Jul 7, 2018

# Books

BOOK REVIEW - KAU YANG SATU


Assalamualaikum &Hi readers ❤️️

Lama ika tak buat book review. Ika ada banyak buku yang nak dishare dekat dalam blog ni. InsyaAllah satu persatu. Doakan ika rajin untuk update entry. Haha. Memandangkan ika macam agak dilema nak buat review buku yang mana satu. Ika ada suruh vote guna poll. Poll tu sama ada Kau Yang Satu atau Langit Nan Gelap. Tapi, ramai yang nak ika buat review untu Kau Yang Satu. So, here we go. 

Kau Yang Satu ni novel lama. First time ika baca masa ika darjah 6. Masa ni, novel ni selalu bertukar tangan. Sebab pinjam kan. Tapi serioustalk, novel ni kalau ikutkan sekarang. Ika rasa mcm tak sesuai dibaca untuk budak sekolah rendah. 

First of all, selain boleh buat budak sekolah berangan tinggi melangit. Actually, ada la afew scene romantik antara suami isteri dalam ni. Haha. Dan tak sangka dah diadaptasi jadi filem dah pun novel ni. Aaron Ajis sama Izara pelakonnya. 


MY REVIEW 

Dulu, kalau novel yang jenis macam kahwin sebab aturan keluarga, dipaksa dan sebagainya memang sangat "in" buat pembaca. Sebab utama nya is masih tak banyak lagi lambakan novel yang sebegitu rupa jalan ceritanya. Tapi, kalau sekarang jalan cerita Kau Yang Satu ni masih ada. Boleh dikategorikan too klise. 

Nasib baik ika baca novel ni masa sekolah. Makanya, novel ni sangat la jiwang karat dan best. Haha. Makanya, ika akan review based on pandangan ika masa dulu kala. 


TAUFIK
Watak Taufik yang ego dan sweet dalam masa yang sama boleh buat pembaca wanita terutamanya yang suka berangan jadi cair haha. Makanya, watak Taufik ni berjaya sebab dia boleh buat pembaca jadi mixed feeling dgn dia. Kadang nak marah tampar penendang dan sebAgainya. But end up. He's the best. 

SALINA
Innocent village girl. Em. Family person. Ikut saja apa yang ayah dia kata, walaupun dia taknak. So, dia boleh dicop anak yang baik dan menurut kata. Penyabar sebab dapat layan dan tahan kerenah annoying Taufik yang tah apa apa tu. Haha. 

ISABELLA 
Pengacau sungguh. Model terkenal yang tak tahu erti malu. Perempuan yang kononnya apa benda dia nak, dia boleh dapat. Ah kemon la. Untuk movie, Soo Wincci bawak watak ni dengan sangat baik. Hee sama dengan imaginasi ika. Hee. 

Anyway, overall. Novel ni sweet tahap potong kaki. Bersemut je. Haha. Siapa suka baca novel cinta mesti suka haha. Sorry if review kali ni sikit. Kalau sesiapa yang malas nak baca novel, boleh je tengok cerita :) Haha. Cumanya, Kalau baca tu mungkin feel dia lain sikit. 

RATE: ⭐️⭐️⭐️⭐️

10 comments:

  1. bagus rajin membaca. kipidap.. lamanya tak update buku2 di pasaran. dulu time lagi muda2 rajin jugakla baca. lama2 da tak minat. bila ada adaptasi kita tengok yang adaptasi.

    ReplyDelete
  2. favourite novel zaman sekolah dulu..haha
    setuju dengan ika, kalau dulu memang novel tema macam ni tak banyak sangat, sesekali terbaca memang best juga tapi kalau sekarang tema kahwin paksa dah klise sangat sebab dah berlambak novel macam ni.

    ReplyDelete
  3. rajinnye baca novel. ray sgt memilih when it comes to novel haha

    ReplyDelete
  4. Dulu masa baca novel ni (tingkatan berapa entah..lupa) hanyut terok hahaha

    ReplyDelete
  5. novel dah baca zaman sekolah dulu, movie pun dah tengok. Suka sangat tengok izara dengan hisyam dalam movie ni.

    ReplyDelete
  6. Patut macam pernah dengar tajuk dia.. novel lama..

    ReplyDelete
  7. Akak baca entah tahun bila.. Masa tu memang layanlah.. Tapi kalau sekarang suh baca balik memang setahunlah baru habis.. kikiki..

    ReplyDelete
  8. Saya ada novel ni. Baca novel ni since tingkatan dua lagik. Walaupun cover dia tak menarik tapi jalan cerita dia best jee.

    ReplyDelete
  9. dari dulu novel yg jalan citer klise mcm ni jadi rebutan pembaca..k.fiezz tak tgk pun yg movie atau baca novel ni..macam tak berapa minat nak tengok..dah boleh agak jalan citer yg klise..

    ReplyDelete
  10. Terbayang watak Husna pulak bila baca part Isabella. Btw gimme five! Kita pun dari sekolah rendah dah start baca novel jugak :D

    ReplyDelete