BOOK REVIEW - MEREKA BY ARIFF ADLY

4:33 AM


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️

Lama betul nak ambik mood nak update book review kalini Ika pilih untuk update dulu review buku Mereka by Ariff Adly. Satu karya yang mengingatkan ika tentang Silent Hill, Final Destination, Maze Runner & Harry Potter. Well ini buku pertama yang ika baca dari penulis. Mungkin ika patut baca Kacau dulu sebelum baca yang ni. Sebab ika mula nak cop pengkakhiran buku ni sebab tergantung. 

Ika rasa pengakhiran nya dah cukup bagus. Kenapa perlu diceritakan setahun lepastu? haha. Ika tertanya tanya dgn watak Alwanie. Ika asume yang penulis nak come out with Mereka 2. Rupanya watak Alwanie ni dari buku Kacau. Ah my mistake.

Ika suka konsep yang dibawak oleh Ariff Adly iaitu persahabatan dan reunion. Boleh feel kekuatan friendship dieorang. Cara dia twist storyline dari reunion ke satu dimensi baru. Dunia fantasi ala ala Hollywood gituw. 

Ika sikit pun tak ada masalah dengan pengunaan bahasa utagha dalam buku ni serta bahasa lain.As long as masih boleh difahami. Should be no problem for me at all. Imaginasi penulis sangat luar kotak. Bagi ika. Sebagai pembaca ika turut sama berimaginasi juga. Bunyi siren, part lipas keluar banyak banyak, etc. Lagi lagi masa dekat themepark. Scary? Yes.Sebab tak gemar sgt dgn badut haha.

And personally, ika suka dengan cerita pasal Lil,Johar & Badar Macam mana si Joker boleh tokok tambah cerita yang takda kasi lagi best dan buat Luke percaya. Nice one. -page 193.

Tak sangka karakter yang tak dipandang sgt dia la yang jahat. At the same time, respect jugak dengan watak jahat ni sebab sanggup ubah fikiran di saat akhir. At the end of the day, moral value yang kita boleh dapat is jangan terlalu taksub dengan kepercayaan yg tahyul menyesatkan dan jauh menyimpang dari landasan agama. Bella kesayangan awak takkan bangun! Dia dah mati. Okay Luke?


And geram jugak dengan watak Joker. Suka dekat Della habaq la awai awai.Supaya aku tau hang dan habaq dekat Della. Kalau penulis takmau cita pasai hangpa punya kesudahan pun, aku dah tau dah hangpa dua ada good ending. Gituww.

Overall, buku ni personally untuk ika sendiri is not bad. Boleh dibaca cumanya tak sesuai untuk budak bawah umur yang mudah terpengaruh dengan jalan cerita yang bahaya dan sesat dalam cerita ni.Takut terikut pulak. 

RATE: ⭐️⭐️⭐️.5
Thanks to Kak Sha sebab bagi ika buku ni. Kalau tidak sampai ke sudahlah dalam wishlist.

You Might Also Like

10 comments

  1. Buku ni masuk dalam wishlist la, macam best je review Ika ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe cuba la nanti baca :) Mana tau kalau kena dgn citarasa hee

      Delete
  2. suke sgt tgk buku with simple covers. tp nak baca tu la yg x brape nak sempat skrg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee takpe Ray. Nanti ada masa boleh la baca :)

      Delete
  3. rajinnya dik,, baca buku.. tak apa luas pengetahuan hii nice review jugak tu.

    ReplyDelete
  4. Bila baca book review macam ni yang buat tak sabar nak start balik membaca. Sekarang dah jarang pegang buku T_T

    ReplyDelete
  5. yay kita sama suka baca buku fixi! http://sayesyadiya.blogspot.com/

    ReplyDelete

Subscribe