya Ga Young yang mempunyai minat terhadap muzik rap. 

Atas cadangan anaknya, Ga Young memberi idea kepada ayahnya kenapa tidak ayahnya melukis sesuatu yang lebih real dan berkenaan kisah ayahnya sendiri. Mungkin komik online ayahnya akan diterima ramai. 


Adakah Kim Bong Jun ikut cakap anak dia? Kena tengok movie ni geng. 

Secara peribadi, untuk orang yang tidak mengemari sangat action movie. Ika rasa movie ini best. Ditambah pula dengan scene-scene kelakar. Tak rasa pressure sangat kepala nak layan action. Siapa yang tak kenal main character dalam cerita ni?. Watak Kim Bong Jun yang dilakonkan oleh Kwon Sang Woo menjadi sangat dalam movie ni. Dua karakter yang dibawa oleh dia iaitu menjadi seorang pelukis komik yang sendu & kelakar. Dalam masa yang sama, kita boleh melihat sisi lain dia ketika dia menjadi hitman agent. Sangat berkarisma, pandai berlawan, ganas dll.

Storyline menarik dan fast pacing. Rasanya, ika tak sempat nak rasa mengantuk sebab jalan cerita bergerak cepat. Lepas satu kejadian, jadinya lagi kejadian lain. Jadi, mata kita akan stay je depan laptop. Munculnya watak tambahan lain menaikan lagi mood kita. Tak berhenti gelak masa tengok. Ada unexpected scene. Nice. 


Setelah lama menyepikan diri, Kim Bong Jun bertemu dengan rakan sekerjanya dulu. Dan menjadi lagi huru hara sebab mereka berjumpa dalam keadaan yang tidak bersedia dan dia dilemparkan dengan pelbagai tuduhan oleh mereka walaupun keadaan yang sebenar bukanlah seperti yang disangkakan mereka. Pekerjaanya dulu ialah P&C. Maka, rakan sekerjanya dulu mengatakan dia pembelot sebab dia reveal semua identiti di komiknya. At the same time, dia juga berdepan dengan musuh yang sudah lama ingin membalas dendam kepadanya. 

Kerana itu, mereka semua saling mencari antara satu sama lain. Dan macam-macam kejadian yang berlaku! Best. Ika rekomen untuk korang yang nak kan movie action comedy yang santai. Boleh layan dengan family juga. Takut nak cerita lebih sebab takut jadi spoiler. So, selamat menonton kalian. 

Tak sangka, komik onlinenya menjadi real & viral! 
5/5! 



19 comments:

Syazni Rahim said...

Yang lagi best bila layan movie ni adalah layan bersama-sama kan :)

Kitkat Nelfei said...

Menarik juga jalan cerita Hitman: Agent Jun ni. Sure penuh debaran bila tengok filem aksi Korea ni.

Atie Zieya said...

penulis komik mmg kena struggle teruk kan

Tiara Sapphire said...

kena tengok movie ni sebab hero dia je tapi tak sangka memang betul best dan kelakar..haha

Dikbee said...

honestly mmg dah lama sgt tak layan korean movie. Last tengok Train To Busan. Haha, nampak nau dah lama kan. Tapi nampak macam best je cite ni. Boleh la tengok nanti.. hiihi

saidila said...

dah tengok cerita nih , memang besttt sangat sebab ada aksi dan kelakar pun yer jugak....tapi dia sayang sangat lat anak dan bininya ....bini dia pun kelakar ...adoii nanti nak tengok baliklah...

Bae Roslan said...

tak berapa minat action movie. tapi tengok trailer ni macam best la pulak

Rawlins GLAM said...

Ok. Rawlins nak tengok gak. Macam best plak dan Rawlins pun dah start suka Korean movies

Mahamahu said...

Kita kurang tengok filem Korea ni hehehe tapi yang ni lagi merumitkan tentang kisah penulisan komik dan bertukar kepada kisah hidup beliau yang sebenar.. Mungkin ramai yang suka kot sebab barisan pelakonnya hehehehe...

AyuArjuna BiGoshh said...

Selalu ygk bersiri skrg dah ada movie best. Bolehla layan.. jakan cerita oun agak.menarik

Sis Lin said...

Baru aje nengok dengan anak haritu, tapi Omaknya tak fokus, kalau anak yee memang fokus nengok hehehehe...

RAIHANAH AHMAD said...

tak tengok lagi ni, thanks review. jarang2 juga tengok filen action

halimah muhiden said...

Kak mmg lyn drama/movie korea ni, mmg selalu tgk cote psl pelukis komik nti kena tgklah jgk

Sunshine Kelly said...

Macam best juga cerita hitman ni, kalau ada masa next weekend kita nak tengok cerita ini.

Tekkaus said...

This looks like a good movie to watch as you said it is action-packed and funny at the same time. :)

Cik Puan Ena said...

Minat movie camni tak heavy nak layan. Kadang penat stress banyak keje rumah memang sekali sekala kena layan movie ni. Hehe

Huda Halid said...

nice jugak movie ni, nanti nak tengok lah. thanks sharing this review

Syamimi Saad said...

Bestnya ada geng nak layan movie sama sama.. kami ni nk tgk tv pun xdan. Movie apatah lg. 😂

Zaza Azman said...

Baik boleh pergi cari dan layan movie ni nnt. Mcm best je.