Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Harini, ika nak share satu produk tempatan khusus buat mereka yang masih tercari-cari produk apakah yang sesuai untuk membunuh serangga dengan berkesan. Memperkenalkan PEST KILLA , "FROM GREEN TO ANTI-PEST". Kalau sebelum ini, kita selalu guna penyembur nyamuk untuk membunuh semua serangga, apa salahnya kalau kita spent duit kita untuk beli PEST KILLA ini yang nyata-nyata bertujuan untuk membunuh semua serangga.
Secara tidak sengaja, kita juga turut support produk local. Siapa lagi nak support produk local kalau bukan kita. Yang paling penting nak cari produk yang eco friendly sekarang bukan senang ya. Memandangkan, produk ini boleh didapati di dalam talian online (Shoppe). ianya akan lebih senang buat kita yang suka membeli barang. Wah semuanya boleh dibeli dihujung jari!. Jom kita baca serba sedikit info mengenai PEST KILLA ini.
Source: Google |
Mengambil idea daripada kaedah Orang Asli menghalau serangga menggunakan pokok tuba, penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) mencipta racun serangga mesra pengguna dikenali sebagai Pest Killa.
Ketua Projek Penyelidikan Pest Killa, Dr Abdul Syukor Abd Razak, berkata pihaknya menjalankan kajian selama 2 tahun untuk mengenal pasti potensi pokok tuba (derris elliptica) menjadi bahan utama dalam penghasilan racun serangga.
Beliau berkata, kajian itu membabitkan ujian terhadap lipas, semut, lalat dan cicak sahaja tetapi produk berkenaan kini boleh digunakan untuk menghalau pelbagai jenis serangga, termasuk nyamuk dan lipas.
"Kami memulakan kajian pada 2013 dan mendapati pokok tuba mempunyai potensi sebagai agen menghalau serangga". Namun jika digunakan secara lansung, ia akan memberi kesa sampingan kepada pengguna.
"Oleh itu, kami mengambil keputusan menghasilkan racun berkenaan dalam bentuk cecair semburan yang mesra pengguna, malah berbau wangi dan tidak menyesakkan pernafasan"
Kandungan
Bahan aktif 0.01% diformulasi daripada pengekstrakan Derris Elliptica, Asid Lemak.
Kelebihan PEST KILLA :_
- Mesra alam
- Mudah digunakan
- Murah & mampu milik pada harga RM 23 sebotol
- Sangat menjimatkan kerana sebotol boleh digunakan antara 3 - 4 bulan
Berkesan Menghalau:-
- Lipas
- Semut
- Lalat
- Cicak
- Nyamuk
- Lipas
- Pepijat
- Anai-anai
Cara Pengunaan:-
- Putarkan penutup semburan
- Semburkan ke kawasan/perimeter dijangkiti serangga
- Biarkan semburan kering
- Putarkan semula penutup semburan selepas digunakan
- Gunakan bila perlu
⚠ AMARAN PENGGUNAAN
- Basuh dengan air jika terkena kulit
- Letak di tempat yang selamat dan jauhkan dari kanak-kanak.
- Pastikan penutup semburan ketat
Berikutan respons positif yang diterima, Abdul Syukor berkata produk Pest Killa dikomersilkan dengan mencatat jualan sebanyak 20,000 botol setiap bulan membabitkan permintaan daripada warga kampus dan masyarakat luar.
"Berdasarkan testimoni diperoleh daripada 2,000 pelanggan, sebanyak 99.8% bersetuju bahawa produk ini sangat berkesan menghalau serangga dan tidak memberi impak berbahaya terhadap pengguna. "katanya yang bekerjasama dengan UMP Holdings Sdn Bhd untuk mengedarkan Pest Killa.
Inovasi itu turut meraih Anugerah Produk Paling Inovatif Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) Peringkat Antarabangsa (NEGARA ASEAN) 2016 - Laporan BH Online.
Wah, banyak ya good feedback dari Shopee Pest Killa. Dari feedback di atas kita akan merasa yakin untuk membeli produk Pest Killa ini. Jom dapatkan PEST KILLA di Shopee.
MERDEKA LEBIH BERMAKNA DENGAN PEST KILLA #PEMBUNUH #SERANGGA #MESRA ALAM PENGGUNA
23 comments:
wahhh memang tgh cari produk yg boleh bunuh semut ni..banyak sangat semut kat rumah ni
Wah.. produk yang ohsem..
penting nak letak dlm kereta
akak aritu baru beli jugak jenama ap entah, geram sebab pokok selalu di serang ulat dan serangga
nicee, nak try jugak la beli...nak halau pepijat dalam bilik...gatal2 dibuatnya tiap kali bangun tido..
Bagus lah produk ni. Jenis yang tak membahayakan kesihatan..kena beli lah nanti baru tahu berkesan ke tak ni
Jenama ini blm pernah cuba tapi mesti bagus sbb nama pun pest killer...
Wahh tanx awk memang ni lah ena cari all in one. Geram btol asik masuk rumah
Bagus produk ni, ada kajian saintifik. Bukan produk biasa2 ni. Thanks sharing. Nak g beli lah..
Rawlins macam nak beli gak la sebab nak guna di rumah - lipas dan semut yang banyak perlu dihapuskan! Agak2 boleh ke nak gunakan untuk di pejabat @ di kereta?
Menarikla produk ni. Kebetulan mmg tgh cari. Nanti bolehla cuba.. tq tau rekomen ni
First time dengar nak halang serangga dengan pokok tuba, selalunya serai aje. Bagus la.
Ooo ada juga yang lain ek... Sis biasa pakai yang brand biasa tu le orang pakai..nanti nak try le beli dan guna yang ni, ada kat shopee senang le nak belinya...
belum pernah cuba lagi yang brand ni. thanks sharing. nanti saya cuba
Produk racun serangga dan tidak racun kepada pengguna ok bagus juga ni menggunakan bahan semulajadi hurmm kita kat rumah ni banyak lipas kena cuba juga ni ok order satu...
Nak sebotol lah jugak, kat umah memacam serangga berkongsi sebumbung ngan akak, lipas, semut.. ntah apa apa lagi jenis serangga pun ada
4 Idea Bisnes Makanan Viral
Bagus ada yang ambil dan th potensi cara orang asli ni. Confirm la berkesan kan sbb orang asli duduk dalam hutan dan tahu macam mn nak menghalau serangga ni
okay... saya rasa saya sangat memerlukan produk ni! habis saya spray nanti! Tak sanggup asyik bertembung dengan para serangga ni...
Bagus produk yang berasaskan tumbuhan instead of bahan kimia. Nanti sis check out the product.
Setiap rumah kena ada ni senang nak halau anasir-anasir yang menganggu. Lagi-lagi kalau ada anak kecil kesian dorang kalau kena gigit.. nnt kita beli kat shopee!
memang rasa sakit hati kalau ada binatang binatang ni kt rumah.. bgus kalau ada sebotol kt rumah ni.. nampak semut je sembur.. hehehhe
Ehh boleh juga untuk menghalau cicak ye.allah.. jenuh cari cara nak halau cicak yang ada ni..
Tak suka sebab dia taik dia merata dekat dapo..
Nak pula dekat dengan ruang memasak..
Boleh la beli ni
saw this before and never buy it... it seems so good to have it at home.. should buy then!
Post a Comment