Aug 8, 2018

# Books

BOOK REVIEW - KAMPUS


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️ 

Ika nak buat satu review panjang untuk buku Kampus by Syafiq Aizat ni. Before that, ika nak cakap. Ini personal review ika. Setiap org punya citarasa lain lain hee. Sebab ika terlebih menghayati setiap helaian muka surat dalam buku ni tanpa skip page. This entry boleh jadi panjang meleret tapi apa yang ika boleh cakap yang ianya takkan ada spoiler dalam review ika.

Saja beli dan baca terus buku ni tanpa baca review dari Goodreads. Sebab taknak terpengaruh dengan review yang sedia ada. Ika nak sendiri rasa first impression ika toward this book. Buku ni tak sesuai dibaca oleh budak bawah umur.
As I mentioned earlier, kenapa tak sesuai dibaca oleh budak bawah umur? Sebab dlm buku ni ada beberapa watak yang bad attitude. Which is bawak masuk perempuan dlm bilik kolej, buat projek dlm kelas dan kehidupan social yang bebas gituw haha. 

Warna kuning dia lawa. Bukan macam kuning diraja tu. Tapi macam warna kuning soft pekat yang cm ish em. Lawa. 


Let's talk about this Kampus's cover book. First of all,Ika sukakan colour dia yang warna kuning pekat macam ni. Seolah olah menaikkan nafsu membaca. haha. Warna dpt bagi nafu membaca naik? Yes. Itu bagi Ika.

Bila di belek lama cover dia. Ika baru perasan yg dekat bhg tingkap tu ada satu makhluk yang sering diperkatakan dlm buku ni iaitu Krampus. Satu makhluk yang dikatakan berbulu hitam, bertanduk serta bermata merah. Goodjob untuk cover buku yang menarik. 

Ika nak kupas sedikit mengenai watak dalam Kampus ni. Honestly, watak dalam novel ni banyak. Sepanjang ika baca, ika hanya ingat watak watak yang selalu disebut saja macam Dani , Haziq, Lara, Dean, Daus, Atiqah, Dr Maimun, Prof H. Eh banyak jugak yang dapat ika ingat haha. Kalau dicampur lagi dengan watak tambahan dan watak yang diflashback 25 tahun lepas. Banyak jugak. Bagi yang baca sambil lewa dan skip muka surat. Memang akan lost untuk kenalpasti watak. Mungkin akan ada yang refer balik page sebelumnya untuk tahu dia ni siapa, dia ni pulak siapa. Tapi bagi ika, as long as ika dapat kenal pasti watak utama dah cukup memadai dah. 

Dani dan Haziq adalah dua watak yang berbeza tapi peranan dioerang dua dlm buku ni sanagt penting. Perwatakan Dani lebih kepada bad boy, anak orang kaya yang tak disenangi sgt oleh org. Haziq pulak lelaki yang pandai berdebat dan ambik course law dekat kolej. So, no wonder la kan masa ada kes bunuh dekat kolej ni. Dia dgn si Dani kemain lagi. Ala ala Detective Conan. Kerja menuduh org je. Yang penting confident haha walaupun hanya guna teori tanpa bukti. 



BOOK DETAILS

AUTHOR: SYAFIQ AIZAT 
PUBLISHER: FIXI 
YEAR: 2017
PRICE: RM 19.90
PAGE: 254 PAGES 


Beberapa tahun lepas ika ada tgk movie Krampus masa Krismas dekat wayang. So, bila baca buku ni. Ika takda la jakun bila baca penulis banyak cerita pasal Krampus. Krampus ni adalah makhluk yang anti Santa Clause. Ika rasa penulis ambik konsep dan  idea asal cerita Krampus dan olah semula dalam versi Melayu. Tukar sana sini sikit. Dalam buku ni, siapa saja yang dapat arang dan lidi akan jadi mangsa Krampus ni. Kalau cakap pasal flow cerita. Ika boleh cakap yang permulaan dia tak hambar. Masih menarik perhatian pembaca untuk teruskan sampai ke penghujung. 

Main place dalam buku ni  hanya sekitar kawasan kolej. Kalau tak Blok A yang mewah tu. Mesti dekat cafe, kelas, stor, bilik kaunseling, tempat parking dan sebagainya. So, takda la kepelbagaian tempat. So, tak serabut bagi ika. 

Part bunuh tu bagi ika laju. Sebab berterusan org mati dkat kolej tu. Tak ada la nak kena tunggu lama haha. Sebab sambil dieorang siasat, ada je yang mati. Nak tau siopa dalang disebalik makhluk Krampus tu punya la kena sabar banyak sebab mmg takkan tau just by that. Kalau ika. Ika kerap tukar fikiran, siapa pembunuh tu. Gara gara termakan dgn teori Haziq dgn Dani haha. Viadap! 

 
Ni contoh gambaran Krampus. Haha.

Cuma ika ada sedikit persoalan. Dekat bahagian epilog. Daud jumpa Krampus at the end of the story? Mungkinkah ada Krampus:2 ? Kalau ada memang ika akan beli hee. Good job Syafiq Aizat. It's not easy at all nak buat genre psikologi thriller mcm ni. Nak olah dan tarik minat pembaca untuk keep on baca tu la yang paling susah. 

Overall, siapa yang suka cerita yang mencabar minda. Boleh la beli dan baca 👍
Kalau nak tau siapa dalang pembunuhan, Krampus tu sebenarnya makhluk atau manusia, betul ke itu semua agenda je. Kena la baca okay? 

RATE: ⭐️⭐️⭐️⭐️



10 comments:

  1. Adoi.. dah tergoda nak beli.. sebelum ini macam berat sebab ada sign dekat kulit "untuk pembaca matang".. Tapi bila baca review ika nie rasa macam cerita ini best pula..

    ReplyDelete
  2. terbaek.. macam menarik je jalan cerita ni.. :)

    ReplyDelete
  3. macam best je, saya memang suka genre macamni. nanti nak beli. thanks review

    ReplyDelete
  4. Ika! Akak setuju part 'taknak baca review dekat goodread' tu. sebabnya pengalaman akak sendiri, baca review and then rasa buku tu tak best. tapi end up geram tak tahan nak baca, beli jugak. and guess what? ok je buku tu awat review teruk tah hahah

    betul la semua orang ada cita rasa masing2 kan :)

    teruskan membaca ika! keep it up.

    ReplyDelete
  5. I have read this and I personally recommend this book to anyone who like thriller and investigation kinda genre of book. Anyways, nice review!

    ReplyDelete
  6. lepas baca review ika terus semangat rasa nak baca. Nice review ika!

    ReplyDelete
  7. Nice review lah awak. Hehe. Nak beli tapi mcm masih banyak buku yg belum terbaca kat sni. haha.

    The Hundred Pages | Eyqa Zq

    ReplyDelete
  8. Nak beli jugak la.. dah tiada koleksi buku baru dah ni

    ReplyDelete
  9. sounds good to me. suke jugak cover dye

    ReplyDelete