Aug 3, 2018

# Books

BOOK REVIEW - OBJECTION BY REHAN MAKHTAR


Assalamualaikum & Hi readers ❤️️


Cakap pasal Rehan Makhtar. Ika sebenarnya curious dengan novel novel karya dia. Teringin sangat nak baca sampailah ika singgah rumah cousin ika masa raya haritu. And nampak yang dekat rak cousin ika ada banyak novel Rehan Makhtar. Im so lucky. Sebab dah tak sabar and rasa mcm lambat lagi nak membeli buku Rehan. Ika pinjam dulu cousin punya. 

Ika randomly ambik buku dia dan baca. It takes me only 2 hours to finished it. Pulun baca sebab kalau dah mula baca tu. Memang jenis susah sangat nak stop lagi lagi kalau storyline dia jenis manis potong kaki. 



Storyline Objection mula dengan sangat baik. Sebab flow cerita dia makin lama makin naik. Bukannya drag mood meleret sampai ke mana mana hala. Ika suka momentum mood  ika bila baca novel ni. Starting with conflict. Between main character, Aira and her mother and sister. Tapi family dia ni family angkat. Dia diambil bela sebab kematian keluarga kandung dia. 

Obviously, bila ada isu dibenci ni. Memang akan banyak la cerita makan hati. And Aira ni diculik dgn one of this guy yang dia sendiri tak kenal. Dikurung dekat satu pulau terpencil dan diseksa la lebih kurang dari segi mental terutamanya. Personally, awal cerita pun dah mula rasa simpati dekat Aira but at the same time kagum jugak dengan cara dia ikhtiar hidup dekat pulau tu. This guy yg culik dia tu rupanya abang kepada kwn baik dia dekat kolej, Zafiq. 




BOOK DETAILS

AUTHOR: REHAN MAKHTAR 
PUBLISHER: KARYA SENI
YEAR: 2017
PRICE: RM 23 (SM) / RM 26 (SS)
PAGE: 522 PAGES

It's all about misunderstanding gituw. Kalau la si Zafiq ni siasat and bagi peluang untuk Aira explain details. Mesti semuanya akan baik baik saja. But since dia dah culik Aira awai awai haha hadap la hang. Dah la buli mental Aira haha. Nak ngayat balik tu pepandai la. 

Penulis olah watak utama dengan baik bagi ika. Watak jahat dalam novel ni hanya ada dua saja. Tapi bagi ika watak jahat tu watak yang dah biasa ada dalam lambakan novel yang lain. Makanya watak jahat hanya watak jahat yang biasa. Jahat ala ala cinderalla cmtu.

Dalam novel ni ika belajar dua ayat manis dan berbunga hati ❤️️

POM RAK KHUN NI HUAJAI (SAYA CINTA AWAK SEPENUH HATI)
CAN RAK KHUN MAA (SAYA CINTA AWAK SANGAT)

Personally, untuk ika sendiri. Novel ni masih ada keistimewaan dan kekuatan dia sendiri. Untuk orang yang sukakan watak hero yang annoying at first and manis di pertengahan cerita. Boleh cuba baca Objection..Overruled! Typical cerita cinta memang tak boleh lari dari a few things yang cliche. Sebab tu ika kata before this, orang yang minat membaca novel cinta will always accept that typical part tu. Kalau nak tahu macam mana Zafiq ngayat Aira, korang kena baca novel ni



RATE: ⭐️⭐️⭐️

13 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian.
    JM tak berapa minat membaca sebenarnya.
    hihihi...

    ReplyDelete
  2. laaaa, suspen la cerita ni...
    nak tau juga apa pengakhiran Zafiq dan Aira ...
    dan selama Aira diculik tu, keluarga Aira cari dia tak?

    ReplyDelete
  3. sampai kes culik then jatuh hati... huhu.... menarik gak...

    ReplyDelete
  4. Banyaknya award novel ni dapat (based on cover depan novel ni).
    Salam kenal. syaza follow :)

    ReplyDelete
  5. haishhh cover novel dia tu boleh buat angau dah sebenarnya :P

    ReplyDelete
  6. nampak menarik.. lagi2 kalau dah menang award tu.. nanti kin grab.

    ReplyDelete
  7. Nice review kak Ika <3 <3
    .
    Nak pinjam boleh? hohoho >_<

    ReplyDelete
  8. best nya novel ni... saya memang suka storyline macamni

    ReplyDelete
  9. dah baca novel ni. memang best hehehe. storyline & genre yang saya suka :D

    ReplyDelete
  10. Nampak menarik jalan citer novel nie tapi bagi akak kalu watak yang banyak annoying tue memang tak teruskan bacaan tapi akan disambung bacaannya selang beberapa hari.. hihihi

    ReplyDelete
  11. Alaaa~ ni yang nak pegi cari ni... Rehan Mokhtar ni memang orang thai ke kacukan? sebab karya dia banyak bahasa Thai kan??

    ReplyDelete